Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 23 May 2011

Kemahiran Belajar:Bab 2:Proses Kemahiran Belajar

Bab 2 Proses   Kemahiran Belajar
1)    Pengenalan

·         Kemahiran Memperoleh Maklumat;
o   Kemahiran memperoleh Maklumat boleh dilakukan melalui pelbagai cara, antaranya seperti berikut;
·         Pelbagai media dalam Pusat Sumber
·         Pelayaran Internet
·         Eksperimen
·         Membuat Rujukan
·         Membaca
·         Mendengar Secara Aktif
·         Mencatat Nota
                                                        
2)    Sumber-sumber maklumat dikategorikan kepada tiga sumber iaitu;
i.              Sumber primer (‘Primary sources’)
ii.            Sumber sekunder (‘Secondary sources’)
iii.           Sumber tertiari (‘Tertiary sources’)

3)    Berikut adalah di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam sumber primer,iaitu;
·      merupakan penemuan baru atau ilmu pengetahuan baru
·      melaporkan penyelidikan yang asli
·      memberi ulasan baru atau intrepretasi yang berbeza kepada ilmu pengetahuan yang terdahulu.
·      Biasanya sumber primer ini sukar dicapai kerana tidak disusun atau disenarai dengan sempurna atau berada di merata tempat.
·      Sumber-sumber ini ada yang diterbitkan dan ada yang tidak diterbitkan.
·      Contoh sumber primer yang diterbitkan ialah;
§  Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal
§  Laporan penyelidikan
§  Penerbitan kerajaan/Penerbitan rasmi
§  Tesis (jika diterbitkan sebagai artikel atau buku)
§  Proseding konferen.
·      Sumber-sumber yang tidak diterbitkan pula termasuklah;
§  Kertaskerja (dari seminar, konvensyen, persidangan, simposium, bengkel, kolokium, perbincangan, kongres dll)
§  Fail syarikat
§  Fail peribadi
§  Surat menyurat
§  Diari, memo
§  Buku nota makmal
§  Temuramah
§  Rakaman radio
§  Lukisan
§  Pemerhatian
§  Laporan penyelidikan/teknikal yang terhad edarannya
§  Latihan ilmiah/Tesis/Disertasi

4)    Berikut adalah di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam sumber sekunder,iaitu;
·                bukanlah maklumat atau ilmu pengetahuan baru.
·                ia menyusun sumber primer dengan lebih sistematik supaya senang diakses
·                lebih merupakan penilaian, komen, ringkasan, atau pemeriksaan ke atas karya atau penyelidikan seseorang mengenai sesuatu perkara dan sebagainya.
·                Walaupun sumber sekunder begitu berguna untuk mengesan sumber lain, perlulah berhati-hati dalam menilai sumber ini sama ada ianya mempunyai keesahan atau berat sebelah atau condong kearah tertentu (‘bias’).
·                Contoh sumber-sumber sekunder ialah;
§  Terbitan berkala/Terbitan bersiri/Jurnal (yang memberi laporan tentang  perkembangan sumber primer)
§  Perkhidmatan indeks dan abstraks
§  Ulasan (‘Reviews’)
§  Buku teks/Monograf
§  Bahan-bahan rujukan asas
·         Ensaiklopedia
·         Kamus/Glossori/Istilah
·         Buku panduan (‘Handbooks’)
·         Jadual
·         Formula
·          
5)    Berikut adalah di antara ciri-ciri yang terdapat di dalam sumber tertiari,iaitu;

·      dapat membantu mengesan sumber primer dan sumber sekunder.
·      Contoh sumber tertiari ialah:
§  Buku tahunan
§  Direktori
§  Bibliografi kepada bibliografi
§  Panduan kepada penerbitan (‘Guides to the literatures’)
§  Panduan kepada perpustakaan
§  Panduan kepada sumber maklumat
§  Panduan kepada organisasi
§  Senarai-senarai (‘Lists’)

6)    Strategi pencarian maklumat yang efektif, efisien dan komprehensif melibatkan langkah-langkah berikut;

·  Bergantung kepada topik pencarian dan pengetahuan asas dalam penggunaan perpustakaan
·  Pemilihan tajuk
·  Mencari maklumat latarbelakang dan permulaan

·  Mula mengesan, membaca, menilai maklumat dan sumbernya serta membuat nota
·  Menilai semula topik/tajuk jika perlu
·  Jika maklumat tidak mencukupi, teruskan mengesan dan membaca
·  Jika maklumat mencukupi, susun bahan (organize materials)
·  Menilai dan mensintesis maklumat (evaluate and sinthesize)


7)    Rujukan,bibliografi dan indeks pada buku (untuk maklumat tambahan)

Buku rujukan boleh dibahagikan kepada dua iaitu;

·         BUKU RUJUKAN AM
Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di antara buku rujukan am adalah seperti berikut;

o   Almanak
o   Atlas
o   Direktori
o   Ensiklopedia umum
o   Gazetir
o   Kamus umum

·         BUKU RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci, mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja. Di antara buku rujukan khusus adalah seperti berikut;

o   Abstrak
o   Bibliografi khas
o   Biografi Individu
o   Ensiklopedia Khusus
o   Buku Glosari
o   Buku Indeks
o   Buku Istilah
o   Kamus khusus

BIBLIOGRAFI
Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu;

·         Bibliografi di bahagian akhiran buku.
·         Bibliografi jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk;

·         Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan dengan isi kandungan buku yang telah dibaca.
·         Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan.
·         Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.


8)  Cara Mencari maklumat Melalui Internet
·         Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama.
·         Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan.
·         Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari.
·         Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan Bahasa Melayu.
·         Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan.
·         Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki.
·         Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.


9)    kelebihan lain penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;

·         Pelajar boleh belajar secara kolaberatif  antara satu sama lain. Mereka juga dapat mengirim surat melalui email untuk bertanya dan berurusan dengan pensyarah dan rakan pembelajaran
·         Boleh menampung pembelajaran dalam jarak jauh terutama tempat yang tidak dapat menjalankan kelas seperti biasa.
·         Proses pembelajaran tidak terbatas oleh ruang dan waktu tertentu.
·         Bahan pengajaran dapat ditentukan oleh pelajar dengan kesesuaian bahan dan pemilihan bahan yang dikehendaki.
·         Lama waktu belajar juga bergantung kepada kemampuan masing-masing.
·         Pencarian data dan maklumat dalam skop yang besar diseluruh dunia.
·         Pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Ini memberi kesan yang sungguh menarik kepada pelajar.
·         Ibu bapa atau masyarakat juga dapat bersama-sama mengekses bahan pengajaran dan pembelajaran melalui internet.
·         Meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, kerana kebanyakan bahan adalah dalam bahasa Inggeris.
·         Menambahkan keyakinan pada diri kerana memungkinkan kita untuk tidak lagi terasing dari maklumat sampai yang paling mutakhir.
·         Melalui engin pencarian pelajar dapat mencari banyak maklumat pembelajaran.

10) Kelemahan Penggunaan Internet dalam Pengajaran dan Pembelajaran

·         Pelajar lebih terdedah dengan bahan-bahan porno. Bahan ini sangat diminati pelajar dalam usia remaja dan akhir remaja. Tambahan lagi laman web porno lebih senang di akses.
·         Sumber maklumat yang tidak menyakinkan, kerana tidak adanya autoriti dalam data base tersebut.
·         Terdapatnya ciplak hak cipta sama ada dari segi maklumat ataupun pelajar yang mengambil muat turun bahan tersebut.
·         Tingginya kemungkinan gangguan belajar; sebab sistem tersebut mengkondisikan pelajar untuk belajar kendiri, menyebabkan pelajar yang malas hanya menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari maklumat.
·         Fasalitis internet yang masih tidak mencukupi, terutama di kawasan luar bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas.
·         Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersemuka, kalau berlakupun terlalu sedikit.
·         Kurang kawalan daripada pengajar.
·         Pembelajaran kendiri melalui internet menyebabkan pelajar lebih individualistik.

11) Kemahiran yang digunakan semasa membaca
Proses membaca dibahagikan kepada tiga peringkat yang utama. Peringkat-peringkat itu dinyatakan seperti berikut;

i. Sebelum membaca
• Menentukan bahan yang akan dibaca
• Menentukan cara bahan disusun                                                     
• Menentukan perkara yang perlu diingati
  daripada bahan
• Tujuan membaca

ii. Semasa membaca
• Mengenal pasti isi-isi penting
• Mengenal pasti pola pemikiran penulis
• Menghubungkan idea-idea
• Meramal apa yang akan berlaku
• Menghubungkan idea penulis dengan maklumat yang sudah
  diketahui

iii. Selepas membaca
• Mengenalpasti tujuan penulis
• Menganalisis teknik dan bahasa penulis
• Menilai kecekapan dan kewibawaan penulis
• Menyoal soalan kritis
• Menilai sifat dan jenis bukti yang digunakan oleh penulis

Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Saniah Sayuti et al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu;

·         Bacaan secara pantas
o   Skimming
o   Scanning

·         Bacaan secara kritis
o   KWLH
o   SQ3R
12) Panduan Mendengar Secara Berkesan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Tenangkan fikiran dan duduklah dalam keadaan yang selesa
  •  Berikan tumpuan kepada pensyarah
  •  Kenal pasti tajuk dan tujuan kuliah.  Ini ialah untuk memberikan tumpuan   
 pendengaran kita kepada perkara-perkara yang hendak disampaikan
  • Elakkan prasangka buruk terhadap pensyarah atau penceramah,yang  penting bukan orangnya tetapi isi kuliahnya
  • Bersifat positif dan terbuka
  • Dengar dan fahamilah kuliah dengan teliti
  • Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang dikemukakan oleh pensyarah atau penceramah
  • Cuba sebutkan berulang kali dan secara perlahan-lahan setiap istilah baru yang didengar
  • Cuba kaitkan perkara-perkara tertentu dengan pengalaman anda sendiri untuk mengekalkan daya ingatan anda
  • Berikan tumpuan pandangan anda kepada idea-idea baru, isi-isi utama dan rumusan yang dibuat oleh pensyarah atau penceramah


1 comment:

  1. sape la yang buat nie mcm xnak bagi baca je

    ReplyDelete