Bab 2 Guru dan Perundangan
1)Pendahuluan
· Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
· Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
· Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.
· Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.
2) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002)
· Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
· Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
· Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
· Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.
3) Rasional Peraturan Tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam;
· melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
· meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
· menjaga imej perkhidmatan awam; dan
· yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.
4) Faktor penurunan kes ini adalah seperti yang berikut;
o Program Latihan dan Taklimat
o Perkhidmatan Kaunseling
o Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan
· Jenis-Jenis Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.
· Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan
· Hukuman Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar
· PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan
· PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.
· Peraturan 4 (1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.
Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang- undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut;
• Bersubahat dengan musuh negara
• Membocorkan rahsia Kerajaan.
• Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
• Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
• Menyertai Kesatuan Militan Malaysia
6) Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh ;
· membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
· berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya);
· berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;
· Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam;
· Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha;
· Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah;
· Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab;
· membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
· Membantah atau melawan pegawai atasan;
· cuai dalam melaksanakan tugasnya;
7) PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah,Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49] sekiranya Pegawai Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.
8) PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN;
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].
9) PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.
Seseorang pegawai tidak boleh;
· menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
· menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.
10) PERATURAN 12 : meminjam wang/ menjadi penjamin tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang.
11)PERATURAN 13: Keterhutangan Kewangan yang Serius;
12)PERATURAN 16 : Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan
13)PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya;
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).
14)PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/
majalah/jurnal kecuali, penerbitan;
· Jabatan
· Profesional
· pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
· diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan
15)PERATURAN 6 - PAKAIAN
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;
· Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
· Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain
16) Rumusan Peraturan;
· Tingkatkan mutu perkhidmatan
· Halng penyelewengan
· Haling rasuah
· Banyak beri pengajaran
· Langkah pencegahan
17) Akta Pendidikan 1996
· bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. · Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. · Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
18) Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;
· memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.
· Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.
· Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.
· mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi termasuk kerajaan dan sawasta.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
- penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.
- menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.
- Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.
- memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.
- mempertingkatkan pendidikan teknikal.
- memperkukuhan latihan perguruan.
- pendidikan swasta yang lebih sistematik.
- memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.
19) Antara kandungan Akta Pendidikan 1996;
· Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.
· Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.
· seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
· Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.
· Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.
· Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.
· seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.
· seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.
· Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.
· Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.
· Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.