Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 15 May 2011

Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

  • Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan
  • Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial
  • Orientasi sosial bilik darjah
  • Bahan P&P mengaitkan dengan budaya
  • Peluang kepada setiap etnik
  • Isu sensitif
  • Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran
  • Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.
  • Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

     Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya
·         Perayaan di Malaysia
·         Permainan Tradisional
·         Pakaian
·         Makanan
·         Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;
  • Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)
  • Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan pelajar
  • Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Ø  Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam bilik darjah
·         Drama
·         Main peranan/simulasi
·         Belajar ambil bermain
·         Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya
·         Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.
·         Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Ø  Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.
Ø  idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak
Ø  Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.
Ø  Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan
Ø  Menggalakkan murid bertanya dan  bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi
Ø  Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.
Ø  Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang anti budaya etnik lain.
Ø  Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.
Ø  Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi
Ø  Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.
Ø  Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.
Ø  Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;
·         SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA
·         SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN
·         SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH
·         SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Ø  Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.
Tujuan;
·         Kawalan kelas
·           Mengelakkan pembentukan kelompok kecil
·           Mengenal pasti murid pilihan ramai
·           Murid kategori berasingan berhubung.

Ø  Ciri Emosi;
·         Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.
·         Nada suara
·         Kesederhanaan
·         Bersikap kawalan positif
·         Kepimpinan demokratik
Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi
Ø  Dorongan positif- pujian & penghargaan.
Ø  Menerima kekuatan & kelemahan murid.
Ø  Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.
Ø  Hubungan positif
Ø  Kemahiran menyelesaikan masalah
Ø  Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik
  Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)
  Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.
  Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.
  Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;
  Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.
  Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.
  Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.
  Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.
  Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.
  Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.
  Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya
  Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.
  Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.
  Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.
  Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.









No comments:

Post a Comment