Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday 23 May 2011

Murid dan Alam Belajar : Bab 3 : Teori-teori Pembelajaran


BAB 3                       TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

1)  Teori Behaviouris:
·      Teori Behaviorisme juga dikenali sebagai mazhab behavioris.
·      diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.
·      menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku murid sama ada baik atau sebaliknya.
·      Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.
·      Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.
·      Parlov, Thorndike dan Skinner menghuraikan perubahan tingkah laku sebagai hasil proses pembelajaran adalah kerana berlakunya perhubungan stimuli (rangsangan) dengan tindak balas organisma.
·      Rumusannya;
·                    Perubahan tingkah laku
·                    Perolehan tabiat dan sikap
·                    Berlandaskan teori
·                    Tindak balas terhadap rangsangan
·                    Pembelajaran melalui pelaziman
·                    Tingkah laku luaran
·                    Dipengaruhi oleh peneguhan
·                    2 jenis;
-pelaziman klasik
-pelaziman operan
2) Prinsip teori tingkah laku:
·           Murid terlibat dengan aktif
·           Bahan disusun dalam urutan
·           Maklum balas secara langsung
·           Berikan ganjaran dan motivasi

3)           7 Elemen utama behaviouris:
·           Menarik perhatian murid
·           Objektif perlu jelas
·           Rangsang proses ingat semula
·           Bahan yang merangsang
·           Bimbingan berterusan
·           Ada tugasan dan soalan
·           Buat penilaian

4)    Konsep Pelaziman Klasik Ivan Pavlov;
o   Generalisasi
o   Diskriminasi
o   Penghapusan


5)    Prinsip Pembelajaran Pavlov;
·      Kaitkan tugasan dengan pengalaman
·      Kaitkan tajuk dengan rangsangan dan tindak balas
·      Kukuhkan rangsangan dengan latihan
·      Perlukan motivasi
·      Kata kunci teori ini ialah pembelajaran melalui perkaitan.
·      setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas
·      pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas

6)    Konsep Pelaziman Operan Thorndike;
·      Pembelajaran melalui R-G
·      Pelaziman berlaku bila ada rangsangan
·      Hukum pembelajaran
-Hukum kesediaan
-Hukum latihan
-Hukum kesan

·         pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf antara situasi dengan gerak balas.

·         implikasi teori Pembelajaran Thorndike terhadap pembelajaran;
·      untuk mempelajari tingkah laku, rangsangan perlu diwujudkan
·      pembelajaran boleh berlaku melalui usaha cuba jaya
·      konsep hukum kesediaan boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah
·      guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid menikmati kejayaan agar mereka terus terdorong untuk belajar
·      latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran
·      untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai
·      mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan
·      memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada murid

7)    Konsep Pelaziman Operan Skinner;
·           Pembelajaran berlaku jika ada rangsangan dan tindak balas berulang
·           Kemukakan konsep pengukuhan
-pengukuhan  positif
-pengukuhan negatif

8)    Aplikasi Pembelajaran Skinner;
·      pemberian peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.
·      ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur murid.
·      wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.
·      guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada murid kerana mereka mungkin akan dianggap sebagai hukuman.
·      gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentuk pelaziman.
·      guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang-ulang.

ImpIikasi Teori Pembelajaran Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
·      Gerak balas positif dapat dipupuk
·      Pengulangan akan mengukuhkan ingatan
·      Perkaitan membantu membina konsep
·      Satu rangsangan yang diganti rangsangan lain  membantu membina konsep (rangsangan terlazim )
·      Pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran  menghasilkan tindak balas terlazim
·      Membimbing membuat generalisasi dengan tepat dan perkaitan pelbagai contoh
·      Kemahiran membuat diskriminasi
·      Latihan perlu diberikan untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim
·      Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan berterusan ( Dikekalkan /dikukuhkan )
·      Penggunaan peneguhan positif membawa kepada keseronokan
·      Prinsip penghapusan ( pelaziman operan) adalah sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku
·      Membantu murid menguasai konsep diskriminasi
·      ( pelaziman operan ) memperolehi ilmu dan kemahiran dengan tepat
·      Menggunakan prinsip Jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan

9)    Teori Kognitif;
· ahli-ahli psikologi kognitif yang terkenal dengan teori ini adalah seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel.
· Pembelajaran melalui proses penyelesaian masalah dan celik akal
· Proses mental yang aktif
· tidak bersetuju dengan teori stimuli-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang
· Hasilkan Teori Pembelajaran Gestalt
· Pembelajaran libatkan 2 proses;
-persepsi
-penanggapan

Implikasi Teori Ausubel Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran
       Ketika mengajar, guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid-murid bagi menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pengajaran yang disediakan.
       Ausubel menekankan pembelajaran bermakna. Ini bermakna guru perlu berusaha ke arah membantu murid memahami sesuatu konsep, perkaitan antara isi pelajaran dengan pertalian antara pengalaman baru dengan pengalaman lama.
       Guru digalakkan untuk menggunakan pembelajaran penemuan kerana ini melibatkan penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat dan sebagainya. Pembelajaran ini lebih kekal,bermakna dan menyeronokkan.

Implikasi Hierarki Pembelajaran Gagne Kepada Pembelajaran Murid;
       Proses pembelajaran bermula  daripada rangsangan luar.
       Bergantung kepada motivasi luaran dan dalaman.
       Fasa maklum balas adalah terpenting kerana fasa ini dapat mengukuhkan konsep ilmu yang diperolehi.
       Proses ini berkait rapat dengan konsep kesediaan, motivasi,pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan dan pemindahan pembelajaran

10) Teori Konstruktivis;
·      2 jenis;
·      Dipopularkan oleh Piaget
·      2 jenis;
-kognitif
-sosial
Implikasi Teori Pembelajaran Konstruktivis Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran;

     Guru hendaklah merancang dan melaksanakan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon murid serta menggalakkan mereka untuk menganalisis, mentafsir dan meramal maklumat yang diterima.
     Penilaian adalah sebahagian proses pembelajaran. Oleh itu, murid memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan kemajuan masing-masing

11) Teori Kognitif Jean Piaget;
·      Kognitif berkembang dengan pembesaran kanak-kanak
·      Penekanan kepada;
-proses dan peringkat
·      Proses;
-Asimilasi
-Akomodasi
·      Peringkat;
-sensorimotor
-pra operasional
-operasi konkrit
-operasi formal

12) Teori Kognitif Lee Vygotsky;
·      Proses penaakulan melalui interaksi sosial
·      Zon perkembangan proximal
-perkembangan sebenar
-perkembangan berpotensi

13)     Teori Pembelajaran Sosial;
· Pembelajaran melalui;
-proses permodelan
-pemerhatian
-peniruan
· Tingkah laku sosial;
-keagresifan
-persaingan
-peniruan model

14) Teori Sosial Bandura;
· Pembelajaran melalui proses 4 proses;

-perhatian
-mengingat
-reproduksi
-peneguhan

·         ciri teori pemodelan Bandura adalah seperti berikut;

·      unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
·      tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.
·      murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika mereka memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
·      proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.


15) Pendekatan Humanistik;
· Kategorikan Pembelajaran kepada 2 jenis;

-pembelajaran kognitif yang tidak berguna
-pembelajaran eksperiential
· Pembelajaran bergantung kepada emosi
· Pentingkan peranan guru
· Murid perlu sokongan motivasi

Implikasi Teori Humanis Terhadap Proses Pembelajaran;

·      menitikberatkan perkembangan persendirian individu sosial yang sihat.
·      programnya berorientasi penemuan dan tidak mementingkan pembelajaran resepsi (penerimaan).
·      perasaan dan keinginan murid serta autonomi individu senatiasa dihormati.
·      matlamat utamanya ialah mencapai sempurna kendiri bagi setiap individu.
·      lebih berpusatkan murid.
·      tidak begitu mengambil berat tentang metodologi pengajaran jika dibandingkan dengan hubungan secara peribadi mereka dengan murid serta peranan murid sebagai pembantu proses pengajaran dan pembelajaran.
·      menggalakkan perkembangan psikologikal secara langsung dalam situasi pendidikan.
·      meningkatkan motivasi, locus of control, pemikiran kreatif, kepekaan interpersonal, maruah diri, identiti kendiri dan aspek-aspek fungsional lain manusia.

16) Bantu kanak-kanak perpendidikan khas;
· Bawa jumpa pakar
· Galakkan keistimewaan mereka
· Sabar
· Bantuan dalam pembelajaran
· Amalkan kasih sayang
· Lakukan aktiviti bersama
· Berikan kebebasan terbatas
· Ganjaran





No comments:

Post a Comment