Diterbitkan
dalam Jurnal Tempawan IPG Kampus Ilmu Khas Jilid XXlll 2016
&
dibentangkan
dalam Wacana Ilmu, IPG Kampus Ilmu Khas pada 23 November 2016
TAHAP STRES SISWA PENDIDIK
IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMASA PRAKTIKUM DI SEKOLAH
Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan
Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGK IK
Lye Guet Poh
Jabatan Pengkhususan Bahasa
Inggeris, IPGK IK
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk meninjau tahap stres siswa pendidik Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur semasa mereka menjalani praktikum di sekolah.
Kajian ini telah ditadbir ke atas 93 orang siswa pendidik Ambilan Januari 2012
yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran,
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris. Temu
bual digunakan untuk mengumpul maklumat bagi menyokong data kuantitatif.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan siswa pendidik IPG
Kampus Ilmu Khas semasa mereka menjalani praktikum berada pada tahap sederhana
tinggi dengan catatan min 3.02 (sp=.90). Kajian juga mendapati bahawa kesemua
bidang pengkhususan mencatatkan stres pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan
min antara 2.34 hingga 3.67. Selain itu dapatan kajian keseluruhan menunjukkan
bahawa aspek perancangan pengajaran merupakan stres tertinggi kepada siswa
pendidik dengan catatan min 3.31 (sp=.99). Seterusnya dapatan kajian mendapati
bahawa pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah juga menjadi faktor
penyumbang kepada stres dalam kalangan siswa pendidik semasa mereka menjalani
praktikum. Sehubungan dengan itu pensyarah penyelia dan guru pembimbing
disarankan agar dapat membantu siswa pendidik untuk mengatasi stres dengan
memberi bimbingan dengan lebih berfokus.
Kata Kunci : Stres,
Praktikum, Bimbingan Praktikum
ABSTRACT
The aim of this study
is to determine the level of stress among student teachers of Institute of
Teacher Education (ITE) Ilmu Khas Campus, Kuala Lumpur during their Phase III
Practicum in 2015. The study was administered to 93 Semester 7, 2012 January
intake student teachers from Special Education Department, Music Department and
English Studies Department. Quantitative and qualitative data were collected
through questionnaires and open ended questions simultaneously.The overall
results showed that the level of stress among student teachers from the
Institute of Teacher Education Ilmu Khas
Campus is moderately high, with a mean of 3.02 (sd=0.9) during their teaching
practice Phase III in 2015. The results
also showed a moderately high level of stress, with a mean of 2.34 to 3.67 for all the student teachers from all
the three departments. Lesson planning
was found to be the main fator that contributed the highest level of stress for
the student teachers, with a mean of 3.31 (sd=0.99). Furthermore, this study
also revealed that adminstration matters and classroom management contributed
the stress among student teachers during their teaching practice. Therefore it
is recommended that the supervisors and cooperating teachers help the student
teachers overcome stress by being more focused on the guidance provided.
Key Words: Stress,
Practicum, Practicum guidance
No comments:
Post a Comment