Dibentangkan
dalam Persidangan Penyelidikan Kebangsaan, IPGM, KPM di Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 11 & 12 Oktober 2016
Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa
Guru Program PraIjazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Penyelidikan
dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK
Nurhidayah Jamaludin
Siswazah Sains Sosial dan
Kemasyarakatan, UKM
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk meninjau penggunaan mobile
learning dalam kalangan siswa guru program PraIjazah Sarjana Muda
Pendidikan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
bagi Ambilan Jun 2015. Kajian ini telah ditadbir ke atas 136 orang siswa guru
yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran,
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan
Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pengkhususan Bahasa Inggeris.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen
soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian mobile learning yang paling kerap digunakan oleh siswa guru
untuk tujuan pembelajaran adalah aplikasi wassap
dengan catatan 88.2% (120 orang). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan
bahawa tujuan utama siswa guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran adalah untuk mencari bahan tugasan dengan catatan
59.6% (81 orang). Selain itu kajian juga mendapati bahawa faktor utama siswa
guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor masa dengan catatan
min 4.18 (sp=.52).
Sehubungan dengan itu adalah disarankan agar para pensyarah pula turut
disarankan lebih banyak memberikan tugasan yang memerlukan siswa guru mencari
bahan melalui mobile learning. Semua pihak yang terlibat dalam pengajaran
dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru haruslah menerima budaya
pembelajaran melalui mobile learning ini sebagai sebahagian daripada transformasi
pengajaran pada masa kini.
Kata kunci :
kaedah pembelajaran, mobile learning,
siswa guru
No comments:
Post a Comment