Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 5 December 2016

TUGASAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Assalamualaikum wrt...

Selamat bertemu kembali...lama juga agak menyepi...Agak sibuk sedikit dengan tugasan harian..

Ok..untuk soalan tugasan...bagi mereka yang masih tidak berkesempatan dalam kelas sebelum ini..

Ini antara tugasan yang perlu anda selesaikan ya..

SOALANNYA...


Di dalam sebuah kelas, biasanya terdapat kepelbagaian tahap kecerdasan serta tingkah laku.
   
Bincangkan bagaimana seseorang guru boleh mengaplikasi ilmu psikologi pendidikan untuk menguruskan kepelbagaian tersebut...

So..itu soalannya ya..

Apa yang perlu anda lakukan...

Bincangkan tentang sedikit kecerdasan pelbagai murid, kemudian bawa kepada jenis-jenis tingkah laku murid, seterusnya kepentingan psikologi pendidikan dan bagaimana anda boleh menggunakan psikologi pendidikan untuk menguruskan kepelbagaian tingkah laku murid tersebut.

Ok...selamat meneruskan perjuangannya..