Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

KEGUNAAN DAN AMALAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Dibentangkan Dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, IPGM
pada 5-7 Ogos 2015 di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

KEGUNAAN DAN AMALAN  PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Syed Ismail Bin Syed Mustapa,PhD
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Sosial, IPGK IK

Pusphavalli A/P A.Rengasamey,PhD
Jabatan Pengajian Sosial, IPGK IK

Raja Gopal A/L Ponnusamy,PhD
Jabatan PIPK, IPGK IK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi siswa guru terhadap kegunaan dan amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum Fasa II. Kajian ini telah ditadbir ke atas 177 orang siswa guru yang mengikuti 4 program pengkhususan iaitu Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi siswa guru terhadap pelaksanaan KBAT berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.98 (sp= .64). Sementara itu dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi siswa guru terhadap amalan KBAT berada pada tahap tinggi dengan catatan min 4.01 (sp= .67). Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana (r = 0.32) antara persepsi terhadap kegunaan dengan persepsi terhadap amalan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran siswa guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahawa sebanyak 55 orang (31.1%) siswa guru berpendapat bahawa mereka selalu menggunakan eleman KBAT dalam pengajaran semasa menjalani praktikum Fasa II. Sehubungan dengan itu pelbagai faktor lain perlu dikaji untuk meningkatkan lagi pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, khususnya dalam kalangan semua siswa guru di Institut Pendidikan Guru.


Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Praktikum, Siswa Guru

No comments:

Post a Comment