Konsep Mengajar Sebagai Satu Profesion
1) Pengenalan;
ž Kamus Dewan (2005) – suatu bidang pekerjaan yang memerlukan pendidikan, kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.
ž Profesion juga merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting.
2) Ciri-ciri Profesion;
ž Merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
ž Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
ž Pekerja mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
ž Pakar dalam bidang pekerjaan .
ž Mempunyai kuasa autonomi semasa menjalankan tugas.
ž Mementingkan mutu perkhidmatan.
ž Berdedikasi dan tidak mementingkan ganjaran dalam menjalankan tugas.
ž Pekerja terdiri daripada ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan kemasukan, mengawal mutu dan penyingkiran ahli.
ž Mematuhi kod etika profesion
3) Konsep Profesional;
ž Ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion.
ž Ornstein & Levine (1993) -4 atribut dalam suatu profesion:
a) penguasaan ilmu yang mendalam
b) kecekapan dan kepakaran dalam bidang
c) kod etika
d) kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.
4) Konsep Profesion Perguruan dan Keguruan;
ž Perguruan – diertikan sebagai pengajaran (Kamus Dewan,1989)
ž Keguruan – diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan, tugas dan kelayakan sebagai guru (Kamus Dewan,1989).
5) GURU….PROFESIONAL VS. NON PROFESIONAL…..;
Guru Profesional;
ž Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Perguruan.
ž Mempunyai autonomi menentukan kaedah mengajar dalam bilik darjah.
ž Menjadi ahli kesatuan yg menentukan kod etika sebagai panduan dalam segala aktiviti profesional.
ž Guru adalah pakar dalam pendidikan.
ž Pekerjaan guru adalah perkhidmatan yang penting kepada indidvidu dan negara.
Guru Non Profesional;
ž Tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. Cth: guru sandaran, guru sementara
ž Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan.
ž Autonomi guru adalah terhad.
ž Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru sekiranya guru tersebut tidak mematuhi kod etika.
ž Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli kesatuan
6) Ciri-ciri guru profesional (Abdul Shukor Abdullah,1998);
ž Bersikap profesional
ž Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori
ž Berilmu
ž Patuh dengan Kod Etika.
ž Bermoral
ž Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
ž Prihatin terhadap murid dan ibubapa
ž Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.
ž Mempunyai kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
ž Memastikan suasana ‘guru mengajar murid belajar’ dalam bilik darjah.
ž Melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya murid mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
ž Taat dan setia terhadap perkhidmatannya.
ž Mempertahankan martabat profesionnya.
ž Menunjukkan kesetiaan terhadap kerajaan, bebas pendirian & tidak berbelah bahagi.
7) 10 Tret Guru yang Berkesan (McEwan,2002);
ž Dorongan oleh misi dan passionate
ž Positif dan benar
ž Guru sebagai pemimpin
ž With-it-ness
ž Gaya
ž Kepakaran dalam motivasi
ž Keberkesanan pengajaran
ž Pembelajaran kandungan
ž Pintar
ž Celik minda
8) Model Guru Profesional -Mohamad Sani,1998) ;
Sahsiah
• Bertaqwa
• Berakhlak
• Berperibadi mulia
• Komitmen
• Bersopan
• Positif
• Berkepimpinan
• Budaya ilmu
Ketrampilan
• Merancang & mengurus p & p
• Memilih strategi
• Kemahiran teknologi
• Kemahiran generik
• Kemahiran kaunseling
• Menilai p & p
Ilmu
• Isi kandungan
• Pedagogi
• Bahan
• Kaedah
• Teknologi
•
9) Seorang guru diberi autoriti dalam aspek-aspek berikut:
ž Kaedah mengajar
ž Kawalan sosial di sekolah
ž Kawalan disiplin murid
ž Hal-hal tingkah laku dan perkembangan murid
ž GERKO
ž Pembimbing kepada murid
10) Refleksi;
ž Anda telah mengetahui bahawa terdapat beberapa ciri non profesional dalam profesion keguruan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan profesional keguruan?
ž Gunakan alat pemikiran SWOT (Strength, weakness, opportunity, threat) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan dan juga menyeronokkan.
SALAM... CIKGU... ASAS KEPIMPINAN & PERKEMBANGAN PROFESIONAL BAB 3 DAN 6 X ADA EA?
ReplyDelete