Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Diterbitkan dalam Proceeding International Seminar 2016 “Gender Perspective of Multiliterate Deveploment in the Era of Asean Economic Comminity”, Jakarta: 27 – 28 April 2016

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK

Ahmad Subki Miskon
Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

Noor Fitriyati Binti Abdul Samad
Pensyarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

Nurhidayah Binti Jamaludin
Siswazah Sains Sosial dan Kemasyarakatan, UKM

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan mobile learning dalam kalangan siswa guru program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur bagi ambilan Jun 2015. Kajian ini telah ditadbir ke atas 136 orang siswa guru yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan menggunakan mobile-learning dalam kalangan siswa guru adalah disebabkan oleh faktor masa dengan catatan min 4.18 (sp=1.26). Kajian juga mendapati bahawa kesediaan siswa guru terhadap penggunaan Mobile-Learning untuk tujuan pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.93 (sp=1.26). Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesesuaian penggunaan mobile-learning kepada siswa guru untuk tujuan pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.96 (sp=.55). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan siswa guru terhadap penggunaan mobile-learning untuk tujuan pembelajaran juga berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.78 (sp=.54). Sehubungan dengan itu adalah disarankan agar siswa guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran mereka. Para pensyarah pula turut disarankan lebih banyak memberikan tugasan yang memerlukan siswa guru mencari bahan melalui mobile-learning. Semua pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru haruslah menerima budaya pembelajaran melalui mobile-learning ini sebagai sebahagian daripada transformasi pengajaran pada masa kini.


Kata Kunci : kaedah pembelajaran, mobile-learning, siswa guru

No comments:

Post a Comment