Assalamualaikum wrt...
Hai..jumpa lagi..Hari ni saya nak tambahkan lagi tips kepada anda yang berada di sekolah semasa praktikum.
Apa isunya...Mari kita lihat...
Soalan 6 : Tidak ditempatkan di sekolah yang anda pilih
Jawapan : Dunia pendidikan terlalu luas dan tanpa sempadan. Anda
dinasihatkan tidak terlalu memilih sekolah kerana setelah tamat latihan nanti,
anda juga tidak tahu di mana anda akan ditugaskan. Apa yang perlu adalah anda
harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada. Tidak ada mana-mana
sekolah yang mungkin baik atau selesa untuk anda jika anda sendiri tidak boleh
menyesuaikan diri. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya menerima seadanya apa
yang diberi, yang penting ubah sikap dan tanggapan negatif terhadap sekolah
berkenaan, sebaliknya anda yang perlu bijak menguruskan diri dan menyesuaikan
diri dengan tempat baru tersebut.
Ok..pendek...mudah dan mungkin dapat membantu...selamat bertugas...jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment