Dibentangkan Dalam
Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia,
Anjuran Bersama IPG
Kampus Ilmu Khas & Universitas Padang, Indonesia
pada 2-4 Oktober 2012
di IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Amalan Bimbingan
Pengajaran Pensyarah Dalam Program Mentoring Praktikum Serta Impaknya Terhadap
Kualiti Guru Pelatih
Syed Ismail Syed Mustapa
Unit Praktikum, IPG Kampus Ilmu Khas
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan bimbingan
pengajaran pensyarah dalam program mentoring praktikum serta impaknya terhadap
kualiti guru pelatih. Sampel kajian ini adalah 53 orang guru pelatih dari
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti kursus
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMB), Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran (PKMD) dan Pendidikan Seni Visual (PSV). Kajian ini menggunakan pendekatan explanatory mixed method dengan menggunakan instrumen soalselidik
sebagai rujukan utama dan data kualitatif sebagai data tambahan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa amalan bimbingan pengajaran pensyarah yang paling dominan
bagi kursus PKMB dan PSV adalah dalam aspek kemahiran pengajaran dan
pembelajaran. Bagi kursus PKMD, bimbingan pengajaran yang paling dominan adalah
dalam aspek pengetahuan dan kefahaman. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa
amalan bimbingan pengajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah telah memberikan
kesan terhadap kualiti guru pelatih dalam aspek kemahiran pengajaran,
profesionalisme keguruan, dan pengetahuan dan kefahaman.
Kata kunci - Praktikum, kualiti guru, bimbingan praktikum,
penyeliaan praktikum, maklum balas praktikum
No comments:
Post a Comment