Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 23 May 2011

Murid dan Alam Belajar : Bab 2 : Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Bab 2             Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

1)    Pengertian Pengajaran:
· Penyebaran ilmu
· Mengajar sesuatu
· Segala aspek pengajaran
· Menukar tingkah laku
· Kembangkan kemahiran
· Satu lakuan
· Cara beri pengetahuan
· Hasilkan pembelajaran berkesan
· Penyampaian kemahiran
· Libatkan sumber
· Perlukan perancangan rapi

2)    Pengertian Pembelajaran:
· Perubahan tingkah laku
· Perolehan tabiat dan sikap
· Berlandaskan teori
· Tindak balas terhadap rangsangan
· Proses kognitif

3)    Prinsip Pembelajaran:
· Galakkan interaksi sesama murid
· Memberikan maklum balas
· Berikan penegasan dengan cepat
· Penggunaan masa yang efektif
· Menghormati  bakat murid
· Meletakkan harapan yang tinggi
· Pembelajaran aktif
· Mempelbagaikan kaedah

4)    Kesimpulannya;
·         satu proses yang menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal setelah melalui latihan atau peneguhan.
·         berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang individu untuk menjadi pengalaman.
·         berlaku apabila sesorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada padanya.
·         membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.

5)    Ciri-ciri Pembelajaran Formal;

·      pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan.
·      berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan.
·      diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun, melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG, kolej dan universiti.
·      biasanya dilaksanakan dalam bangunan yang siap prasarananya. seperti bilik darjah, kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain.
·      perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan bertauliah.
·      melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif.
·      menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.

6)    Ciri-ciri Pembelajaran Informal;
·      diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.
·      diserap secara tidak sedar dari persekitaran  melalui pemerhatian, perbualan dan  pengalaman.
·      proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat.
·      berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu.
·      tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.

7)    Ciri-ciri Pembelajaran Non Formal;
·      Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya.
·      berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran murid  dalam bidang tertentu.
·      kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari.
·      biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada murid sebagai bayaran sagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum.
·      tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusat latihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal.
·      kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, ada kesinambungan daripada pembelajaran formal.
·      melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, murid mendapat penjelasan yang lebih baik dalam menambah ilmu dan kepakaran.

8)    Pembelajaran Mengikut Gagne:

i.    Fasa motivasi: murid akan menerima rangsangan daripada persekitaran.

ii.   Fasa kefahaman:  melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsangan yang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria.

iii. pemerolehan: rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima.

iv. Fasa penyimpanan: fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

v.   Fasa mengingat semula: fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. Contohnya, apabila hendak menelefon kawan, kita perlu ingat semula nombor telefonnya.
vi. Fasa generalisasi: dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan.

vii.Fasa prestasi: seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.

viii.Fasa maklum balas: seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang diperolehinya.

9)    Rumusannya;
· Hierarki pembelajaran
-pembelajaran isyarat
-pembelajaran gerak balas
-rangkaian motor
-pertalian bahasa
-diskriminasi
-konsep
-hukum
-penyelesaian masalah

· Klasifikasi  hasil pembelajaran
-maklumat lisan
-kemahiran intelek
-strategi kognitif
-sikap
-kemahiran motor

· Frasa pembelajaran
-fasa motivasi
-fasa kefahaman
-pemerolehan
Fasa penyimpanan
-fasa ingat semula
-fasa generalisasi
-fasa prestasi
-fasa maklum balas

·         Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran
·         Prinsip-prinsip Pembelajaran
·         Jenis-jenis Pembelajaran

No comments:

Post a Comment