Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

AMALAN DAN PENDEKATAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM MENTORING PRAKTIKUM SERTA IMPAKNYA TERHADAP KUALITI GURU PELATIH

Diterbitkan Dalam
Artikel.Jurnal Penyelidikan Pendidikan,KPM. JLD 14/ 2013: 1511-6530

AMALAN DAN PENDEKATAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM MENTORING PRAKTIKUM SERTA IMPAKNYA TERHADAP KUALITI GURU PELATIH

SYED ISMAIL SYED MUSTAPA
Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Ilmu Khas

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan dan pendekatan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoring praktikum serta melihat impaknya terhadap kualiti guru pelatih. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai data utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan.Bagi kajian kuantitatif, seramai 303 orang guru pelatih, 144 orang pensyarah dan 159 orang guru pembimbing telah dipilh secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap dua orang pensyarah, dua orang guru pembimbing dan dua orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah dan guru pembimbing telah melaksanakan bimbingan pengajaran berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian menunjukkan amalan bimbingan pengajaran yang paling dominan adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran. Pendekatan bimbingan pengajaran yang paling dominan pula adalah pendekatan tingkah laku kolaboratif. Kajian menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah.

Kata Kunci : Bimbingan Praktikum, pendekatan bimbingan praktikum, penyeliaan dalam praktikum, mentoring praktikum.






1 comment:

  1. Assalamualaikum.. bagaimana cara saya untuk dapatkan jurnal ini ya?

    Email saya: rahmantuminah222@gmail.com

    ReplyDelete