Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 15 May 2011

Budaya: Bab 6 Kemahiran Komunikasi Guru

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU
·         Menurut Covey (1990); Cubalah anda memahami barulah anda difahami

A) Konsep Kumunikasi;
  Wagner (1994) – komunikasi sebagai tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek / dua aksi. Komunikasi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain.
  Komunikasi di dalam bilik darjah-interaksi antara individu dengan individu dan individu dengan persekitaran.
  Komunikasi merupakan kunci penting antara guru dan murid.
  Guru bertanggungjawab menggunakan komunikasi yang efektif.
  Komunikasi berbentuk lisan dan bukan lisan merupakan cara maklumat diterima.
B) Kemahiran Komunikasi;
·         Lisan- pertuturan menyoal & penerangan
·         Bukan lisan;
1.  Orientasi badan : bertentangan muka, kedudukan - keyakinan dan minat, ekspresi muka, konteks mata, senyuman, renungan, anggukan & genggaman tangan
2.  Ruang : jarak antara individu
3.  Penampilan diri
·      Laras bahasa- gaya penggunaan bahasa

C)Definisi;

  Verderber & Verderber (2002) – Komunikasi merupakan proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan ataupun syarahan.

  Kajian Flanders mendapati;
  Wujud hubungan sehala antara guru-murid.
   bersyarah/menerang/arahan/mengkritik
  Wujud hubungan dua hala.
   menerima perasaan murid
   memuji/dorongan
  Ned A.Flanders
  Interaksi guru-murid melibatkan percakapan guru, percakapan murid dan kesenyapan.

D) Konsep Kemahiran Komunikasi Berkesan

  Teknik yang efektif amat dtitikberatkan
  Komunikasi dapat dicapai dalam bentuk lisan dan bertulis
  Komunikasi lisan dan bertulis digunakan untuk menilai kefahaman murid
  Komunikasi merupakan kunci kejayaan dalam setiap bilik darjah

E) Jenis-jenis Komunikasi;
Terdapat tiga jenis komunikasi
      1. Berbentuk simbolik
      2. Berbentuk lisan
      3. Berbentuk tulisan
F)  Prinsip Asas Komunikasi;
A. Komunikasi harus ada tujuan
      memastikan bahawa tujuan dalam menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

B. Komunikasi harus berterusan
      orang lain sering membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku
      sentiasa berhati-hati dengan mesej , tidak kira yang nyata atau yang tersirat yang kita sampaikan kepada orang lain.

C. Fahaman mesej komunikasi berbeza
      Proses fahaman boleh berlaku secara spontan
      Seringkali apa yang kita luahkan bergantung kepada keadaan dan apa yang kita lalui seperti
      -ekspresi spontan dari emosi
      -komunikasi yang telah kita skripkan
      -mesej yang dibina atau dikonstruk

D.Komunikasi ada hubungan
      Dalam komunikasi, kita bukan sahaja berkongsi maksud sesuatu tetapi juga merundingkan tentang hubungan
      Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi :
      -Hubungan Komplimenteri/Lengka
  -Hubungan Bersimetri

G)Perancangan Idea
Dalam perancangan idea;
1. memastikan keperluan peralatan yang paling sesuai untuk struktur P&P
2. membezakan antara keperluan, apa yang diunsurkan/ pilihan alat dalam sukatan membenarkan pelajar menerokai subjek pada tahap yang berbeza.

3. mengetahui cara terbaik dalam merancang pengisian mata pelajaran
   Tujuan;
  Mempengaruhi minda pelajar.
  Mengawal idea mengikut kesesuaian keadaan.
  Memberikan idea sokongan yang relevan dengan keperluan pelajar.
  Menjelaskan idea sokongan dengan sebaiknya dengan contoh yang logik dan dengan fakta yang betul.
  Membuat pengenalan topik yang baik untuk menarik minat pelajar.
  Menyusun idea yang berkaitan dan diterangkan dengan cara-cara yang logikal.

Tempat dan Masa;
Tempat
  Tidak kira sama ada guru memilih bilik darjah, taman, makmal atau seagainya, guru harus menentukan tempat yang sesuai untuk mengajar murid.
  Dengan adanya teknologi yang canggih, komunikasi antara guru dengan murid boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti menerusi e-mail, sms dan “chat”
Masa
  Masa merupakan aset penting dan harus digunakan dengan sebaiknya dalam P&P
  Tiga aspek penting dalam menguruskan masa
            -Jangka masa
            -Aktiviti
            -Tepat pada waktu

H) Strategi Kesantunan;
  Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar.

  Strategi kesantunan yang biasa digunakan;
            -Berterus terang
            -Kesantunan positif
            -Kesantunan negatif
            -Tanpa rekod

I)    Gangguan Dalam Komunikasi;
  Gangguan dalaman
  Bias dalam persepsi
  Pengalaman lalu
  Perbezaan dalam budaya

  Gangguan luaran
  Bahasa
  Komunikasi bukan lisan
  Defensi
  Faktor lain seperti sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan dalam alih bahasa, nilai pertimbangan, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza


No comments:

Post a Comment