Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 22 May 2011

Pengantar: Tajuk 1:Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan


TEMA 1         PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KEGURUAN

1)    Tajuk 1: Konsep Pendidikan dan Matlamat Pendidikan Negara

Pandangan Umum ….barat
         aktiviti yang berkaitan dgn. pembentukan & perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.
         Secara khususnya pendidikan bolehlah diertikan sebagai aktiviti persekolahan yang mempunyai  objektif, rancangan dan organisasi utk. mendidik murid menjdi insan yg berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu agar berupaya menyesuaikan diri dlm. masyarakat pada masa depan.

2)    Usaha Utama Pendidikan;
         Memainkan peranan positif & berkesan dlm masyarakat.
         Agen untuk menyebar dan mengekalkan kebudayaan yang sesuai dgn kemajuan dan pembangunan semasa.
         penting dlm menyediakan masy moden utk menghadapi cabaran kehidupan dan pembaharuan
         Boleh/mampu membuat pengubahsuaian demi memberi sumbangan untuk pembangunan masyarakat.

3)    Pengertian Pendidikan;
Plato (427 – 347 SM)
        Suatu proses yang membentuk individu yang berakhlak mulia.
         memberi latihan moral kewarganegaraan yg baik.
         dapat membentuk w/negara yang baik, setia dan mematuhi undang-undang negara.

Aristotle (384 – 322 SM)
        Pendidikan sebagai ilmu yang bersifat etikal dan politikal bertujuan memberikan peluang kpd setiap w/negara utk mencapai kebahgiaan hidup. Proses pendidikan akan melatih w/negara mematuhi peraturan dan t/laku yang baik dan cekap dlm pengurusan pentadbiran dn berupaya mempertahankan kedaulatan negara.

Jean Jacques Rousseou (1712 – 1778)
-       Sebagai satu proses yang berterusan dan bermula dari masa kanak-kanak kecil dimana segala kebolehan semula jadi lahir dengan sendirinya mengikut kehendak dan peraturan semula jadi

John Macdonald ( Bukunya A Philosophy of Education)
        Masy primitif – latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang disampaikan melalui tunjuk ajar secara tidak langsung drpd keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa.
        Masy moden – latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan disampaikan melalui pengajaran secar langsung drpd guru yg berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar.

Froebel (1782 – 1852)
        Pendidikan bertujuan mencapai kehidupan yang lurus, suci dan mulia.

John Stuart Mill (1806 – 1873)
        Satu proses yang memberi bantuan untuk setiap individu supaya  hidup dengan penuh kegembiraan.

T. H. Huxley (1825 – 1895)
        orang yang berpendidikan sempurna akan bersedia utuk berkhidmat demi kemajuan diri dan masyarakatnya, serta rela melaksanakan kerjanya dgn ikhlas dan patuh kpd undang-undang alam, penuh bertenaga, bersemangat, berseni dan bermasyarakat.

Maria Montessori (1870 – 1952) – doktor & pendidik di Itali
        Pendidikan sebagai proses membentuk dan mengembangkan intelek, jasmani, rohani dan sosial kanak-kanak.

John Dewey (1895 – 1952) – US
        Sebagai proses perkembangan individu yang merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan semula jadi yang ada padanya supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan selamat.

4)    Pandangan Tokoh-tokoh Islam;
·         Pendidikan adalah merupakan proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan kearah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.

Mohamad Qatb
        Pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pndidikan adalah untuk mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
        Proses pmbinaan tingkah laku manusia yg berakhlak tinggi dan mulia dibawah teras ajaran agama islam
Amal al-Shaibani
        Untuk melatih manusia membuat persiapan bagi kehidupan dunia dan akhrat.

Al-Ghazali (1058 – 1111)
        Proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek, latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia , berani dan hormat-menghormati.

5)    Pandangan Tokoh-tokoh Pendidikan Timur;
Peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mematuhi peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

         Confucius (551 – 479 SM) – ahli falsafah/pendidik
        Proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang brsopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yg lebih muda serta taat kepada pemerintah dan cintakan negara.

         Hamka
        Satu proses yang boleh mmbentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang muia. (merendah diri, sabar, mghormati orang tua/lain dsbnya)

         Rabindranath Tagore (1861 – 1941) – ahli falsafah/penyair
        Proses yang bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna, berupaya mencapai segala aspek kehidupan (fizikal, intelek, moral dan kerohanian) dengan penuh bermakna. Pendidikan harus menjadi satu proses yang hidup, dinamik serta realistik iaitu tidak semata-mata secar teori tetapi dihubungkait dengan pengalaman kehidupan manusia.

Orang yang bependidikan seharusnya berfikiran cergas, saintifik, bersih, berani dan bebas serta mendukung sikap nasionalisme yang ideal,  cekap untuk berkhidmat kpd masyarakat dan negara serta memiliki sikap internasionalisme yang positif.

         Sharifah Alwiyah Alsagoff
        Dalam bukunya Falsafah Pendidikan beliau menghuraikan pendidikan sebagai suatu proses/aktiviti spr berikut:-
         Sebagai proses persekolahan formal
         Sebagai proses latihan
         Sebagai proses perkembangan fizikal, intelek, sosial an emosi seseorang individu.
         Sebagai proses indoktrinasi dengan tujuan agar pelajar mempercayai apa yang disampaikan.
         Sebagai proses yang berterusan untuk kemajuan individu seumur hidup.
         Aktiviti yang bersepadu untuk mencapai matlamat spr memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap dengan secara integrasi.
         Pendidikan sebagai satu disiplin, seni dan sains.
6)    Rumusan:
         Pendidikan adalah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu.
         Menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya.
         Membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.


No comments:

Post a Comment