Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

Tesis Ijazah Doktor Falsafah, UKM 2014 (Tidak Diterbitkan)

AMALAN DAN PENDEKATAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM MENTORAN PRAKTIKUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI GURU PELATIH 

ABSTRAK 

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek amalan dan pendekatan bimbingan pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoran praktikum serta hubungannya dengan kualiti guru pelatih. Pengkaji telah menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 318 orang guru pelatih, 318 orang pensyarah dan 318 orang guru pembimbing telah dipilh secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap dua orang pensyarah, dua orang guru pembimbing dan dua orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah dan guru pembimbing telah melaksanakan bimbingan pengajaran berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran (min = 4.59, sp = .17). Seterusnya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah pendekatan tingkah laku kolaboratif (min 4.27 dan sp= .45). Selain itu kajian ini juga menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah (min = 4.49, sp = .21). Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara amalan bimbingan tetapi tidak terdapat perbezaan bagi pendekatan bimbingan pengajaran antara pensyarah dan guru pembimbing. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kekerapan bimbingan dan pengalaman memberi bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dengan kualiti guru pelatih. Akhirnya dapatan kajian ini membuktikan bahawa kemahiran pengajaran dan pembelajaran, perancangan pengajaran dan refleksi memberi sumbangan kepada kualiti guru pelatih. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa program praktikum merupakan satu proses bimbingan dengan menerapkan aspek amalan pengajaran yang berkesan kepada guru pelatih dengan mengaplikasikan pendekatan yang relevan ke arah menghasilkan guru pelatih yang berkualiti.
 

THE PRACTICES AND APPROACHES OF LECTURERS AND GUIDING TEACHERS IN PRACTICAL TEACHING MENTORING PROGRAMME AND RELATIONSHIP WITH THE QUALITY OF TEACHER TRAINEES
  
ABSTRACT


This study was aimed to identify the aspects of teaching mentoring practicum and the approach practiced by the lecturers and guiding teachers; and their relationship to quality of teacher trainees. This study primarily employed an explanatory mixed method based on a quantitative research design and a qualitative case study to collect supporting data. A total of 318 trainees, 318 lecturers and 318 guiding teachers were randomly selected from each IPGs of the Central region. The qualitative data were obtained through interviews and observation of two lecturers, two guiding teachers and two teacher trainees purposively selected. The descriptive analysis indicated that the lecturers and guiding teachers conducted their teaching guidance based on clinical supervision model. The findings indicated that the highest aspect of teaching guidance was on teaching implementation (mean = 4.59, sp = .17). The highest score for teaching guidance approach was on the behavioral collaborative (mean 4.27 and sp= .45).  The findings also indicated that the highest score on trainee quality was in terms of their attitude and personality (mean = 4.49, sp = .21). There were differences in the guiding practices, yet there was no variance in the approach of teaching guidance between lecturers and guiding teachers. There was a relationship between frequency of teaching guidance and experiences of the lecturers and guiding teachers to the quality of the trainees. Summatively, the findings revealed that the guided skills of teaching, learning, planning and reflection could contribute to the quality of the teacher trainees. The implication of this study therefore indicated that the practicum teaching programme has been effective to inculcate effective teaching approach and practices towards producing teacher trainees of quality.













No comments:

Post a Comment