Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday 11 May 2011

Budaya: Bab 2 Kesedaran kepelbagaian Sosio Budaya


KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA
1)Bangsa
  kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya.
  Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras.
  Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India
  Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.
  Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

2) Jenis Nasionalisme Bangsa
  Nasionalisme sebelum negara cth Israel.
  Nasionalisme selepas negara cth Switzerland.
  Nasionalisme dunia ketiga cth negara Asia.
  Nasionalisme menyeluruh cth Pertubuhan Negara Afrika.
  Nasionalisme komuniti konflik cth orang Islam di Rusia dan, Bosnia.
  Nasionalisme totalitarium cth Jerman semasa pemerintahan Hitler.

3) Bangsa Melayu
  Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
  Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam.
  Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. 

4) Bangsa Cina
  Orang Cina Malaysia ialah  yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20.
  Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama.
  Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

5) Bangsa India
  Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
  Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.
  Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

6) Struktur Masyarakat/ Kelas Sosial
  Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.
  Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya.
  Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur".

7) Kepercayaan
  Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.
  Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude).
  Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman.

8)Agama
  Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.
  Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkaitan.  Namun begitu agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan adalah mengenai aspek ketuhanan.
  Agama memiliki suatu prinsip spt 10 Firman dalam agama Kristian, 5 rukun Islam dalam agama Islam & dewa dewi dalam agama Hindu.
  Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
            1. Perlakuan
- seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
            2. Sikap
- seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
           
            3. Pernyataan
- seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
            4. Benda-benda material
- yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal

9)Animisme
  Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
  Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu.

10)Semangat Padi
  Kepercayaan semangat padi ini merupakan satu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme, kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya.
  Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan yang menanam padi secara turun temurun dan tidak terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.
  Kepercayaan ini kian terhakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan juga perkembangan teknologi. Pada masa kini, kepercayaan terhadap semangat padi semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

11)Mantera
  Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.
  Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya.
  Mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.

12)Bahasa
  Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks; Cole 1998.
    Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.
  Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa

13)Adat Resam
         Andersen and Taylor 2004;
            “Norms are the specific cultural expectations for how to behave in a given situation.”
         Marsh and Keating 1996;
            “Norms are the unwritten rules that influence people’s behaviour.”
         Resam
         Membongkokkan badan apabila lalu di hadapan orang tua sebagai tanda hormat.

14)Nilai / Kepercayaan
  Nilai dan kepercayaan saling berkaitan
  Kepercayaan memberi hala tuju manusia tentang kehidupan.
  Nilai merupakan prinsip-prinsip yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. (tanggapan)
÷   betul atau salah
÷   cantik atau hodoh
÷   baik atau buruk
÷  Nilai dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat tersebut.
  Etnosentrik: menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
  Relativisme: sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara arbitrari  dengan menggunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri.
  Xenosentrisme: anggapan bahawa budaya masyarakat lain lebih baik daripada masyarakat sendiri.

15)Jantina
  The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female (Butler & Manning, 1998).
  Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan di mana guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.
  Guru bertanggungjawab menjelaskan tentang kepercayaan mengenai lelaki dan perempuan yang begitu stereotaip.




No comments:

Post a Comment