Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 23 May 2011

Murid dan Alam Belajar : Bab 4 : Model,Pendekatan,Strategi,kaedah dan Teknik Pengajaran

Bab 4         Model, Pendekatan, Strategi dan Kaedah Pengajaran

1)Pengenalan:
·         satu proses sistematik bagi merancang, memperkembang, melaksana dan menilai pengajaran.

2) Model Pemprosesan Maklumat;
·      merupakan satu teori bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·      menekankan cara-cara merangsang desakan dalaman manusia
·      Cara rangsang dalaman
·      Aktiviti mental manusia
·      Tingkatkan ingatan murid

3) Model Pemprosesan Maklumat;
· 3 jenis ingatan
-ingatan episodik
-ingatan semantik
-ingatan prosedural

i.    Ingatan episodik
Ingatan episodik adalah ingatan tentang peristiwa yang dialami seseorang sepanjang hayatnya, lengkap dengan masa dan tempat. Contohnya, mengingat peristiwa ‘jatuh basikal’.

ii.   Ingatan semantik
Ingatan semantik adalah ingatan tentang ‘makna’, iaitu menyimpan konsep, fakta, hukum, skema atau imej. Contohnya, mengingat makna ‘semantik’.

iii. Ingatan prosedural
Ingatan prosedural adalah ingatan tentang bagaimana melakukan sesuatu, terutamanya yang melibatkan aktiviti fizikal yang berurutan.
·      Terdapat 3 jenis lupaan yang berlaku dalam proses pembelajaran seseorang murid. Berikut adalah huraian ringkas bagi setiap jenis jenis lupaan tersebut;

i) Keusangan
Otak akan akan melupai maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang kerana faktor keusangan. Keusangan berlaku apabila maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang digunakan atau diingat kembali. Jika maklumat jangka panjang tidak diaktifkan ia mudah dilupai.

           ii) Lupaan Gangguan
Gangguan yang berlaku kepada maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Contohnya, proses pembelajaran yang baru mengganggu proses pembelajaran yang lama.

          iii) Lupaan Terdesak
Lupaan yang disebabkan oleh gangguan emosi individu yang mendesaknya untuk melupakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang.

· Cara tingkatkan ingatan

-banyak belajar
-pemahaman
-kaitkan dengan bahan
-iklim kondusif
-pengajaran yang menarik
-berpusatkan murid

4) Model Behaviouris;
Berasaskan eksperimen pelaziman klasik Pavlov.
·         Pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Watson
·         Dikenali sebagai teori pembelajaran sosial atau modifikasi tingkah laku
·         Mempunyai mekanisme pembetulan kendiri  dan berupaya mengubahsuai tingkah laku berdasarkan maklumbalas sejauh mana berjaya melakukan tugasan

5) Model Sosial;
·         Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsangkan murid-murid kita secara sosial, bahkan turut merangang secara inteletek.
·         Mereka mengesyorkan agar guru memberi tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi sosial bagi mencapai matlamat tersebut.
·         Model-model yang terkandung dalam kumpulan model sosial ialah pembelajaran koperatif, main peranan dan simulasi.

6)Model Personal;
·         Berpegang kepada unsur keperibadian individu  dan menekankan perspektif bersifat individu serta menggalakkan sifat berdikari demi peningkatan kesedaran kendiri.
·         Model ini berfokuskan kepada konsep-konsep seperti berikut;

o   Pengajian fasilitatif; berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Rogers dan berpusatkan murid.
o   Peningkatan kesedaran kendiri; bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing
o   Synectics; memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti;
o  Direkabentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan     masalah dan aktiviti penulisan.
o  Dalam konteks bilik darjah, murid-murid akan mengikuti satu siri bengkel sehingga mereka berupaya mengaplikasi prosedur-prosedur  secara individu dan kumpulan koperatif
Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Ø Guru-guru permulaan seelok-eloknya memperoleh koleksi atau himpunan model
Ø Disyorkan gabungkan model-model daripada kumpulan model berlain dalam sesi pengajaran
Ø Guru-guru yang berkesan perlu menguasai beberapa model serta berusaha mengasah yang sedia ada dan menambahkan yang baru kepada senarai lama sepanjang tempoh profesion keguruan

7) Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Berdasarkan Model Pengajaran- Pedagogi Bestari

Antara pendekatan yang terdapat dalam pengajaran adalah seperti berikut;

  • Pendekatan Induktif
  • Pendekatan Deduktif
  • Pendekatan Eklektik
  • Pendekatan Komunikatif
  • Pendekatan Interaksional
  • Pendekatan Pengalaman Bahasa
  • Pendekatan Bersepadu

8) Jenis-jenis kaedah yang sering digunakan oleh guru adalah seperti berikut;
  • Kaedah terus
  • Kaedah semulajadi
  • Kaedah askar atau tentera
  • Kaedah ajuk-hafaz
  • Kaedah linguistik
  • Kaedah oral-aural
  • Kaedah terjemahan
  • Kaedah psikologi
  • Kaedah kod-kognitif
  • Kaedah khusus

9)Jenis teknik yang sering digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut;

  • Teknik main peranan
  • Teknik permainan bahasa
  • Teknik latih tubi
  • Teknik bercerita
  • Teknik inkuiri
  • Teknik perbahasan
  • Teknik kuiz
  • Teknik sumbangsaran
  • Teknik soal jawab
  • Teknik simulasi
  • Teknik drama
  • Teknik perbincangan

2 comments: