Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

AMALAN PEDAGOGI DAN KOMPETENSI KEMAHIRAN PENGAJARAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA NEGERI SELANGOR

Jurnal Pendidikan Serantau (Kerjasama JIP & Universitas Pendidikan Indonesia)
Jilid 3, Nombor 3, Jun 2016;ISSN 2289-909X.: m/s: 426-442

AMALAN PEDAGOGI DAN KOMPETENSI KEMAHIRAN PENGAJARAN
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA NEGERI SELANGOR

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK

Ahmad Subki Miskon
Pensyarah Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalsime Keguruan, IPGKIK

Noor Fitriyati  Abdul Samad
Chong Yeat Eng
Pensyarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap amalan pedagogi guru sekolah rendah agama dalam aspek pengetahuan dan kefahaman, perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, dan nilai profesionalisme keguruan. Kajian ini telah ditadbir ke atas 391 orang guru sekolah rendah agama dari seluruh negeri Selangor yang melibatkan 9 buah daerah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan gabungan yang melibatkan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama dan data temu bual sebagai data sokongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pedagogi guru sekolah rendah agama dalam ketujuh-tujuh aspek kajian berada pada tahap yang tinggi dengan min berada pada 4.02 hingga 4.36. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa antara kekuatan yang terdapat dalam amalan pedagogi guru-guru sekolah rendah agama adalah dalam aspek sikap dan sahsiah dengan catatan 4.36 (sp=.41). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kelemahan yang perlu diberikan perhatian oleh guru-guru sekolah rendah agama adalah dalam aspek kemahiran membuat refleksi pengajaran dengan min terendah iaitu 4.02 (sp=.53). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah agama memerlukan kursus secara formal untuk meningkatkan profesionalisme perkhidmatan. Sehubungan dengan itu pihak bertanggungjawab disarankan agar merangka kursus jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha mengangkat martabat profesion keguruan guru-guru di sekolah rendah agama.


Kata kunci: amalan pedagogi, guru-guru sekolah rendah agama

No comments:

Post a Comment