Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday 11 May 2011

Budaya: Bab 4 Ketaksamaan Peluang Pendidikan

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
1)    Definisi Ketaksamaan
  Menurut Kamus Dewan edisi ke-3:
            Ketidaksamaan perihal (sifat, keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat.
      Noran Fauziah Yaakub - keadaan di mana manusia tidak memperoleh ganjaran sosial yang sama.
      Perbezaan semulajadi seperti sahsiah,kecondongan yang berlainan
      Perbezaan darjat@taraf seperti keupayaan mental, bakat dan kekuatan
      Bergantung kepada penilaian sesuatu masyarakat
      Penilaian tersebut adalah suatu yang berterusan dalam suatu jangka masa panjang
      Penilaian boleh diwarisi dari satu generasi ke genarasi yang lain
      Memberi kesan langsung kepada peluang-peluang pendidikan
2)Jantina
  Gender
  Memberi makna wujudnya status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri yang sesuai untuk lelaki dan perempuan,  interaksi lelaki dan perempuan.
  Zaman tradisonal: fungsi wanita terhad sebagai pembantu suami.
  Pada zaman penjajahan peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki.
  Amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak.
  Sistem meritokrasi telah digunakan iaitu pemilihan berdasarkan pencapaian akademik dan bukannya gender.
  Kecenderungan pemilihan kursus di institusi pengajian tinggi

3)Murid Berkeperluan Khas
  Dr. Chua Tee Tee- satu program khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa.
  Mempunyai kecerdasan yang amat rendah atau kebolehan mental yang lebih tinggi.
  Persekitaran yang kurang yang kurang “mesra” menyebabkan golongan ini tertinggal.
  Mereka mengalami kecelaruan tingkah laku
  Tingkah laku terbias
  Tingkah laku bersifat pengongkongan dalaman.
  Mengalami ketidakmatangan yang sangat ketara.
  Golongan ini mesti diberi peluang supaya tidak tertinggal dalam arus pendidikan nasional.
  Melalui Akta Pendidikan Khas 1966 memberi kuasa kepada KPM menyediakan pendidikan yang sesuai untuk golongan ini.

4)Siapakah Mereka?
  Kerencatan mental
  Masalah pembelajaran
  Kecelaruan tingkah laku
  Kecacatan pendengaran & masalah komunikasi
  Kecacatan penglihatan
  Kecacatan fizikal
  Pintar cerdas & berbakat istimewa

5)Kerencatan Akal
a)    Autisme
      - ketidakupayaan kanak-kanak memahami perkara sekeliling.
      - biasanya mula berlaku pada usia 30 bulan.
      - gangguan dalam otak yang menguasai bahagian kefahaman, emosi & komunikasi.
  Bilangan pengidap di dunia 10-15 dalam 10 ribu orang.
  Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengidap dengan nisbah 4:1.

Ciri-ciri Autisme;
  Suka menyendiri
  Masalah bahasa & komunikasi
  Asyik dengan aktiviti sendiri
  Ketawa tiba-tiba
  Tidak rasa sakit apabila jatuh
  Tidak takut pada bahaya
  Menangis/marah tanpa sebab
  Mengulangi kata-kata
  Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal
  Tidak bertentangan mata semasa bercakap
  Menunjukkan dgn jara arah yang disukai
  Bertingkah laku melampau

Cara Mengatasi;
  Pakar jiwa.
  Ibu bapa bersabar dan membimbing dengan penuh perhatian.
  Boleh sembuh jika mengidapi sebahagian ciri-cirinya.
  Hantar ke Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia untuk rawatan.

b)Sindrom down
  Sindrom Down
      - kecacatan mental dan fizikal.
      - Punca pembahagian kromoson yang tidak seimbang.
      - Wanita mengandung berumur 40 tahun ke atas kebarangkalian bayi mendapat sindrom down 5%.

Ciri-ciri;
  Fizikal
  Kepala bulat
  Hidung kemik
  Berbadan pendek
  Mata sepet
  Rupa hampir serupa
  Mudah mendapat penyakit jantung, sembelit & leukemia
  Kecerdasan
  IQ rendah daripada 50
  Boleh diajar mengurus diri apabila meningkat dewasa

c)Cerebral palsy
  Cerebral-otak & palsy-kurang daya kawalan pada otot.
  Penyakit yang berkaitan dengan kerosakan otot.
  Bukan berpunca daripada keturunan tetapi faktor lain.
  Otot kurang bermaya (mudah letih) & lambat menyiapkan kerja.
  Terjejas pusat kawalan otok di otak.
  Masalah koordinasi antara kawalan otot dan pergerakan tangan dan badan.
  Kesan-gerak badan kekok, imbangan badan mengeletar, badan lembik, kaki & tangan kejang,masalah menghisap & menelan
Punca;
  Kerosakan otak
  Deman kuning yang teruk selepas lahir
  Deman panas
  Kelahiran awal
  Kecederaan, pembengkakan otak & selaput
  Jangkitan rahim
  Pendarahan sebelum kelahiran
Rawatan;
  Mengajar kebolehan asas.
Berjumpa pakar otopedik, fisioterapi, jurupulih cara kerja & jurupulih pertuturan

d) Kecacatan Penglihatan
  Keadaan seseorang tidak dapat melihat dan memerlukan braille.
  Individu yang kehilangan penglihatan sepenuhnya atau ketajaman penglihatan 6/60 atau 20/200 atau kurang.
  Individu yang tidak nampak sebarang cahaya dan penglihatannya 3/60 atau kurang.
  Definisi di Malaysia- mereka yang tidak boleh melihat dengan terang tanpa kawalan cahaya, kanta khas dan latihan khusus.

Punca;
  Penyakit berjangkit- siplis, campak rubell.
  Keturunan
  Jangkitan kuman semasa mengandung.
  Kekurangan vitamin A.
  Termakan bisa
  Kemalangan

Hewett & Forness- cirinya dapat dilihat dari segi rupa, tingkah laku & aduan.
  rupa: sensitif pada cahaya, bgh tepi mata merah & berair, juling terdapat bintik putih di tengah mata hitam.
  Tingkah laku: mengosok-gosok mata, menutup sebelah mata, selalu mengelip mata, menjeling kelopak mata dan memegang buku dekat dengan mata.
  Aduan: mengadu mata panas, kabur, berganda & pening kepala.
e) Kecacatan Pendengaran
  Terbahagi dua pekak deria tidak berfungsi dan separuh pekak boleh mendengar tetapi kurang jelas boleh dibantu dengan bantuan alat.
  Kecacatan pendengaran tidak mengalami kecacatan akal.


Ciri-ciri;
  Lambat menjawab pertanyaan
  Lain ditanya lain dijawab
  Gangguan dalam sebutan
  Sukar menguasai kosa kata
  Menyendiri

Punca;
  Baka
  Jangkitan kuman semasa mengandung
  Ibu mengidap kencing manis, penyakit beri-beri & pernah menagih dadah
  Lahir tidak cukup bulan
  Demam campak
  Terdedah bunyi yang sangat kuat

f)Kecelaruan Tingkah Laku
  Hiperaktif- terdiri daripada lelaki dan tingkah lakunya jelas pada usia 4-9 tahun.
  Mula berkurangan pada usia 9 tahun ke atas.
  Jika tidak berubah langkah rawatan mesti diambil untuk mengelakkan masalah tingkah laku.

g)Ciri-ciri Hiperektif
  Bising/merayau
  Mengganggu orang tanpa sebab
  Nakal & tidak takut pada hukuman
  Tidak mendengar kata
  Tidak menumpukan pada kelas
  Tidak menyiapkan kerja sekolah
  Suka membuat rekaan
  Suka merosakkan harta orang
  Kasar
  Resah
  Tidak disukai orang lain
Punca;
  Kurang kasih sayang
  Minta perhatian
  Pengaruh cerita
  Pengaruh keluarga
  Kerosakan otak
  Sifat semula jadi
  Selalu ditakuti oleh keluarga semasa kecil
  Kebimbangan tinggi
  Deraan
  Keluarga terlampau keras dalam mendidik

h)Masalah Pembelajaran
  Masalah Pembacaan (Dyslexia)
      sebagai gangguan yang jelas menunjukkan kesukaran membaca walaupun diajar secara lisan.
      mempunyai kecerdikan yang memuaskan & boleh bersosio budaya.
  otak kanak-kanak tidak dapat memproses bahasa dan bunyi dengan baik.
   mereka mengalami kesukaran mengikuti arahan sama ada secara lisan atau tulisan.
   Kesukaran ini akan hilang apabila meningkat dewasa.

Ciri-ciri;
  Kesukaran membaca sifir, tambah & tolak.
  Selalu menggunakan jari atau alat untuk mengira.
  Melakukan banyak kesilapan ejaan.
  Lambat atau terhenti-henti ketika membaca.
  Kesukaran menyebut atau menulis abjad tertentu spt s,c,p & d.
  Perlu perhatian dan kesabaran untuk mendidik kanak-kanak ini.
  Boleh dipulihkan.

i)Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas
  Daya pemerhatian tajam & perasaan igin tahu tinggi.
  Bahsa- perbandaharaan kata luas & pertuturan lancar.
  Menyelesaikan masalah kreatif & inovatif.
  Ingatan yang baik.
  Cepat menguasai kemahiran baru.
  Menunjukkan bakat luar biasa.
  Menggunakan perkara yang dipelajari dalam konteks baru.
  Menyusun turutan secara logik.
  Menghasilkan idea yang aneh & tidak munasabah.
  Boleh berbincang & menghuraikan idea.
  Minat menulis & membaca.
  Cepat belajar & mengaplikasikan apa yang dipelajari.
  Inisiatif & mahu bekerja sendiri.
  Menumpukan perhatian yang lama & meneruskan kerja yang mencabar.
  Menunjukkan kepintaran & kelucuan.
  Terangsang dengan sesuatu yang kompleks & suka meramal.
  Menunjukkan perasaan & pendapat yang teguh.
  Sangat kritikal pada diri sendiri.

6) KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN.. ( PEDALAMAN )
… merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”                                  
                   YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein
                        ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
A)   Pengenalan
  • Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal sekolah di bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan, guru terlatih dan sumber mencukupi.


  • Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan daripada segi kemudahan asas. Guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan.


  •  Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Jurang ini dan pencapaian pelajar, penyediaan kemudahan fizikal pelajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang perbezaan yang ketara dari segi sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3).


  • Usaha merapatkan jurang pendidikan telah berkembang pesat dan mencapai banyak kemajuan sejak RMKe-3. Walaubagaimanapun, tugas ini belum selesai dan akan terus diberi keutamaan dalam RMKe-9. 

B)Dasar dan Matlamat
  1. Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah daripada SK dan SJK. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

  1. Jurang bandar dan luar bandar
·         Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada ketidaksamarataan daripada segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di Sekolah Kurang Murid (SKM), sekolah Orang Asli dan sekolah di pedalaman.

Jurang Digital
·         Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru.

Jurang antara tahap pencapaian pelajar
·         Jurang antara tahap pencapaian pelajar merujuk kepada kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir daripada sistem pendidikan.
·         Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas.
·         Jurang antara pelajar normal dan bekeperluan khas merujuk kepada perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai untuk menyokong proses p&p pelajar bekeperluan khas termasuklah yang kurang upaya, pintar cerdas dan berbakat.

Jurang sosioekonomi
·         Jurang sosioekonomi merujuk kepada perbezaan daripada segi tahap kesihatan, disiplin, kebajikan pelajar dan kemiskinan termasuklah kemiskinan dalam Bandar.

2. Kekurangan Kemudahan Asas
o  Terdapat 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang masih belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam. Janakuasa yang dibekalkan pula berkuasa rendah dan tidak mencukupi untuk menampung penggunaan ICT di sekolah, di samping menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan diesel terutama sekolah-sekolah yang jauh di pedalaman.

·      Cabaran KPM adalah untuk membekalkan janakuasa yang berkuasa tinggi iaitu 30-35KVa, menyediakan mekanisme penyelenggaraan janakuasa dan pembekalan diesel agar sekolah-sekolah ini dapat memanfaatkan penggunaan ICT sepenuhnya untuk p&p.

o  Kebanyakan sekolah mempunyai bekalan air awam kecuali di 1517 sekolah rendah dan 68 sekolah menengah. Bagi sekolah-sekolah tersebut, bekalan air disediakan melalui kaedah bekalan air graviti, penuaian hujan (rain harvesting) dan telaga tiub (tube well).

·      Bekalan air graviti menggunakan air dari sungai atau air terjun manakala penuaian hujan pula menggunakan air  tadahan hujan.

3. Sekolah Kurang Murid
·      Sehingga tahun 2005, terdapat 2,261 (29.7%) sekolah rendah yang dikategorikan sebagai SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang daripada 150 orang. Hampir 90 % SKM ini berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih.
·      Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti ketiadaan perjawatan guru pemulihan. Selain itu, penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakannya berada jauh dipedalaman.
·      Jumlah murid yang terlalu kecil pula menyebabkan SKM mengamalkan pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan. 

4.    Cabaran KPM
·         Cabaran KPM adalah untuk memastikan agar infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan bandar.

·         Dalam program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar akan dilengkapkan dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar bandar dan pedalaman, pusat akses akan dibina.


BANTUAN DAN PROGRAM SOKONGAN
KPM memperuntukkan lebih daripada RM 1.0 bilion setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui program berikut;
a)    Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
b)    Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
c)    Bantuan Makanan Asrama.
d)    Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
e)    Jaket Keselamatan
f)     Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
g)    Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)  
h)   Skim Baucer Tuisyen (SBT)
i)     Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
j)      Asrama Harian

FAKTOR-FAKTOR KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN

  Faktor  pertama : Kurangnya guru pakar  yang berpengalaman dalam satu-satu bidang.

  Hal yang demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

  Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar  apatah lagi kebanyakan murid-murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri.

  Oleh yang demikian, guru perlu belajar menguasai bahasa pertuturan  satu-satu kaum agar  apa yang disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor kedua : Pertumbuhan pusat urban yang lembab.
  Ia merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan awam seperti  bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah yang  teruk.

  Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk  pergi menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri.

Faktor ketiga : Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang kurang merangsang.
  Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa,  boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka terutama dalam aspek pendidikan.

  Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu sendiri turut tidak berpendidikan  ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil hutan.

Ketaksamaan Kelas Sosial
Ø  Taraf @ kelas sosial adalah faktor kepada ketaksamaan peluang pendidikan
Ø  Boleh wujud dalam sesuatu kumpulan kaum itu sendiri atau juga antara kaum
Ø  Contoh: Masyarakat Melayu( golongan pembesar dan rakyat bawahan)
Ø  Masyarakat India ( kasta dalam masyarakat )
Ø  Masyarakat Cina ( antara golongan berada dan kurang berkemampuan

Ø  Kelas sosial masyarakat:
Ø  Sistem feudal
Ø  Rakyat bawahan@marhain
Ø  Golongan pembesar
Ø  Golongan istana

Ø  Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Ø  Kemudahan mendapatkan guru
Ø  Bahan-bahan rujukan
Ø  Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Ø  Kelas sosial masyarakat:
Ø  Perubahan zaman,sistem kelas masyarakat turut berubah:
Ø  Golongan petani
Ø  Golongan masyarakat kampung
Ø  Golongan yang tinggal di bandar
Ø  Golongan kurang berkemampuan
Ø  Golongan pemimpin
Ø  Golongan berada

Ø  Aspek ketaksamaan peluang pendidikan:
Ø  Kemudahan mendapatkan guru
Ø  Kemudahan peralatan fizikal di sekolah
Ø  Kelas tambahan@tuisyen
Ø  Pembiayaan kewangan
Ø  Bahan-bahan rujukan
Ø  Peluang-peluang melanjutkan pelajaran
Ø  Peluang kerjaya selepas tamat belajar

Pendidikan Masyarakat Indigoneous
         Sistem pendidikan sekolah yang secara nasional dikembangkan di Tanah Air belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional. Padahal, sistem belajar asli memiliki banyak hal positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

         Merujuk kelompok masyarakat yang tinggal jauh di pedalaman & masih belum menerima sebarang perubahan luar.

         Mereka masih taksub dengan sistem kehidupan mereka.

         Dalam konteks Malaysia merujuk penduduk pribumi di pedalaman Sabah & Sarawak.
         Di Sabah spt Kadazan, Bajau, Murut, Suluk & Orang Brunei.
         Di Sarawak spt Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan & Kelambit.

         Sistem pendidikan nasional belum menyentuh sistem belajar asli (indigenous learning system) masyarakat tradisional.

          Sistem belajar asli mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu.

         Sistem belajar asli yang diwarisi potensi yang berharga.
         Sistem belajar asli masyarakat indigenous berpandukan pengalaman merupakan proses pendidikan yang manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan dengan kudrat dan perkembangan manusia.

         Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat perkara.
         manusia akan mengalami sesuatu secara nyata.
         memikirkannya secara konseptual.
         mengamati sesuatu sambil merenung, dan
         mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.

         Proses belajar di sekolah yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata.

         Berbeza dalam sistem belajar asli masyarakat indigenous.
         Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya

Orang Asli
  Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi.

  Keserasian cara hidup dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan. (Rusli Zaenal, 2002) 

  Kajian Kementerian Pelajaran, mendapati, ada dalam kalangan ibu bapa ORANG ASLI yang menanamkan kepercayaan bahawa sekolah tidak akan mengubah masa depan kaum mereka.

  `Sekolah' bagi mereka ialah kemahiran membezakan madu dan tuba, ketangkasan dan ketepatan berburu dan menyumpit, dan sebagainya.

  Kadar keciciran sangat tinggi dalam kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan.

  Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melaporkan 34.31 peratus murid Orang Asli tercicir daripada memasuki sekolah menengah sementara 46.28 peratus dilaporkan tidak menamatkan pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

  Dalam kes tertentu terdapat segelintir kanak-kanak Orang Asli yang tidak dapat ke sekolah kerana tergolong sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004).
  Menurut JHEOA (1998), minat belajar dalam kalangan  Orang Asli masih berada di tahap  rendah.
  Keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus).

  Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan  sering ditipu peraih.
  Kesannya pendapatan Orang Asli merosot dan  hidup serba kekurangan.
  Seisi keluarga adalah tenaga kerja yang keluar mencari makan seharian suntuk.
  Tempat kediaman terlalu jauh dengan sekolah.
  Taraf sosio-ekonomi yang rendah.

  Tanggapan negatif ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas.

  Minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

  Pengaruh persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah.

  Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit.

  Kesannya berlakunya keciciran pelajaran dalam kalangan mereka.

  Bagi meningkatkan minat pendidikan anak Orang Asli dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, guru hendaklah mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). 

5 comments:

  1. saya minta izin utk mengambil beberapa nota dari sini. Moga ilmu tuan mendapat keberkatan. Terima kasih daun keladi kalau perlu lagi saya ambil lagi......

    ReplyDelete
  2. tak adalah masalah,ambil dan gunakanlah untuk kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  3. version BI ada tak cikgu? kami TESL kena jwb dlm bi.....:-)tq

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cikgu, boleh saya mintak kebenaran cikgu untuk berkongsi nota cikgu ni untuk saya buat rujukan ?

    ReplyDelete
  5. cikgu terima kasih atas ilmunya.

    ReplyDelete