Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 9 April 2017

Abstrak projek yang dikemukakan kepada Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi sebahagian syarat bagi mendapatkan Ijazah Master Sains, 2003

Persepsi Guru-Guru Bahasa Melayu Terhadap Kegunaan dan Amalan Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Daerah Hulu Langat

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau persepsi kegunaan dan persepsi amalan terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran Bahasa Melayu, khususnya di sekolah rendah dalam daerah Hulu Langat. Kajian ini telah ditadbir ke atas 110 orang guru Bahasa Melayu daripada dua buah sekolah rendah dalam Daerah Hulu Langat.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru Bahasa Melayu mempunyai persepsi   kegunaan yang positif terhadap terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu, di mana 69.1% atau 76 orang responden berada dalam kumpulan ini. Sementara itu bagi persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK pula menunjukkan bahawa responden telah mencatatkan persepsi yang sederhana yang mana sebanyak 63.3% atau 70 orang daripada mereka telah menyatakan bahawa hanya kadang-kadang sahaja mereka mengamalkan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari aspek persepsi kegunaan pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu mengikut jantina dengan t(108) = - 1.00, p > 0.05. Ini menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi persepsi kegunaan terhadap pelaksanaan KBKK di kalangan guru. Seterusnya dapatan menunjukkan kajian juga bahawa tiada perbezaan yang signifikan dari aspek persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK mengikut jantina dengan t(108) = - 0.66, p > 0.05. Dengan itu dapatan kajian menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran guru.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min persepsi kegunaan terhadap pelaksanaan KBKK mengikut pengalaman mengajar di kalangan  guru dengan F(3,106) = 1.53, p > 0.05. Hal ini menunjukkan bahawa persepsi kegunaan terhadap pelaksanaan KBKK tidak dipengaruhi oleh pengalaman mengajar. Sementara itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min persepsi terhadap amalan pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu dengan F(3,104) = 1.97, p > 0.05 berdasarkan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan bahawa pengalaman mengajar seseorang guru tidak mempengaruhi persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang rendah (r = 0.32) antara persepsi kegunaan dengan persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi guru-guru. Oleh  yang  demikian,  dapatlah  dirumuskan  bahawa  persepsi kegunaan terhadap pelaksanaan KBKK kurang mempengaruhi persepsi amalan terhadap pelaksanaan KBKK dalam pengajaran Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu pelbagai faktor lain perlu dikaji untuk meningkatkan lagi pelaksanaan KBKK dalam pengajaran, khususnya di kalangan guru- guru Bahasa Melayu di sekolah rendah.


ABSTRACT

The aim of this research is to examine the perception of usefulness and practice towards the implementation of critical and creative thinking skills (CCTS) in the teaching of Bahasa Melayu. The sample of the study consisted of 110 Bahasa Melayu teachers from two primary schools in Hulu Langat District.

The result of this study showed that subjects have positive perception (69.1% or 76 respondents) of usefulness towards the implementation of CCTS in teaching Bahasa Melayu.  Meanwhile it was noted that only 63.3% or 70 respondents actually practiced CCTS in their teaching. Further analysis of this study showed that there is no significant difference in the perception of usefulness of CCTS in teaching Bahasa Melayu based on gender,  t (108) = - 1.00, p > 0.05. This indicated that  gender does not influence the perception  of usefulness of CCTS in the teaching of Bahasa Melayu. In addition, the study also shows that there is no significant difference on the perception of practice in incorporating CCTS  gender with t (108) = -0.66, p > 0.05. As a whole, results of this study reveals that based on gender does not influence the perception of usefulness and practice of implementation of CCTS in teaching Bahasa Melayu.

Additional analysis reveals that there is no difference in the mean of perception of usefulness of CCTS based on teaching experience ( F (3,106) = 1.53 , p > 0.05). This shows  that teaching experience does not influence the perception of usefulness of CCTS in teaching. In addition findings showed that there is no difference in the mean towards the perception of practice of implementation CCTS in teaching Bahasa Melayu that F (3,104) = 1.97, p > 0.05.  Hence this findings suggest  that teaching experience does not influence the perception of practice towards CCTS in teaching Bahasa Melayu.

Corelational analysis indicated that low relationship was obtained between the perception of usefulness and practice towards the implementation of CCTS in teaching Bahasa Melayu (r=0.32). It can be concluded that, the perception of usefulness of implementation  of CCTS has slight influence on the perception of practice of CCTS in teaching Bahasa Melayu.  It is likely that, other intervening factors may influenced both promote the implementation of CCTS in teaching of Bahasa Melayu among teachers in primary schools. Hence further studies should consider other factors in order to promote.

No comments:

Post a Comment