Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 22 May 2011

Asas Kepemimpinan: Nota Bab 4: Peringkat Perkembangan Guru dan Akauntabiliti Keguruan

PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

1)    PERINGKAT PERKEMBANGAN
l  Guru Permulaan
l  Guru Cekap
l  Guru Berkesan
l  Guru Mahir
l  Guru Pakar

2)    Cabaran Guru Permulaan;
l  Dikatakan pasif, tidak kreatif & imaginatif.
l  Belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh pihak sekolah.
l  Masalah penyesuaian diri dengan realiti sekolah/bilik darjah.

3)    Ciri-ciri Guru Permulaan;
l  Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
l  Memahami fakta, konsep & perkara asas pengajaran
l  Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
l  Kurang berupaya menangani tugas harian guru

4)    Fokus Guru Permulaan;
l  Mempunyai kualiti dan kebolehan diri
l  Melaksanakan P&P
l  Pelaksanaan aktiviti kokurikulum
l  Pengurusan tempat kerja (sekolah)
l  Penyesuaian diri dengan budaya sekolah
l  Peka dan sentiasa mendapatkan informasi
l  Mempunyai kepelbagaian idea

5)    Guru Cekep;
l  Mempunyai kecekapan dari segi:-
        Profesionalisme
        Melaksanakan visi dan misi
        Keterampilan peribadi
        Mengaplikasikan ICT
        Kecerdasan mental dan intelektual
        Kestabilan emosi
        Kebijaksanaan dan kepimpinan
l  Guru cekap mempunyai kecekapan pada tahap minimum.
l  Guru mula mengenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dgn merujuk situasi khusus.
l  Guru  memiliki kemampuan menyelesaikan masalah P&P.

6)    Guru Mahir;
l  Guru terbaik dalam bidangnya.
l  Menguasai kemahiran ICT dan mengaplikasikan dalam P&P.
l  Mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi
l  Berkemampuan membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.
l  Menjadi teladan sebagai seorang profesional dalam membentuk program yang membangunkan murid
l  Mahir membuat jangkaan terhadap murid dan tahu menyelesaikannya.
l  Menunjukkan gaya pengajaran yang tersendiri

7)    Guru Pakar;
l  Sentiasa menyerlahkan kepimpinan profesional.
l  Terlibat sepenuhnya dalam pengurusan kurikulum.
l  Dianggap sebagai pihak yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.
l  Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.

2 comments: