Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 22 May 2011

Pengantar: Tema 2: Tajuk 1:Pendemokrasian Pendidikan


TEMA 2         TRENDA DAN ISU-ISU PENDIDIKAN


1)    Konsep Pendemokrasian Pendidikan;
·         Peluang sama rata indvidu mendapat pendidikan dan kemudahan
·         Individu diberi peluang yang sama untuk memilih sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakangnya

2)    Kepentingan;
 Membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk negara kurang maju

3)    Rasional;
   Merapatkan jurang akademik kerana ketidaksamaan peluang pendidikan

4)    Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik:
Perbezaan Kelas Sosial:
Kajian Pierre Bourdieu (1930) mendapati:
-pencapaian individu dipengaruhi oleh latar belakang keluarganya.
-terdapat ketidaksamaan kelas sosial

Kajian B. Bernstein (1925-2000)
-wujud dua jenis bahasa – bahasa awam dan bahasa formal

Kajian McClelland (1990)
-habitus dan modal budaya menentukan pencapaian seseorang dan meluaskan jurang ketidaksamaan.

Hubungan Modal Budaya dengan Sekolah Malaysia
Menurut perspektif konflik:
-sekolah mengekalkan ketidaksamaan
-proses reproduksi masih mengikut pengagihan modal budaya penjajah.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK:

Perbezaan Sosialisasi dan bahasa:

Menurut George H.Mead (1863-1931):
-membezakan komunikasi bukan simbolik (gerak isyarat) dan komunikasi simbolik (idea/konsep).
-penguasaan bahasa membolehkan manusia mengorganisasikan dan menyimpan
 tanggapan/pemahaman sosial.
-memindahkan konsep-konsep

Menurut kajian Bourdieu (1930) :
-sekolah memindahkan ketidaksamaan sosial dari satu generasi ke satu generasi.
-habitus-habitus individu mengandungi modal budaya yang berbeza antara kelas sosial.
~sistem pendidikan mengekalkan status quo hierarki sosial dalam masyarakat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK:

Perbezaan Lokasi Bandar dan Luar Bandar:
Corak pendidikan semasa penjajahan;
-setakat peringkat sekolah rendah.
-pendidikan hanya terhad untuk anak-anak sultan/pembesar.
-tujuan penubuhan MPSI melatih bakal guru mengajar seni pertanian,kraf tangan dan sains r/tangga.

Menurut Teori Konflik
-punca stratifikasi sosial berlaku kerana jurang ekonomi.

Untuk mengatasinya kerajaan telah melaksanakan:
~RMK (1971-1975)
  -mengeratkan perpaduan kaum
  -menyediakan peluang pekerjaan

~DEB:
-membasmi kemiskinan
-menyusun semula masyarakat dengan
 mengadakan reformasi masyarakat.
-rancangan pelajaran dan latihan

5)    Program Kesaksamaan Pendidikan

A .Murid daripada keluarga yang kurang beruntung – modal budaya.
-kemiskinan mengurangkan peluang pendidikan

B.Program Pendidikan Imbuhan (1975-1980)
-bahan-bahan pelajaran khas untuk murid-murid l/bandar.

b.Ciri-ciri Pendidikan Imbuhan
c.Perbezaan antara Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan
    Pendidikan pemulihan
    Pendidikan Imbuhan

6).Projek Inspire
Tujuan:
-mengkaji, mengembang dan mencuba teori-teori  pendidikan untuk sekolah luar bandar.
-membantu PPK melaksanakan program pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.

7) Pendidikan Inklusif untuk Murid Istimewa
·         setiap individu s/a normal, pintar-cerdas/cacat, berhak diberi peluang pendidikan.
·         kanak-kanak cacat yang mempunyai potensi belajar ditempatkan di dalam kelas biasa.
·         kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa ditempatkan di dalam kelas KKBP.
·         terdapat tujuh kategori kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas:

8) Akta Pendidikan 1996: Pindaan tahun 2002
·         Pendidikan wajib untuk semua kanak-kanak yang telah cukup umur persekolahan
·         Pindaan Akta 1996 mewajibkan semua ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka supaya masuk sekolah rendah tahun satu.

9) Implikasi:
·         Pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan
·         Kanak-kanak tidak ketinggalan dalam pendidikan yang disediakan.
·         Melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan
·         Memastikan setiap rakyat dapat pendidikan yang sempurna.


10) Pendemokrasian Pendidikan;
n  Peluang yg sama bagi setiap individu mendapat pendidikan dan kemudahan yg disediakan. Ia meliputi hak individu memilih jenis sekolah yg difikir sesuai utk menuntut ilmu pendidikan.
n  Proses mendemokrasikan pendidikan bermaksud setiap individu diberi peluang yg sama utk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah utk belajar tanpa mengira staus sosial, ekonomi, jantina, kaum, agama dan latar belakang.
n  Rasional dan Kepentingan:- 1988 – UNESCO melancarkan Projek APPEAL (Asia Pacific Programme of Education for All) – utk merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dlm pendidikan.

11) Program Pendidikan Imbuhan;
n  Muncul selepas perang dunia kedua akibat dari ketidaksamaan peluang pendidikan antara golongan atasan dan bawahan.
n  Di Malaysia terutamanya bagi sekolah rendah mula dilaksanakan pada 1975 – 1980.
n  Pendidikan Imbuhan menitikberatkan:
1.    Tindakan awal diambil bagi mengesan punca masalah.
2.    Penentuan objektif-objektif yg nyata.
3.    Rancangan p&p disusun dgn rapi bagi mengatasi serta mencegah masalah pembelajaran.
4.    Pengubahsuaian kurikulum, bahan pelajaran, kaedah dan strategi p&p.
5.    Penglibatan ibu bapa dlm aktiviti sekolah & projek pembangunan komuniti.
6.    Kordinasi dgn agensi luar yg boleh beri sumbangan (kesihatan, makanan dsbnya).

12) Ciri-ciri Pendidkkan Imbuhan;
  • Rancangan pembelajaran disediakan bagi yg menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonomi.
  • Rancangan pembelajaran utk semua mp mengikut perkembangan kgnitif pelajar.
  • Skop kajian meliputi pedagogi dlm bilik darjah serta sosioekonomi dan politik diluar.
  • Selain p&p juga meliputi program makanan, kemudahan & kewangan.
  • Bantuan diberi kpd semua drpd golongan bawahan di peringkat pra sekolah, sek rendah serta ibu bapa mereka.

13) Objektif Utama – Merapatkan Jurang Dlm Pendidikan
Perbezaan Pend. Pemulihan dgn Imbuhan
n  Pend. Pemulihan
        aktiviti p&p khas utk menolong pelajar yg menghadapi masalah pembelajaran dlm kelas.
        Aktiviti biasanya dijalankan dlm tempoh masa yg pendek iaitu selepas pengajaran kemahiran asas.
n  Pend. Imbuhan
        Usaha mengatasi kelemahan pembelajaran
        Usah mencegah dari berlakunya sebarang masalah pembelajaran di peringkat awal lagi.
        Skop lebih luas meliputi unsur sosioekonomi dan politik diluar bilik darjah.
         
14) Projek InSPIRE (Integted System of Programmed Instruction for the Rural Environment)

n  Ditubuhkan pada Ogos 1977 oleh Pusat Pengajian Pendidikan USM dgn dua tujuan:-
        Mengkaji, mengembang dan mencuba teori-teori pendidikan bagi mempertingkatkan keerkesanan p&p SR diluar bandar.
        Membantu PPK, KPM melaksanakan program  pemulihan dan pengayaan dalam KBSR.
n  Mula beroperasi 1983 dgn bahan aktiviti pemulihan dan pengayaan utk matematik & bahasa sebagai percubaan. Hasilnya beberapa set lembaran kerja dapat dihasilkan dan digunakan dlm bilik darjah.

15) Pendidikan Inklusif utk Murid Istimewa
n  Inklusif bermaksud termasuk atau merangkumi semua.
n  Pendidikan inklusif bermaksud pendidikan umum iaitu setiap individu samaada normal, pintar-cerdas atau cacat adalah berhak diberi peluang pendidikan umum (termaktub dlm DPN dan selaras dgn FPN).
n  Berdasarkan FPK Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum kpd semua kanak-kanak di Malaysia termasuk kakan-kanak cacat.
n  Dibawah program ini kanak-kanak cacat khasnya yg mempunyai potensi belajar ditempatkan dlm kelas biasa dibawah bimbingan seorang guru resos (terlatih khas) yg bekerjasama dgn guru biasa.
n  Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) – khusus utk mereka yg tidak dapat mengikuti kurikulum biasa diperingkat permulaan – dikendalikan oleh guru resos – bila telah mencapai kemajuan yg memuaskan mereka akan ditempatkan dikelas biasa mengikut taraf pencapaian mereka.


16) Kesaksamaan  Pendidikan ...
· Pendidikan rendah percuma
· Peluang pendidikan menengah
· Kemudahan sekolah berasrama
· Pelaksanaan sekolah bestari
· Pendidikan khas
· Bantuan dan peruntukan
· Bekalan tenaga pengajar terlatih
· Peluang pendidikan tinggi
· Dasar liberalisasi
· Ekuiti dan kualiti
17) Hasilan Kesaksamaan  Pendidikan ...
· Murid kaya maklumat
· Punyai kekuatan minda
· Punyai nilai luhur
· Semangat jati diri
· Berketrampilan
18) Kesaksamaan  Pendidikan, Guru perlu ...
· Kuasai mata pelajaran
· Amalan pedagogi berkesan
· Kenali murid
· Mahir psikologi
· Guna ICT
· Kerjasama dengan sejawat
· Keyakinan diri
19) Pendidikan Wajib...
· Selaras dengan PIPP
· Anak 6 tahun wajib sekolah
· Tempoh 6 tahun
· Dalam Akta Pendidikan 1996
· Berasaskan Penyata Razak

20) Akta Pendidikan 1996...
· Pendidikan prasekolah
· Bahasa kebangsaan
· Jenis kurikulum
· Sistem penilaian
· Pendidikan Islam
· Kuasa Menteri Pelajaran
· Pendidikan teknikal
· Latihan perguruan
· Pendidikan swasta

21) Program Pendidikan Khas

n  Program pendidikan dirancang khusus utk kanak-kanak istimewa, iaitu kank-kanak cacat dan kanak-kanak pintar-cerdas.
n  PK merujuk kpd satu pendekatan rancangan pendidikan, stratgi, kaedah dan teknik mengajar utk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa dan tak dapat faedah dan pencapaian dlm program sekolah biasa.
n  Dr. Chua Tee See (1982), PK merupakan satu program pendidikan dirancang khas utk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dpt mencapai pertumbuhan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya drpd program pendidikan sekolah biasa.

22) Kanak-kanak istimewa boleh dibahagika kpd 7 kategori:-

  1. Kanak-kanak kerencatan akal (mentallly retarded)
n  Mempunyai Darjah Kecerdasan (IQ) 35 hingga 85.
n  Biasanya mnghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecerdasan, warisan baka, kekurangan zat atau ganguan hormon dsbnya.
n  IQ 50 hingga 70 merupakan kecacatan ringan/sederhana – boleh dididik disekolah – tergolong dlm kumpulan murid belajar lambat.
n  IQ 35 hingga 49 – menghadapi masalah menjaga diri sendiri – dilatih utk mengurus hal peribadi shj. (pakaian, makanan, buang air dsbnya) – kurang kemahiran belajar mp disekolah.
n  IQ bawah 35 – kecacatan mental yg amat teruk dan memerlukan penjagaan rapi – kurang keupayaan berdikari.

2. Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran
        Kanak-kanak yg tidak berupaya mengikuti pelajaran dlm kelas biasa.
        Mungkin berpunca dari masalah peribadi atau keluarga atau kedua-duanya.
        Biasanya mempunyai konsep kendiri negatif, motivasi rendah, introvert, tabiat malas berusaha, kurang minat dan sering sakit.
        JK Penasihat Kebangsaan Bagi Kana-kanak Cacat (1986) menifinasikan “kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah di manifesasikan drpd salah satu atau beberapa proses psikologikal yg melibatkan gangguan tatatertib dlm kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan.”
        Keadaan gangguan tsb dpt dilihat drpd proses mengingat semula peristiwa lama, pemikiran, pertuturan, membaca, mengeja atau mengira.
        Juga dirujuk sebagai handikap persepsi, dylexsia, asphyxia dan kecacatan ringan otak.
        Kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak melibatkan kecacatan mental, penglihatan, pendengaran, emosi atau fizikal.

        Kanak-kanak bemasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, samaada lisan atau tulisan, persepsi kognitif atau aktiviti psikomotor. Halangan ini dihuraikan spr berikut:-

        Percanggahan di antara tingkah laku yg spesifik dgn kebolehan atau pencapaian kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
        Mereka tidak berupaya mengikuti pelajaran dlm kelas biasa, tetapi memerlukan kaedah mengajar khas utk membantu mereka belajar
        Kaedah menajar khas ini bukan digunakan terutamanya utk mengajar kanak-kanak yg tidak berpeluang belajar.

3. Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku – 4 kategori:-
    1. Tingkah laku terbias – menentang autoriti/ undang-undang/peraturan, kurang bertimbang rasa – suka menyerang orang (hyperaktif atau hyperkinetik)
    2. Sifat Pengongkongan Dalaman – pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tak suka berkawan dan mudah tersinggung. Sering melakukan tindakan luar dugaan.
    3. Tingkah laku ketidakmatangan – kurang tumpuan dan perhatian dlm pelajaran. Tak minat belajar, suka berkhayal dan tidak mengindahkan nilai kendiri.

Tingkah laku antisosial – sering bertindak liar, kerap menimbulkan masalah disiplin (memeras ugut, mencuri, ponteng dsbnya.)

Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
        Sukar mempelajari sebutan perkataan dgn jelas dan tepat. Terbahagi kpd 2 iaitu:-
1.    Cacat pendengaran pretutur – pekak sejak lahir
2.    Postutur – cacat pendengaran separa atau sepenuhnya yg berlaku selepas telah mepunyai pengalaman bercakap.

5. Cacat Penglihatan
    • Buta atau kadar kecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan.
    • Boleh dikelaskan kpd rabun dekat/ jauh/ malam/ warna dsbnya.
    • Boleh disebabkan kesakitan maa, kurang zat makanan atau kerosakan saraf optik dsbnya.
    • Akan menghadapi masalah dlm p&p.

6. Cacat fizikal
        Kecacaan ortopedik atau anggotanya.
        Mempengaruhi fungsi sendi atau otot menyebabkan kurang keupayaan bergerak.
        Menjejaskan p&p terutama yg melibatkan anggota.
        Disebabkan kekurangan zat atau kemalangan.

7. Pintar-Cerdas dan Berbakat
        IQ melebihi 120. digolongkan kpd 3 kategori:-
        Mempunyai intelek yg tinggi
        Mempunyai bakat mencipta
        Berbakat khas (melukis, menulis, muzik dsbnya)

7 ciri-ciri pelajar pintar-cerdas (Dr. Chua Tee Tee):-
    1. Mempunyai keupayaan berfikir kreatif
    2. Memperolehi kebolehan intelek am
    3. Memiliki kebolehan akademik khas
    4. Berbakat dlm satu atau lebih kesenian
    5. Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi
    6. Boleh bervisi jauh
    7. Mempunyai bakat memimpin
Program PK bertujuan untuk mengembangkan potensi mereka secara optimum.
Lapan strstegi pelaksanaan PK bagi kanak-kanak istimewa (rujuk m/s 90)

23) Kelas becantum utk sekolah kurang enrolmen
n  Kelas bercantum merupakan kelas yg mengandungi pelajar yg terdiri lebih dari satu tahun persekolahan.
n  Diwujudkan kerana bilangan murid kurang dari 15 orang bagi satu tahun persekolahan.
n  Biasanya didapati disekolah yg mempunyai pelajar yg kurang dari 145 orang.
n  Bilangan guru tidak melebihi 5 orang (termasuk guru besar).
n  Biasanya dikawasan pendalaman.

24) Ciri-ciri Kelas Bercantum;

  • Umur pelajar berbeza mengikut aun persekolahan mereka.
  • Bilangan krang dari 15 orang bagi satu tahun pesekolahan.
  • Seorang guru terpaksa mengajar pelajar dari beberapa tahap tahun persekolahan.
  • Strategi pengajaran adalah berbeza dan tersendiri.
  • Guru tidak melebihi 5 orang.
  • Bangunan dan kemudahan kurang lengkap.
  • Biasanya dikawasan pendalaman yg tak ramai penduduk.


No comments:

Post a Comment