Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday, 25 May 2011

Guru dan Cabaran Semasa: Bab 3: Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Bab 3             Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

1)    Pengenalan;

  • Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar.
  • Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah.
  • Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi.
  • Guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya.

2)    Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi

  • aspek  emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan pelajar kini adalah seperti yang berikut;
Ø empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Ø mengungkapkan dan memahami perasaan
Ø mengendalikan amarah
Ø kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Ø kemampuan untuk menyesuaikan diri
Ø disukai oleh orang lain
Ø kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling
Ø semangat setiakawan
Ø keramahan
Ø sikap hormat-menghormati


  • ·  Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana sebab seperti yang berikut;
· Kecemasan dan marah
· Sukar tunjukkan emosi tertentu
· Alami kesulitan
· Konflik

2 jenis;
·     Positif
·     negatif

3) Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;
         i.gangguan emosi ringan
        ii. gangguan emosi sedarhana
       iii. gangguan emosi berat
     
     4)    Punca Gangguan Emosi;
· Persekitaran sekolah
· Gaya pengajaran guru
· Peristiwa dalam keluarga
· Pengaruh keluarga
· Pengaruh rakan sebaya
· Tindakan guru
5)    Tanda-tanda masalah emosi dan sosial dalam kalangan pelajar adalah seperti yang berikut;
-tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
-selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
-sentiasa kelihatan letih
-kerap sakit perut
-mudah diserang penyakit
-duduk dalam keadaan yang tidak selesa
-pencapaian akademik yang semakin merosot
-sering berasa cemas, takut dan benci
-konsep kendiri yang lemah
-bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
-suka bergaduh
-kerap berbohong
-bertindak liar untuk menarik perhatian
-tindak balas kurang matang
-berperawakan ganjil
-membela diri secara tidak menentu
-menunjukkan perasaan dengki
-mengkritik secara keterlaluan
-suka termenung atau berkhayal

6)    Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi
· Peranan ibu bapa
· Tindakan guru
· Gaya pengajaran
· Kepimpinan guru
· Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
· Kerjasama
· Penerapan nilai
· Suasana ceria
· Penerangan jelas

7)    Hak Asasi Kanak-kanak;

  • Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
Ø   semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama.
Ø kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
Ø   orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan.
Ø   tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

    8)   Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;

·untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;
·untuk berupaya mengekspresi pandangan  sendiri.

     9)    Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak;
·    Perkara 2: tiada diskriminasi
·    Perkara 3: diberi pelindungan
·    Perkara 6: hak untuk hidup
·    Perkara 13: kebebasan bersuara
·    Perkara 19: diberi peruntukan undang-undang
·    Perkara 23: menikmati kehidupan
·    Perkara 28:Hak pendidikan
·    Perkara 29: halatuju pendidikan
·    Perkara 30: hak dalam komuniti
·    Perkara 32: dilindungi dari segi ekonomi
·    Perkara 34: tiada eksploitasi
       10) Hak kanak-kanak:Seksyen 17

·   Dilindungi dari segi fizikal
·   Tada penganiayaan
·   Pergaulan yang sihat
·   Hak kesihatan
·   Kemudahan bekalan makanan
·   Elak penderaan emosi


Guru dan Cabaran Semasa: Bab 2: Guru dan Perundangan


Bab 2             Guru dan Perundangan


1)Pendahuluan


·         Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
·         Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
·         Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada  2002.
·         Di samping itu Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.


2)    Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993  (pindaan 2002)

·      Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

·      Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).

·      Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

·      Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

3)    Rasional Peraturan Tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam;

·         melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
·         meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
·         menjaga imej perkhidmatan awam; dan
·         yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

4)    Faktor penurunan kes ini adalah seperti yang berikut;

o   Program Latihan dan Taklimat
o   Perkhidmatan Kaunseling
o   Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Tatakelakuan

5)    Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;

·      Jenis-Jenis Kesalahan Yang Membolehkan Diambil Tindakan Tatatertib.
·      Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Diambil Terhadap Pegawai Yang Melakukan Kesalahan

·         Hukuman Tindakan Tatatertib PERATURAN 3A
Penjawat awam wajib mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada pegawai yang ingkar

·         PERATURAN 3B
Seseorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (PU.A.176) Lantikan, Naik Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan

·         PERATURAN 3C
Menjadi tanggungjawab seseorang pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan segera terhadap mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini
Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini hendaklah disifatkan cuai dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

·         Peraturan  4 (1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan.

Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang- undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran peraturan 4(1) adalah seperti berikut;

      Bersubahat dengan musuh negara
      Membocorkan rahsia Kerajaan.
      Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan.
      Menjadi Anggota Jemaah Islamiah
      Menyertai Kesatuan Militan Malaysia

6)    Peraturan 4(2) Seseorang pegawai tidak boleh ;

·      membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
·      berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya);
·      berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;
·      Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan /mencemar nama baik perkhidmatan awam;
·      Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusaha;
·      Seseorang pegawai tidak boleh  tidak jujur atau tidak amanah;
·      Seseorang pegawai tidak boleh  tidak bertanggungjawab;
·      membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar
·      Membantah atau melawan pegawai atasan;
·      cuai dalam melaksanakan tugasnya;

7)    PERATURAN 7: Menyalahgunakan Dadah,Perkhidmatan Pegawai Boleh ditamatkan Atas Kepentingan Awam [Peraturan 49] sekiranya Pegawai Mencapai Umur Persaraan Pilihan. Contoh Pelanggaran Peraturan 7 adalah menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.

8)   PERATURAN 9 : MENERIMA/ MEMBERI KERAIAN;
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi kerana ini bercanggah Peraturan 4. Contoh pelanggaran peraturan 9 pula adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].

9)   PERATURAN 11 : Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Emolumen/ Pendapatan Yang Sah.

Seseorang pegawai tidak boleh;
·                     menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/ pendapatan yang sah.
·                     menguasai/memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen/ pendapatan yang sah.

10) PERATURAN 12 : meminjam wang/ menjadi penjamin tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang.

11)PERATURAN 13: Keterhutangan Kewangan yang Serius;

12)PERATURAN 16 : Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan

13)PERATURAN 18 : Penerbitan Buku dan Karya;
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat. Antara CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 18 adalah seperti menulis/menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).

14)PERATURAN 20 : Penyunting Akhbar/Majalah/Jurnal
Seorang penjawat awam adalah tidak boleh menjadi penyunting akhbar/
majalah/jurnal kecuali, penerbitan;

·  Jabatan
·  Profesional
·  pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
·   diluluskan secara bertulis oleh ketua jabatan

15)PERATURAN 6 - PAKAIAN
Antara contoh pelanggaran Peraturan 6 adalah seperti;

·         Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
·         Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain


16) Rumusan Peraturan;

·      Tingkatkan mutu perkhidmatan
·      Halng penyelewengan
·      Haling rasuah
·      Banyak beri pengajaran
·      Langkah pencegahan

17) Akta Pendidikan 1996
·         merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
·         bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
·         Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.
·         Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.


18) Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk;

·         memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

·         Untuk memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

·         Untuk menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

·         mencakupi perundangan pada tahap prasekolah hingga tahap pendidikan tinggi  termasuk kerajaan dan sawasta.
  • memperkukuhkan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

  • penyelarasan semua jenis kurikulum kategori sekolah melalui kurikulum kebangsaan.

  • menggunakan sistem penilaian dan peperiksaan yang sama.

  • Pendidikan Islam diperluaskan untuk pelajar Islam.

  • memperluaskan bidang kuasa Menteri Pendidikan.

  • mempertingkatkan pendidikan teknikal.

  • memperkukuhan latihan perguruan.

  • pendidikan swasta yang lebih sistematik.

  • memperkukuhkan kedudukan bahasa suku kaum.

19) Antara kandungan Akta Pendidikan 1996;

·         Seksyen 16: telah memberikan kategori kepada sekolah di Malaysia, tiga kategori iaitu kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. ini boleh menampung dengan jelas keperluan kelas tingkatan 6, kelas matrikulasi dan sebagainya.

·         Seksyen 17(2), memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

·         seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.

·         Seksyen 19 memperuntukkan semua sekolah menyediakan pelajar untuk Peperiksaan Awam, melainkan yang dikecualikan.

·         Seksyen 21 memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika.

·         Seksyen 37 dan seksyen 38 membolehkan politeknik mengadakan kursus pengajian atau program latihan bersama peringkat sijil atau lain-lain kelayakan dengan mana-mana universiti atau institusi pendidikan lain.

·         seksyen 47 (1), membolehkan maktab perguruan (maktab pendidikan) mengadakan kursus peringkat ijazah, diploma atau sijil dan mengadakan program kerjasama dengan universiti atau institusi pendidikan tinggi lain.

·         seksyen 40, yang membolehkan Menteri mengadakan kelas pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah.

·         Seksyen 50 memperuntukkan supaya Pendidikan Islam wajib diajar di semua sekolah termasuk sekolah swasta bila terdapat 5 atau lebih pelajar Islam.

·         Seksyen 69 semua pihak yang menganjurkan peperiksaan awam perlu mendapatkan kebenaran dari Pengarah Peperiksaan terlebih dahulu.

·         Seksyen 77 menjelaskan bahawa isntitusi pendidikan swasta yang menjalankan program "twinning" dan "lingkage" hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari Menteri terlebih dahulu.