Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 9 April 2017

KEPUASAN SISWA GURU PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS TERHADAP KUALITI DAN KESAN BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA DALAM PROGRAM MENTORAN PRAKTIKUM FASA I, 2016

KEPUASAN SISWA GURU PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS TERHADAP KUALITI DAN KESAN BIMBINGAN PENSYARAH PENYELIA DALAM PROGRAM MENTORAN PRAKTIKUM FASA I, 2016

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD
Ahmad Subki Miskon
          Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan
 IPG Kampus Ilmu Khas

  Mohd Yusof Mohd Noor
Jabatan Pendidikan Khas
IPG Kampus Ilmu Khas


ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan siswa guru pengkhususan pendidikan khas terhadap kualiti dan kesan bimbingan pengajaran pensyarah penyelia dalam program mentoran praktikum Fasa 1, 2016. Sampel kajian ini adalah 13 orang siswa guru semester 5 ambilan Jun 2014 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti 2 bidang pengkhususan iaitu Pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Kajian mendapati bahawa kepuasan siswa guru terhadap bimbingan pensyarah penyelia berada pada tahap tinggi dengan min melebihi daripada 4.01. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesan bimbingan pensyarah terhadap siswa guru pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan berada pada tahap tinggi dengan catatan min 4.30 (sp= .42), manakala kesan terhadap siswa guru pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran pula berada pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan catatan min 3.99 (sp=.50). Selain itu dapatan kajian menunjukkan antara kekuatan yang ada pada siswa guru adalah membentuk hubungan dengan semua pihak, kebolehan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dan nilai profesionalisme keguruan. Kajian ini membuktikan bahawa siswa guru sangat berpuas hati terhadap bimbingan pengajaran pensyarah penyelia semasa program praktikum Fasa 1 dan bimbingan yang diberikan turut memberi kesan kepada kompetensi siswa guru.



Kata Kunci : Bimbingan Praktikum, penyeliaan dalam praktikum, mentoran praktikum.

TAHAP STRES SISWA PENDIDIK IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMASA PRAKTIKUM DI SEKOLAH

Diterbitkan dalam Jurnal Tempawan IPG Kampus Ilmu Khas Jilid XXlll 2016
&
dibentangkan dalam Wacana Ilmu, IPG Kampus Ilmu Khas pada 23 November 2016

TAHAP STRES SISWA PENDIDIK IPG KAMPUS ILMU KHAS SEMASA PRAKTIKUM DI SEKOLAH

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGK IK

Lye Guet Poh
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris, IPGK IK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap stres siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur semasa mereka menjalani praktikum di sekolah. Kajian ini telah ditadbir ke atas 93 orang siswa pendidik Ambilan Januari 2012 yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris. Temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat bagi menyokong data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap stres dalam kalangan siswa pendidik IPG Kampus Ilmu Khas semasa mereka menjalani praktikum berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.02 (sp=.90). Kajian juga mendapati bahawa kesemua bidang pengkhususan mencatatkan stres pada tahap sederhana tinggi iaitu dengan min antara 2.34 hingga 3.67. Selain itu dapatan kajian keseluruhan menunjukkan bahawa aspek perancangan pengajaran merupakan stres tertinggi kepada siswa pendidik dengan catatan min 3.31 (sp=.99). Seterusnya dapatan kajian mendapati bahawa pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah juga menjadi faktor penyumbang kepada stres dalam kalangan siswa pendidik semasa mereka menjalani praktikum. Sehubungan dengan itu pensyarah penyelia dan guru pembimbing disarankan agar dapat membantu siswa pendidik untuk mengatasi stres dengan memberi bimbingan dengan lebih berfokus.

Kata Kunci : Stres, Praktikum, Bimbingan Praktikum

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the level of stress among student teachers of Institute of Teacher Education (ITE) Ilmu Khas Campus, Kuala Lumpur during their Phase III Practicum in 2015. The study was administered to 93 Semester 7, 2012 January intake student teachers from Special Education Department, Music Department and English Studies Department. Quantitative and qualitative data were collected through questionnaires and open ended questions simultaneously.The overall results showed that the level of stress among student teachers from the Institute of Teacher Education  Ilmu Khas Campus is moderately high, with a mean of 3.02 (sd=0.9) during their teaching practice Phase III in 2015.   The results also showed a moderately high level of stress, with a mean of 2.34  to 3.67 for all the student teachers from all the three departments.  Lesson planning was found to be the main fator that contributed the highest level of stress for the student teachers, with a mean of 3.31 (sd=0.99). Furthermore, this study also revealed that adminstration matters and classroom management contributed the stress among student teachers during their teaching practice. Therefore it is recommended that the supervisors and cooperating teachers help the student teachers overcome stress by being more focused on the guidance provided.


Key Words: Stress, Practicum, Practicum guidance

PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN SISWA GURU SEMESTER 8, AMBILAN JANUARI 2013, PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS, IPG KAMPUS ILMU KHAS

Dibentangkan dalam Wacana Ilmu, IPG Kampus Ilmu Khas pada 23 November 2016

PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KALANGAN SISWA GURU SEMESTER 8, AMBILAN JANUARI 2013, PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN KHAS, 
IPG KAMPUS ILMU KHAS

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ismail Raduan, PhD
Ahmad Subki Miskon


Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru semester 8, Ambilan Januari 2013, Pengkhususan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas. Seramai 51 orang siswa guru Pengkhususan Pendidikan Khas opsyen Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan), Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dan Pendidikan Khas (Pemulihan) telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Kajian mendapati bahawa tahap kemahiran insaniah siswa guru bagi ketiga-tiga opsyen berada pada tahap tinggi dengan min 4.31 (sp=.36). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya aspek kemahiran insaniah yang tertinggi siswa guru bagi ketiga-tiga opsyen pengajian adalah dalam aspek Etika Profesionalisme dengan min 4.67 (sp=0.44). Dapatan ini menunjukkan siswa guru siswa guru semester 8, Ambilan Januari 2013, Pengkhususan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas. telah menguasai kemahiran insaniah yang diperlukan dalam kerjaya sebagai seorang guru. Kajian ini juga mendapati bahawa pada perspektif siswa guru program pengajian di IPG telah berjaya membentuk kemahiran insaniah. Melalui Ujian-t dan ANOVA didapati bahawa faktor jantina memberi kesan, manakala pengkhususan pengajian pula tidak memberi kesan kepada pembentukan  kemahiran insaniah dalam kalangan siswa guru. Walau bagaimanapun secara keseluruhannya, kemahiran penyelesaian masalah masih perlu dipertingkatkan supaya siswa guru lebih berupaya menangani permasalahan yang wujud di sekolah kelak.


Kata Kunci: siswa guru; kemahiran insaniah, kemahiran penyelasaian masalah

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program PraIjazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Dibentangkan dalam Persidangan Penyelidikan Kebangsaan, IPGM, KPM di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur pada  11 & 12 Oktober 2016

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program PraIjazah Sarjana Muda Pendidikan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK

Nurhidayah Jamaludin
Siswazah Sains Sosial dan Kemasyarakatan, UKM

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan mobile learning dalam kalangan siswa guru program PraIjazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur bagi Ambilan Jun 2015. Kajian ini telah ditadbir ke atas 136 orang siswa guru yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian mobile learning yang paling kerap digunakan oleh siswa guru untuk tujuan pembelajaran adalah aplikasi wassap dengan catatan 88.2% (120 orang). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuan utama siswa guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran adalah untuk mencari bahan tugasan dengan catatan 59.6% (81 orang). Selain itu kajian juga mendapati bahawa faktor utama siswa guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh faktor masa dengan catatan min 4.18 (sp=.52). Sehubungan dengan itu adalah disarankan agar para pensyarah pula turut disarankan lebih banyak memberikan tugasan yang memerlukan siswa guru mencari bahan melalui mobile learning. Semua pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru haruslah menerima budaya pembelajaran melalui mobile learning ini sebagai sebahagian daripada transformasi pengajaran pada masa kini.


Kata kunci : kaedah pembelajaran, mobile learning, siswa guru

AMALAN PEDAGOGI DAN KOMPETENSI KEMAHIRAN PENGAJARAN GURU-GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA NEGERI SELANGOR

Jurnal Pendidikan Serantau (Kerjasama JIP & Universitas Pendidikan Indonesia)
Jilid 3, Nombor 3, Jun 2016;ISSN 2289-909X.: m/s: 426-442

AMALAN PEDAGOGI DAN KOMPETENSI KEMAHIRAN PENGAJARAN
GURU-GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA NEGERI SELANGOR

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK

Ahmad Subki Miskon
Pensyarah Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalsime Keguruan, IPGKIK

Noor Fitriyati  Abdul Samad
Chong Yeat Eng
Pensyarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap amalan pedagogi guru sekolah rendah agama dalam aspek pengetahuan dan kefahaman, perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, dan nilai profesionalisme keguruan. Kajian ini telah ditadbir ke atas 391 orang guru sekolah rendah agama dari seluruh negeri Selangor yang melibatkan 9 buah daerah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan gabungan yang melibatkan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama dan data temu bual sebagai data sokongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pedagogi guru sekolah rendah agama dalam ketujuh-tujuh aspek kajian berada pada tahap yang tinggi dengan min berada pada 4.02 hingga 4.36. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa antara kekuatan yang terdapat dalam amalan pedagogi guru-guru sekolah rendah agama adalah dalam aspek sikap dan sahsiah dengan catatan 4.36 (sp=.41). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa antara kelemahan yang perlu diberikan perhatian oleh guru-guru sekolah rendah agama adalah dalam aspek kemahiran membuat refleksi pengajaran dengan min terendah iaitu 4.02 (sp=.53). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah agama memerlukan kursus secara formal untuk meningkatkan profesionalisme perkhidmatan. Sehubungan dengan itu pihak bertanggungjawab disarankan agar merangka kursus jangka pendek dan jangka panjang dalam usaha mengangkat martabat profesion keguruan guru-guru di sekolah rendah agama.


Kata kunci: amalan pedagogi, guru-guru sekolah rendah agama

LEVEL OF STRESS DURING TEACHING PRACTICE : AN INVESTIGATION OF TRAINEE TEACHERS AT THE INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION ILMU KHAS CAMPUS

Jurnal Pendidikan Serantau (Kerjasama JIP & Universitas Pendidikan Indonesia
Jilid 3, Nombor 3, Jun 2016;ISSN 2289-909X.: m/s: 463-487

LEVEL OF STRESS DURING TEACHING PRACTICE : AN INVESTIGATION OF TRAINEE TEACHERS AT THE INSTITUTE OF TEACHER EDUCATION  ILMU KHAS CAMPUS

Syed Ismail Syed Mustapa, Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Head of Department Head of Department
Research and Innovation of Teaching Professionalism, IPG KIK KIK

Lye Guet Poh Lye Guet Poh
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris , IPG English Language Studies Department, IPG KIK KIK

ABSTRACT

The aim of this study is to determine the level of stress among student teachers of Institute of Teacher Education Ilmu Khas Campus, Kuala Lumpur during their Phase III Practicum in 2015. The study was administered to 93 Semester 7, 2012 January intake student teachers from Special Education Department (Hearing impaired and visually impaired), Music Department and English Studies Department. The study was conducted using a mixed method approach with  quantitative data collection through questionnaires as the main reference, and qualitative data was used to support the findings. The overall results showed that the level of stress among student teachers from the Institute of Teacher Education  Ilmu Khas Campus is moderately high, with a mean of 3.02 (sd=0.9) during their teaching practice Phase III in 2015. The results also showed a moderately high level of stress, with a mean of 2.66  to 3.56 for all the student teachers from all the three departments.  Lesson planning was found to be the  major cause for the highest stress for the student teachers, with a mean of 3.31 (sd=0.99).  Furthermore, this study also revealed some other factors that contributed the stress among student teachers during their teaching practice. They are classroom management, handling of pupils’ behavior and the presence of supervisors or cooperating teachers in their classrooms while they are teaching. In relation to that, the student teachers need to overcome the stress by focusing on the proposed constructs  in this study. All stakeholders involved should strive to reduce stress among student teachers during their teaching practice.


Key Words: Stress, Practicum, Practicum guidance

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Diterbitkan dalam Proceeding International Seminar 2016 “Gender Perspective of Multiliterate Deveploment in the Era of Asean Economic Comminity”, Jakarta: 27 – 28 April 2016

Penggunaan Mobile Learning Dalam Kalangan Siswa Guru Program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

Syed Ismail Syed Mustapa, PhD
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG KIK

Ahmad Subki Miskon
Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

Noor Fitriyati Binti Abdul Samad
Pensyarah, Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Ilmu Khas

Nurhidayah Binti Jamaludin
Siswazah Sains Sosial dan Kemasyarakatan, UKM

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan mobile learning dalam kalangan siswa guru program Pra Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur bagi ambilan Jun 2015. Kajian ini telah ditadbir ke atas 136 orang siswa guru yang mengikuti program pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan menggunakan mobile-learning dalam kalangan siswa guru adalah disebabkan oleh faktor masa dengan catatan min 4.18 (sp=1.26). Kajian juga mendapati bahawa kesediaan siswa guru terhadap penggunaan Mobile-Learning untuk tujuan pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.93 (sp=1.26). Selain itu dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesesuaian penggunaan mobile-learning kepada siswa guru untuk tujuan pembelajaran berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.96 (sp=.55). Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan siswa guru terhadap penggunaan mobile-learning untuk tujuan pembelajaran juga berada pada tahap tinggi dengan catatan min 3.78 (sp=.54). Sehubungan dengan itu adalah disarankan agar siswa guru menggunakan mobile learning dalam pembelajaran mereka. Para pensyarah pula turut disarankan lebih banyak memberikan tugasan yang memerlukan siswa guru mencari bahan melalui mobile-learning. Semua pihak yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Pendidikan Guru haruslah menerima budaya pembelajaran melalui mobile-learning ini sebagai sebahagian daripada transformasi pengajaran pada masa kini.


Kata Kunci : kaedah pembelajaran, mobile-learning, siswa guru

AMALAN PEDAGOGI SISWA GURU SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Diterbitkan dalam Prosiding 6th Pedagogy International Seminar 2015,
pada 15-17 September di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung

AMALAN PEDAGOGI SISWA GURU SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD
Fitriyati Abd. Samad

IPG Kampus Ilmu Khas


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pedgogi siswa guru program praktikum Fasa II, 2014. Sampel kajian ini adalah 129 orang siswa guru semester 6 ambilan Januari 2011 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti 4 bidang pengkhususan iaitu Pengkhususan Pendidikan Khas, Pengajian Sosial, Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soalselidik sebagai rujukan utama. Kajian mendapati bahawa amalan pedagogi siswa guru yang mengikuti pengajian pengkhususan Pendidikan Khas dan Pendidikan Muzik adalah dalam aspek pengetahuan dan kefahaman dengan masing-masing mencatatkan min 4.41 (sp=.31) dan 4.08 (sp=.33). Dapatan kajian amalan pedagogi yang paling tinggi bagi siswa guru yang mengikuti pengajian pengkhususan Pengajian sosial juga adalah dalam aspek pengetahuan dan kefahaman dengan min 4.10 (sp=.34). Sementara itu amalan pedagogi yang paling tinggi bagi siswa guru yang mengikuti pengajian dalam pengkhususan Bahasa Inggeris pula adalah dalam aspek kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan min 4. 19 (sp=.34).Dapatan kajian juga membuktikan terdapat kekuatan dan kelemahan amalan pedagogi siswa guru dalam setiap aspek mengikuti konstruk kajian iaitu pengetahuan dan kefahaman, perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, dan nilai profesionalisme keguruan. 

Kata Kunci : Bimbingan Praktikum, penyeliaan dalam praktikum, mentoran praktikum.

KEGUNAAN DAN AMALAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Dibentangkan Dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, IPGM
pada 5-7 Ogos 2015 di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

KEGUNAAN DAN AMALAN  PELAKSANAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Syed Ismail Bin Syed Mustapa,PhD
Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Sosial, IPGK IK

Pusphavalli A/P A.Rengasamey,PhD
Jabatan Pengajian Sosial, IPGK IK

Raja Gopal A/L Ponnusamy,PhD
Jabatan PIPK, IPGK IK

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau persepsi siswa guru terhadap kegunaan dan amalan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran semasa menjalani praktikum Fasa II. Kajian ini telah ditadbir ke atas 177 orang siswa guru yang mengikuti 4 program pengkhususan iaitu Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan instrumen soal selidik sebagai rujukan utama. Dapatan menunjukkan bahawa persepsi siswa guru terhadap pelaksanaan KBAT berada pada tahap sederhana tinggi dengan catatan min 3.98 (sp= .64). Sementara itu dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi siswa guru terhadap amalan KBAT berada pada tahap tinggi dengan catatan min 4.01 (sp= .67). Selain itu dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana (r = 0.32) antara persepsi terhadap kegunaan dengan persepsi terhadap amalan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran siswa guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa bahawa sebanyak 55 orang (31.1%) siswa guru berpendapat bahawa mereka selalu menggunakan eleman KBAT dalam pengajaran semasa menjalani praktikum Fasa II. Sehubungan dengan itu pelbagai faktor lain perlu dikaji untuk meningkatkan lagi pelaksanaan KBAT dalam pengajaran, khususnya dalam kalangan semua siswa guru di Institut Pendidikan Guru.


Kata Kunci : Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Praktikum, Siswa Guru

MENEROKA KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELJARAN SEJARAH DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH TAMIL DI DAERAH KUALA SELANGOR

Dibentangkan Dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan, IPGM
pada 5-7 Ogos 2015 di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

MENEROKA KESEDIAAN MENGAJAR MATA PELJARAN SEJARAH DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH TAMIL DI DAERAH KUALA SELANGOR

Raja Gopal A/L Ponnusamy,PhD. IPG Ilmu Khas
Syed Ismail Bin Syed Mustapa,PhD. IPG Ilmu Khas
Pusphavalli A/P A.Rengasamey,PhD.IPG Ilmu Khas
Lee Lay Hwa. IPG Ilmu Khas

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneroka sama ada guru-guru sekolah Tamil di Daerah Kuala Selangor bersedia untuk mengajar sejarah di sekolah. Dalam kajian ini pengkaji ingin meneroka lima konstruk yang berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran sejarah iaitu kesediaan guru sekolah Tamil mengajar mata pelajaran sejarah, kesediaan guru untuk mengetahui pedagogi sejarah, kesediaan guru terhadap pengurusan aktiviti pembelajaran sejarah, kesediaan guru mengenai pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar dan sikap terhadap pengajaran sejarah dalam kalangan guru. Pengkaji telah membina satu soal selidik yang mengandungi lima konstruk berasaskan Zaharah Aziz dan Nik Azleena(2007). Soal selidik yang dibina itu disesuaikan dengan latar belakang sejarah di sekolah Tamil. Setiap konstruk itu mengandungi 10 item. Data dalam kajian ini dikumpul melalui tinjauan di mana soal selidik itu telah diedarkan kepada semua guru yang mengajar sejarah di sekolah Tamil di daerah Kuala Selangor. Data yang diperolehi itu dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Program For SocialSciences(SPSS) versi 16.5. Skor min, peratus dan sisihan piawai digunakan untuk membandingkan variabel yang dikaji. Hasil kajian mendapati guru sejarah dalam kajian ini memperolehi skor min lebih daripada 2.7 dalam 5 konstruk yang dikaji iaitu kesediaan mengajar sejarah (skor min:2.86 dan sp:0.83), pengetahuan guru terhadap pedagogi dalam sejarah( skor min:2.73 dan sp: 0.91), pengurusan aktiviti pembelajaran sejarah oleh guru(skor min:4.42 dan sp:0.74), pengetahuan penggunaan alat bantu mengajar dalam sejarah(skor min:2.89 dan sp:0.79) dan sikap guru terhadap pengajaran sejarah(skor min:4.76 dan sp:0.43). Dapatan ini menjelaskan guru di sekolah Tamil dalam kajian ini mempunyai sikap positif dan berkebolehan menguruskan aktiviti pembelajaran sejarah dengan baik.

Kata kunci: kesediaan, guru sejarah dan persepsi guru.

Abstract

The present research is to investigate whether the Tamil School teachers in Kuala Selangor district are prepared to teach history in primary schools. This paper reports the results of a survey of 35 teachers who are teaching history in Tamil primary schools. The instrument used in this research was formulated by the researcher based on Zaharah Aziz dan Nik Azleena(2007). The instrument has high reliability Cronbach Alpha level of 0.95. The Statistical Program For Social Sciences(SPSS) 16 was used to analyse the data. Mean score and percentage was used to analyse the data obtained. The findings revealed that the overall mean score for the 5 constructs were: readiness to teach history (mean score :2.86 and sd:0.83), knowledge of teachers towards teaching of history ( mean score :2.73 and sd: 0.91), implementation of teaching strategies by teacher in history (mean score :4.42 and sd:0.74), knowledge of using teaching materials in history (mean score:2.89 dan sd:0.79) and teachers‘ attitude towards teaching of history (mean score :4.76 and sd:0.43). This findings clearly indicates even though the mean score for readiness to teach history, knowledge of teachers towards teaching of history and knowledge of using teaching materials in history is at lower level but the teachers show positive attitude towards teaching of history and have the ability to organise teaching and learning activities well.


Key words: readiness of teachers, history teachers, teachers‟ perception

AMALAN PEDAGOGI SISWA GURU SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Diterbitkan Dalam Prosiding 6th Pedagogy International Seminar 2015, pada 15-17 September di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung.

AMALAN PEDAGOGI SISWA GURU SEMASA PRAKTIKUM FASA II, 2014

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD
Fitriyati Abd. Samad
Ahmad Subki Miskon

IPG Kampus Ilmu Khas


ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pedgogi siswa guru program praktikum Fasa II, 2014. Sampel kajian ini adalah 129 orang siswa guru semester 6 ambilan Januari 2011 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti 4 bidang pengkhususan iaitu Pengkhususan Pendidikan Khas, Pengajian Sosial, Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soalselidik sebagai rujukan utama. Kajian mendapati bahawa amalan pedagogi siswa guru yang mengikuti pengajian pengkhususan Pendidikan Khas dan Pendidikan Muzik adalah dalam aspek pengetahuan dan kefahaman dengan masing-masing mencatatkan min 4.41 (sp=.31) dan 4.08 (sp=.33). Dapatan kajian amalan pedagogi yang paling tinggi bagi siswa guru yang mengikuti pengajian pengkhususan Pengajian sosial juga adalah dalam aspek pengetahuan dan kefahaman dengan min 4.10 (sp=.34). Sementara itu amalan pedagogi yang paling tinggi bagi siswa guru yang mengikuti pengajian dalam pengkhususan Bahasa Inggeris pula adalah dalam aspek kemahiran pengajaran dan pembelajaran dengan min 4. 19 (sp=.34).Dapatan kajian juga membuktikan terdapat kekuatan dan kelemahan amalan pedagogi siswa guru dalam setiap aspek mengikuti konstruk kajian iaitu pengetahuan dan kefahaman, perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, dan nilai profesionalisme keguruan.

Kata Kunci : Bimbingan Praktikum, penyeliaan dalam praktikum, mentoran praktikum.


KEPUASAN SISWA GURU TERHADAP BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH PENYELIA DAN GURU PEMBIMBING DALAM PRAKTIKUM FASA II, 2014

Diterbitkan dalam Jurnal Tempawan Jilid XXXll 2015, IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur & Dibentangkan dalam program Wacana Ilmu, IPG Kampus Ilmu Khas, 
Kuala Lumpur pada 20 November 2015

KEPUASAN SISWA GURU TERHADAP BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH PENYELIA DAN GURU PEMBIMBING DALAM PRAKTIKUM FASA II, 2014

Syed Ismail Syed Mustapa,PhD
Pushpavalli Rengasamey,PhD
Munizar Mohamad
Siti Rohani Abd.Rahman

Jabatan Pengajian Sosial
 IPG Kampus Ilmu Khas

                                                                                   
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kepuasan siswa guru terhadap bimbingan pengajaran pensyarah penyelia dan guru pembimbing dalam program mentoran praktikum Fasa II, 2014. Sampel kajian ini adalah 101 orang siswa guru semester 6 ambilan Januari 2011 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGK IK) yang mengikuti 5 bidang pengkhususan iaitu kursus Pendidikan Khas, Kajian Sosial,Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pengkhususan Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soalselidik sebagai rujukan utama. Kajian mendapati bahawa amalan bimbingan pengajaran pensyarah penyelia yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah dengan min 4.42 (sp=.87). Seterusnya kajian mendapati bahawa amalan bimbingan pengajaran guru pembimbing yang paling tinggi juga adalah dalam aspek sikap dan sahsiah dengan min 4.46 (sp=.78). Kajian ini membuktikan bahawa siswa guru sangat berpuas hati terhadap bimbingan pengajaran pensyarah penyelia dan guru pembimbing semasa program praktikum fasa II dilaksanakan, khususnya dalam aspek sikap dan sahsiah.

This study was conducted to assess the satisfaction of student teachers on the coaching on teaching by the supervising lecturers and mentoring/corporating teachers from schools during the mentoring program Practicum Phase II, 2014. The study samples comprised of 101 student teachers from semester six January 2011 intake of the Institut Pendidikan Guru kampus Ilmu Khas (IPGKIK) who were undertaking the 5 areas of specialization mainly Special Education, Social Studies, Physical Education and Health, Music Education and English Language. This study uses a quantitative approach using questionnaires as the main reference. The study found that the practices of teaching and learning by the supervising lecturers are the highest in terms of attitude and personality with a mean of 4.42 (sp = .87). The study found that the guidance given by the mentoring/corporating teachers to the student teachers' pertaining to teaching practice is also the highest in terms of attitude and personality with a mean of 4.46 (sp = .78). This study proves that the trainee teachers are very satisfied with the guidance given for the teaching and learning of supervising lecturers and corporating teachers during the implementation of practicum phase II, especially in terms of attitude and personality.


Kata Kunci : Bimbingan Praktikum, penyeliaan dalam praktikum, mentoran praktikum.
Tesis Ijazah Doktor Falsafah, UKM 2014 (Tidak Diterbitkan)

AMALAN DAN PENDEKATAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DAN GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM MENTORAN PRAKTIKUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN KUALITI GURU PELATIH 

ABSTRAK 

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek amalan dan pendekatan bimbingan pengajaran yang diamalkan oleh pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoran praktikum serta hubungannya dengan kualiti guru pelatih. Pengkaji telah menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai kaedah utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 318 orang guru pelatih, 318 orang pensyarah dan 318 orang guru pembimbing telah dipilh secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan pemerhatian terhadap dua orang pensyarah, dua orang guru pembimbing dan dua orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa pensyarah dan guru pembimbing telah melaksanakan bimbingan pengajaran berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa amalan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran (min = 4.59, sp = .17). Seterusnya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan bimbingan pengajaran yang paling tinggi adalah pendekatan tingkah laku kolaboratif (min 4.27 dan sp= .45). Selain itu kajian ini juga menunjukkan bahawa kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah (min = 4.49, sp = .21). Di samping itu dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan antara amalan bimbingan tetapi tidak terdapat perbezaan bagi pendekatan bimbingan pengajaran antara pensyarah dan guru pembimbing. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara kekerapan bimbingan dan pengalaman memberi bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dengan kualiti guru pelatih. Akhirnya dapatan kajian ini membuktikan bahawa kemahiran pengajaran dan pembelajaran, perancangan pengajaran dan refleksi memberi sumbangan kepada kualiti guru pelatih. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa program praktikum merupakan satu proses bimbingan dengan menerapkan aspek amalan pengajaran yang berkesan kepada guru pelatih dengan mengaplikasikan pendekatan yang relevan ke arah menghasilkan guru pelatih yang berkualiti.
 

THE PRACTICES AND APPROACHES OF LECTURERS AND GUIDING TEACHERS IN PRACTICAL TEACHING MENTORING PROGRAMME AND RELATIONSHIP WITH THE QUALITY OF TEACHER TRAINEES
  
ABSTRACT


This study was aimed to identify the aspects of teaching mentoring practicum and the approach practiced by the lecturers and guiding teachers; and their relationship to quality of teacher trainees. This study primarily employed an explanatory mixed method based on a quantitative research design and a qualitative case study to collect supporting data. A total of 318 trainees, 318 lecturers and 318 guiding teachers were randomly selected from each IPGs of the Central region. The qualitative data were obtained through interviews and observation of two lecturers, two guiding teachers and two teacher trainees purposively selected. The descriptive analysis indicated that the lecturers and guiding teachers conducted their teaching guidance based on clinical supervision model. The findings indicated that the highest aspect of teaching guidance was on teaching implementation (mean = 4.59, sp = .17). The highest score for teaching guidance approach was on the behavioral collaborative (mean 4.27 and sp= .45).  The findings also indicated that the highest score on trainee quality was in terms of their attitude and personality (mean = 4.49, sp = .21). There were differences in the guiding practices, yet there was no variance in the approach of teaching guidance between lecturers and guiding teachers. There was a relationship between frequency of teaching guidance and experiences of the lecturers and guiding teachers to the quality of the trainees. Summatively, the findings revealed that the guided skills of teaching, learning, planning and reflection could contribute to the quality of the teacher trainees. The implication of this study therefore indicated that the practicum teaching programme has been effective to inculcate effective teaching approach and practices towards producing teacher trainees of quality.