Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 22 May 2011

Asas Kepemimpinan: Nota Bab 2: Etika Keguruan dan Akauntabiliti Keguruan

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI  KEGURUAN

1)    Konsep Etika:
Ø  sistem tingkah laku kumpulan manusia / organisasi.
Ø  nilai moral yang baik / buruk
Ø  masyarakat menganalisis, menilai, sama ada  mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Ø  guru perlu menjaga kod etika demi status, akhlak dan maruah.

2)    Kod Etika Keguruan;
Tanggungjawab terhadap pelajar
Ø  mengutamakan kebajikan dan dan keselamatan pelajar
Ø  bersikap adil terhadap pelajar
Ø  merahsiakan maklumat ikhtisas
Ø  membimbing /mengajar pelajar tanpa sebarang bayaran
Ø  menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
Ø  memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas

Tanggungjawab terhadap ibu bapa
Ø  Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Ø  Mewujudkan hubungan yang mesra dan kerjasama.
Ø  Mengganggap semua maklumat yang diberi ibu bapa sulit.
Ø  Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka.
Ø  Mengelakkan daripada menggunakan/dipengaruhi oleh kedudukan sosial/ekonomi ibu bapa.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara
Ø  Tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan pelajar, masyarakat atau negara
Ø  Memupuk sikap dan nilai supaya menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab,.....
Ø  Menghormati masyarakat tempat berkhidmat.
Ø  Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
Ø  Berpegang pada tingkah laku yang sopan dan diterima masyarakat.

   Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion
Ø  Mengelakkan diri daripada membuat kenyataan yang boleh mencemarkan nama baik rakan sejawat  dihadapan pelajar atau ibu bapa.
Ø  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh  menjejaskan kecekapan sebagai guru.
Ø  Berusaha menunaikan tanggungjawab.
Ø  Sentiasa membantu rakan yang baru dalam profesion perguruan.
Ø  Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
Ø  Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

3)    Akauntabiliti Guru;
Konsep
Ø  Tanggungjawab kepada seseorang/sesuatu
Ø  Tanggungjawab kepada profesion perguruan
Ø  Leslie Kaplan & William Owings (2001), akauntabiliti guru sebagai;
                        ● kualiti guru
                        ● kualiti pengajaran.

Akauntabiliti terhadap diri / perlakuan
Ø  Berilmu pengetahuan dan berkemahiran menyampaikan maklumat.
Ø  Kemahiran interpersonal.
Ø  Membentuk soalan penilaian.
Ø  Pengurusan bilik darjah
Ø  Memotivasikan pelajar
Ø  Pengurusan disiplin

Akauntabiliti terhadap murid-murid dan ibu bapa
Ø  Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
Ø  Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.
Ø  Bersikap adil dengan setiap murid.
Ø  Membimbing murid-murid tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Ø  Memberi contoh yang terbaik kepada murid-murid.
Ø  Akauntabiliti terhadap profesion
Ø  Melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Ø  Menjadi suri teladan yang baik kepada murid-murid.
Ø  Membantu rakan sejawat
Ø  Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang mencemarkan profesion perguruan.

 Akauntabiliti terhadap bangsa dan negara
Ø  Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPN dan RN.
Ø  Memupuk nilai murni yang sesuai dengan masyarakat berbilang kaum.
Ø  Memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Ø  Mengeratkan persefahaman dengan ikhlas dalam kalangan ibu bapa.
Ø  Memberi sumbangan sukarela kepada negara.

4)    Integriti Guru;
Ø  Integriti bermaksud wholeness atau completeness- kesempurnaan
Ø  Nillsen 2004, bermaksud keikhlasan dan kejujuran
Ø  Institut Integriti Malaysia- kualiti yg wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi
Ø  Berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari
Ø  Integriti guru bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
Ø  Guru harus mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.
Ø  Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar
Ø  Guru yang melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaik

5)    Refleksi Kendiri;
Ø  Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, imbas kembali salah seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.

Ø  Senaraikan ciri-ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda bahawa guru berkenaan berintegriti.

No comments:

Post a Comment