Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 23 May 2011

Murid dan Alam Belajar : Bab 6 : Motivasi dan Pembelajaran

Bab 6             Motivasi dan Pembelajaran
1)Pengenalan;
·  Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
·  Motivasi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memenuhi  keperluan;
                    fizikal / biologikal
                    pelaziman  operan tingkah  laku
                    kognitif
                    afektif
                    sosial

·         Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan  humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman.

·         Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

2)    Motivasi Entrinsik;
·           Motivasi ekstrinsik adalah berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang murid digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran.
·      diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya.

3)    Motivasi Intrinsik;
·           Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan  humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman.
·           diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.



4)    Perspektif Behavioris;
·         Ahli behaviorisme menitikberatkan persekitaran luaran bagi memotivasikan seseorang.
·         Salvin, 200; motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan dendaan.  
·         Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan.
·      Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja merangsang penambahbaikan dan kemajuan.
·      Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik.

5)    Perspektif Kognitivis;
·      seseorang mencari makna, pemahaman, kompetensi secara aktif serta kebolehan seseorang membuat interpretasi.
·         Motivasi memperlihatkan tingkah laku dipelajari melalui peneguhan kognitif individu tentang pemikiran atau konseptualisasi ( Joiner dan Swayer, 1992 ).
·         Menurut Woolfolk, pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang mereka dan persekitaran. Kearah mana tingkah laku diambil diterangkan berdasarkan empat pengaruh berikut;
a)     keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.
b)     harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya.
c)      faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
d)     kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
     
6)    Berikut adalah pengaruh motivasi terhadap terhadap teori-teori kognitif;
          i.       Teori dissonance kognitif ( convington )
ü Dibentuk oleh Festinger ( 1957 ) – menekankan hubungan antara kognisi.
ü Terdapat kecenderungan individu untuk mencari ketekalan antara kognisi, iaitu kepercayaan atau pandangan.
ü Apabila terdapat ketidakketekalan antara sikap atau tingkah laku (dissonansi), sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan dissonansi.
ü Dua faktor yang mempengaruhi kekuatan dissonansi;
o   Bilangan kepercayaan dissionansi.
o   Kepentingan yang berkait dengan setiap dissonansi.
ü Tiga cara untuk menghapuskan dissonansi;
o  Kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi tersebut.
o  Tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonansi untuk melebihi kadar bilangan kepercayaan dissonansi.
o  Ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak  konsisten lagi.
ü Dissonansi berlaku dalam situasi dimana individu membuat plihan antara dua tindakan atau kepercayaan yang bertentangan.
ü Kognitif dissonansi – ketidakselesaan yang dirasai antara apa-apa yang kita sudah tahu atau percaya dengan maklumat atau tafsiran.

         ii.       Teori atribusi (  Weiner, 1979 )
ü Merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik.
ü Menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
ü Teori ini mengandungi teori efikasi kendiri, dimana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan usaha.
ü Teori ini menerangkan kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis seperti berikut :
a)  Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman.
b)  Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil.
c)  Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak boleh dikawal.

ü  Faktor dalaman boleh dikawal sepertimana jika kita lebih berusaha atau tidak boleh dikawal jika kita agak sukar mengubah kebolehan kita.

ü  Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid adalah seperti berikut;
o  Guru perlu membantu murid dengan memastikan mereka 
percaya bahawa mereka adalah kompeten.
o  Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipat gandakan usaha mereka.
o  Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya.
o  Adalah baik jika guru membantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan.
o  Merangsangkan konsep kendiri murid dan sentiasa berfokuskan kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.

        iii.       Teori ekspektansi x nilai
ü Menurut Atkinson 1964,teori ini bermakna bahawa motivasi ialah gabungan antara dua kekuatan, iaitu harapan seseorang itu untuk mencapai ke arah matlamat yang ditujunya dan nilai matlamat itu untuk dirinya.
ü Daripada teori, dua prediktor motivasi ialah nilai tugas dan ekspektasi ( Pintrich dan Schunk ).
ü Jika salah satu elemen iaitu ekspektansi atau nilai tidak ada, maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi.
ü Nilai adalah kepercayaan kognitif peribadi setiap individu dan ini termasuklah matlamat, nilai dan minat mereka.
ü Merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan individu terhadap sesuatu tugasan.

iv.Teori efikasi kendiri ( Bandura )
       Pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang diri mereka dan persekitaran.
       Arah dimana tingkah laku diambil diterangkan berdasarkan empat pengaruh;
a)  keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.
b)  harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya.
c)  faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan.
d)  kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
    
7)    Perspektif Humanistik
·         Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri.
·         Bagi memotivasi murid, guru harus menyentuh domain afektif, kompetensi, harga kendiri, autonomi dan penyempurnaan diri mereka.
·         Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang diingini oleh mereka.

Antara cara bagi membantu murid supaya menjadi lebih berautonomi ialah;
·          membantu mereka menentukan matlamat yang realistik.
·         merancang aktiviti yang boleh mencapai matlamat.
·         memberikan tanggungjawab kepada mereka atas tindakan yang mereka lakukan.
·         memberi mereka peluang berdikari dalam pelaksanaan tugasan dan membuat keputusan.
·         memberi mereka peluang untuk membuat pilihan.
·         menilai prestasi mereka.

8)    Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
·         Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid.
·         Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabara tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain.

9)    Berikut adalah antara cara guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat yang berkenaan;

          i.       Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran
}  Guru-guru mesti membuat rancangan mengajar dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat-alat bantuan pengajaran yang akan digunakan.
}  Guru-guru mesti merancang bagaimana dapat menimbul & mengekalkan rasa minat murid-murid sepanjang pelajaran dan selepas tamat pengajaran.
}  Guru mesti menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid.

}  4 prinsip penting bagi motivasi dalam bilik darjah;
A) Meransang murid-murid dalam bilik darjah
§  Menarik perhatian dan menumpukan murid-murid agar terus berusaha dalam bilik darjah.
B) Memenuhi kehendak murid-murid yang berbeza
§  Bertindak segera atas keperluan murid-murid.
C) Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan mereka
§  Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan marah dengan positif terhadap rakan-rakan yang tidak berkelakuan baik.
D) Meransang murid-murid supaya memotivasikan diri sendiri
§  Mewujudkan semangat persaingan dengan penyediaan tawaran ganjaran.

         ii.       Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran
}  Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru menggunakan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik.
}  Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi mereka.
}  Pembelajaran yang jelas matlamatnya akan meningkatkan proses pembelajaran.
}  Murid-murid yang memahami tentang apa yang disampaikan akan sentiasa mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.
}  Sesuatu pembelajaran itu adalah bermakna apabila perkara yang dipelajari dapat diingati dan diaplikasikan dalam situasi baru.
}  Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar.
}  Murid-murid yang mempunyai motivasi tinggi akan segera melibatkan diri dalam apa jua akiviti.
}  Antara motivasi-motivasi yang boleh diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;
ü Galakkan melalui kata-kata lisan dan isyarat tubuh badan
ü Penawaran ganjaran
ü Penujukkan sikap positif
ü Memenuhi keperluan murid-murid

       iv.       Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran
}  Murid-murid perlu diberikan waktu untuk membuat renungan/refleksi.
}  Proses refleksi ini membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka.
}  Antara motivasi yang boleh diwujudkan selepas proses pengajaran dan pembelajaran adalah;
ü Maklumbalas hasil daripada penilaian  kemajuan pembelajaran murid-murid.
ü Aktiviti-aktiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran.
ü Sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

10)  Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk memotivasikan murid adalah seperti berikut;
o  Memberikan bantuan pengajaran
o  Penerangan yang jelas
o  Pemberian ganjaran
·      Tetapkan matlamat
·      Ambil berat
·      Penglibatan murid
·      Penuhi keperluan murid.
·      Lebihkan pembelajaran visual.
·      Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.
o  Terima murid seadanya.
o  Berikan kata perangsang

11) Kesan motivasi
Terdapat pelbagai kesan motivasi terhadap seseorang murid. Berikut adalah antara kesan yang biasa mereka alami dan boleh diperhatikan oleh guru;

          i.       Kebimbangan
q Bimbang sekiranya tidak berjaya
q Guru menetapkan hukuman keras mengakibatkan murid gagal kerana risau kepada hukuman yang diberi
q Sebahagian murid-murid perlukan tahap kerisauan yang sederhana untuk berjaya
 
         ii.       Perubahan sikap
q Dari sikap yang buruk kepada sikap yang baik
q Kurang harga diri kepada sikap yang positif
q Peneguhan positif seperti kata perangsang, pujian dapat membantu murid nakal membuang sikap negatif
q Murid yang tidak serius dalam pembelajaran dimotivasikan secara ekstrinsik melalui ganjaran kecil apabila memperolehi kejayaan
q Murid dengan perasaan harga diri yang rendah sukar dipujuk untuk mengubah sikap melalui ganjaran mungkin disebabkan oleh sosioekonomi yang serba kekurangan
q Melalui galakan dan dorongan daripada guru, sikap ini dapat  diubah kepada yang lebih baik

        iii.       Perasaan ingin tahu
q Secara semulajadi murid-murid mempunyai perasaan ingin tahu.
q Guru perlu menggalakkan murid menggunakan motivasi intrisik dengan merangsang naluri asasi mereka seperti menggunakan persembahan slaid ketika mengajar bagi mencetuskan perasaan ingin tahu.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan,terima kasih atas perkongsian ini..sgt membantu sy memahami tajuk ini..selain itu,boleh kah sy dptkan beberapa rujukan tuan utk tajuk ini?

    ReplyDelete