Bab 5 Perbezaan Individu dan Pembelajaran
1) Perbezaan Individu melibatkan aspek;
· Jantina
· Fizikal
· Kecerdasan otak
· Personaliti
· Gaya belajar
· Kesihatan
· Sosial
· Bangsa
· bahasa
2) Pelbagai Kecerdasan Murid;
· Kecerdasan Verbal – Linguistik;
o Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.
· Kecerdasan Logik – Matematik;
o Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).
· Kecerdasan Fizikal – Kinestatik;
o Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan.
· Kecerdasan Visual – Spatial;
o Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Kecerdasan ini melibatkan kepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang.
· Kecerdasan Muzikal-Ritma;
o Ini melibatkan kemampuan murid untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.
· Kecerdasan Intrapersonal;
o Kecerdasan ini melibatkan pengetahuan kendiri dan kebolehan murid untuk menilai diri sendiri.
· Kecerdasan Interpersonal;
o Kecerdasan ini melibatkan kemampuan murid untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.
· Kecerdasan Naturalis;
o kecerdasan ini melibatkan kebolehan murid untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan.
3) Setiap guru perlu mengenal pasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai mereka. Berikut adalah antara cara yang boleh digunakan oleh guru;
· Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar
· Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang / luar bilik darjah
· Laporan prestasi murid
4) Kecerdasan Emosi
· satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.
· Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut;
· Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
· Mengungkapkan dan memahami perasaan
· Mengendalikan amarah
· Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
· Kemampuan untuk menyesuaikan diri
· Disukai oleh orang lain
· Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
· Semangat setiakawan
· Keramahan
· Sikap hormat-menghormati
5) Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut;
· Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis
· Bekerja dalam kumpulan secara harmonis
· Berbicara dan mendengarkan secara efektif
· Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur)
· Mengatasi masalah dengan teman yang nakal
· Berempati antara satu sama lain
· Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara peribadi ketekunan
· Mengatasi konflik
· Membangkitkan rasa humor atau jenaka
· Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting
· Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri
· Menjalin keakraban
6) Menurut J.D. Mayer dan P.Salovey (1993) kecerdasan emosi dalam masyarakat merangkumi 3 katogeri utama;
- Kebolehan membezakan emosi diri dan orang lain.
- Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain.
- Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.
7) Menurut Goleman 1997, jenis-jenis emosi yang biasa dimiliki oleh seseorang adalah seperti berikut;
· Marah (anger)
· Sedih (sadness)
· Takut (fear)
· Gembira (happy)
· Sayang (love)
· Hairan (surprise)
· Benci (disgust)
· Malu (shame)
8) Cara Kawal Emosi;
· Kawal emosi
· Urus emosi sendiri
· Kenali emosi orang lain
· Motivasikan emosi negatif
· Uruskan perhubungan
9) Secara keseluruhannya, terdapat beberapa ciri atau karekteristik individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Antara adalah seperti berikut;
· seseorang individu itu mampu memotivasi diri, bebas dan percaya akan diri sendiri.
· seseorang individu yang mampu dan boleh mengawal dorongan dan menunda sesuatu perasaan yang negatif.
· seseorang individu itu boleh memulakan, tekun dan dapat menyelesaikan tugas.
· individu yang tidak menangguhkan kerja dan dia mengetahui bilakah sesuatu perkara itu perlu dilakukan.
· individu yang mampu menterjemah, mentafsirkan atau melahirkan pemikiran menjadi satu tindakan yang efektif dan bersesuaian dengan sesuatu keadaan.
· seseorang individu yang mengetahui dan mampu menggunakan kemampuannya.
· individu yang tidak takut untuk menanggung risiko serta boleh menerima kritikan dari orang lain.
· individu yang berusaha mengatasi kelemahan dirinya.
· individu yang seimbang dalam pemikiran, kreatif, analitis dan praktis.
10) Gaya Berfikir;
· diberikan definisi konsep-konsep berikut;
• Kemahiran berfikir kritikal
• Kemahiran berfikir kreatif
• Metakognisi
· melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
i. Operasi Kognitif
Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.
ii. Operasi Meta kognitif
Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia antara komponen-komponen berfikir.
11) Pemikiran Konvergen ( Guilfort 1976 );
• Satu jenis daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim.
• Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada.
• Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu yang dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu (pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis)
• Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada, jawapan tunggal dan masalah tertutup.
12) Pemikiran Divergen;
• Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat.
• Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari pelbagai sudut.
• Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai.
• Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai.
• Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.
• Pemikiran divergen juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral.
• mempunyai unsur instuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.
• Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.
13) Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn dan Price (1989) telah menghuraikan lima keadaan atau stimuli yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang seperti berikut:
i. Rangsangan Persekitaran
· Cahaya: Ada murid yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai murid yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang.
· Bunyi: Ada murid yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi.
· Suhu: Ada murid yang suka belajar dengan suhu yang sejuk dan ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang dingin dan sederhana.
· Reka bentuk tempat belajar: Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
ii. Rangsangan Emosi
· Motivasi: Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru.
· Keazaman dan Tanggungjawab: Murid yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang.
· Struktur: Murid yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.
iii. Sosial
· Perseorangan: Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar.
· Berpasangan: Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala.
· Berkumpulan: Gaya pembelajaran merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.
· Orang dewasa: Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.
iv. Fisiologi
· Masa Belajar: Memilih waktu tertentu untuk belajar. Ada murid yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam.
· Mobiliti: Terdapat murid yang suka berdiri atau berjalan ke sana sini semasa belajar. Ada murid yang kerap kali suka bertukar tempat duduk semasa belajar.
· Pemakanan: Terdapat murid yang suka makan, atau minum semasa belajar.
· Persepsi: Terdapat murid yang membuat andaian semasa belajar.
v. Psikologi
· Otak Kiri dan Otak Kanan: Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri)
· Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)
· Refleksi: Murid yang suka belajar dengan cara berfikir.
· Gerak hati: Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.
· Global/Analitik: Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.
14) Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kumpulan iaitu aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
i. Aktivis
· Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’ terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci. Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.
· Golongan murid ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya.
· Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.
ii. Reflektif/reflektor
· Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektor berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif. Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangan sebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.
· Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.
iii. Teoris
· Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada ‘jika ianya logik maka ia boleh digunakan’. Mereka sering mempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif.
· Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan logik.
· Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.
iv. Pragmatis
· Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih berkeyakinan, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isu-isu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Mereka gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.
· Golongan pragmatis berpegang kepada ‘kaedah sentiasa ada’ dan ‘jika kaedah itu berguna maka ianya baik’.
· Mereka juga gemar membincangkan perkara yang tidak mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetap kerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen. Murid pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada murid lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.
No comments:
Post a Comment