TAJUK 2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru
1) Makna Falsafah;
n Perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.
n Pemikiran dan pandangan ini dihasilkan drpd usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal.
n Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan
2) Penggubalan Dasar Pendidikan;
n Masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai kebudayaan yang berbeza.
n Ada jurang penempatan (bandar, kampung, estet dsbnya.)
n Jurang ekonomi antara kaum yang ketara
n Perbezaan dan ketidakseimbangan ini menjadi penghalang kepada perpaduan rakyat.
n * Rukun Negara dirangka pada 1970 - yang dijadikan asas dasar pendidikan, kewarganegara, pembangunan dan perkembangan masyarakat
3) Rukunegara
n Kepercayaan kepada Tuhan
n Kesetiaan kepada Raja dan Negara
n Keluruhan Perlembagaan
n Kedaulatan Undang-undang
n Kesopanan dan Kesusilaan
*Berasaskan RN Malaysia berazam untuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat.
• Memelihara satu cara hidup demokrasi.
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
• Mempunyai satu kebudayaan nasional yang kaya dan berbagai corak.
• Membina satu masyarakat maju yang menggunakan sains dan teknologi moden
4) Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
n Matlamat Pendidikan Negara Berlandaskan FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang baik dan berguna dan memiliki dan menghayati ciri-ciri:-
• Percaya dan patuh kepada Tuhan
• Berilmu pengetahuan
• Berakhlak mulia
• Betanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
• Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
• Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
5) Asas Pertimbangan FPK;
- Agama yang dianuti rakyat
- Sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya
- Politik yang menentukan ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan
- Ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara
- Individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas spr keselamatan, perkembangan potenasi dan penyempurnaan kendiri
- Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan kearah persefahaman antarabangsa.
6) Faktor Agama
• Islam sebagai agama resmi negara. Agama adalah bebas dianuti mengikuti undang-undang negara.
• Unsur agama adalah penting untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasrkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
7) Faktor Sosial
• Masy berbilang kaum.
• Keharmonian dan kemakmuran negara begantung kpd amalan sikap positif rakyat yg bertoleransi, k/sama, hormat-menghormati dikangan rakyat.
• Perpaduan kaum merupakan matlamat pendidikan iaitu `melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
8) Faktor Politik
• Faktor politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikan negara bagi membentuk ideologi negara. (Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia, Rukun Negara)
• Matlamat mencapai perpaduan kaum aalah menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan FPK. Ini berkait rapat dengan faktor sosial.
9) Faktor Ekonomi
• Rakyat yg terlatih dlm pelbagai kemahiran dpt membantu negara meningkatkan pengeluaran dan sterusnya memperkembangkan ekonomi negara.
• Tujuan ini dapat dicapai dgn melahirkan rakyat M`sia yg berilmu pengetahuan, beketerampilan, bertanggungjawab, dan berupaya untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.
10) Faktor Individu
• Potensi individu boleh dikembangkan melalui proses pendidikan.
• Potensi ini meliputi aspek-aspek JERI.
• Ini dinyatakan dalam `perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu utk meujudkan insan yg seimbang dan harmonis.
• Insan yg seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, menikmai ketenteraman jiwa dan bersedia menghadapi cabaran hidup dgn tenang.
• Melahirkan insan yg seimbang dan harmonis adalah merupakan pernyataan utama dalam FPK
11) Faktor Sejagat
• Pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarbangsa juga mempengaruhi penggubalan FPK.
• Pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yg dirancang oleh UNESCO pada 1980`an telah dimanifestasikan dalam FPK sebagai `Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan….`
• Pendidikan di Malaysia juga bertujuan menyediakan rakyat utk bersaing diperingkat antarabangsa dan memberi jsa kearah kemajuan, keamanan dan kesetabilan antarabangsa.
12) Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sbg suluh yg memberi panduan dan arah tuju kpd segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan.
Menjadi dasr dan pertimbangan asa untuk menentukan Matlamat Pemdidikan Negara.
Sbg rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara
Sbg bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan.
Sbg dasar dan pertimbangan asa untuk menentukan kurikulum bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Sbg pengawal ke atas penyelewengan aktiviti drpd dasar pendidikan
Mengilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dlm sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.
13) Falsafah Pendidikan Guru (FPG);
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”
14) Model Konseptual Pendidikan Guru;
Ketuhanan: peningkatan ilmu, penghayatan dn amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kpd ajaran agama.
Kemasyarakatan: penekanan peranan guru sbg pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
Kendiri: penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
15) Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi 3 aspek:
~Pengetahuan yg berkaitan dgn perkembangan dan kepentingan pendidikan dlm kehidupan.
~Kemahiran ikhtisas yg merangkumi kemahiran meggunakan bahan-bahan pelajaram dgn tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Nilai yg merujuk kpd amalan nilai2 murni, perlakuan yg penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif dan patuh kpd etika profesion keguruan.
~ Model Konseptual Pendidikan Guru juha menekankan mtlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani
16) Peranan Guru;
Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dlm mata pelajaran, khsanya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yg bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kpd diri dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG.
Menyempurnakan tgjwb dan akauntabiliti sbgai insan guru yg sentiasa mncari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa hadapan.
Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk meransang perkembangan pelajar.
No comments:
Post a Comment