Diterbitkan
dalam Prosiding 6th Pedagogy International Seminar 2015,
pada
15-17 September di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung
AMALAN PEDAGOGI
SISWA GURU SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014
Syed Ismail Syed
Mustapa,PhD
Fitriyati Abd.
Samad
IPG Kampus Ilmu
Khas
ABSTRAK
Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji amalan pedgogi siswa guru program praktikum Fasa II,
2014. Sampel kajian ini adalah 129 orang siswa guru semester 6 ambilan Januari
2011 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti 4
bidang pengkhususan iaitu Pengkhususan Pendidikan Khas, Pengajian Sosial,
Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soalselidik
sebagai rujukan utama. Kajian
mendapati bahawa amalan pedagogi siswa guru yang mengikuti pengajian
pengkhususan Pendidikan Khas dan Pendidikan Muzik adalah dalam aspek
pengetahuan dan kefahaman dengan masing-masing mencatatkan min 4.41 (sp=.31)
dan 4.08 (sp=.33). Dapatan kajian amalan pedagogi yang paling tinggi bagi siswa
guru yang mengikuti pengajian pengkhususan Pengajian sosial juga adalah dalam
aspek pengetahuan dan kefahaman dengan min 4.10 (sp=.34). Sementara itu amalan
pedagogi yang paling tinggi bagi siswa guru yang mengikuti pengajian dalam
pengkhususan Bahasa Inggeris pula adalah dalam aspek kemahiran pengajaran dan
pembelajaran dengan min 4. 19 (sp=.34).Dapatan kajian juga membuktikan terdapat
kekuatan dan kelemahan amalan pedagogi siswa guru dalam setiap aspek mengikuti
konstruk kajian iaitu pengetahuan dan kefahaman, perancangan
pengajaran, pelaksanaan pengajaran, kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
amalan refleksi, sikap dan sahsiah, dan nilai profesionalisme keguruan.
No comments:
Post a Comment