Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Saturday 1 March 2014

Tips Praktikum: Tugasan Tambahan di Sekolah

Assalamualaikum wrt...
Selamat bertemu kembali. Hari ni saya masih nak berikan sedikit lagi tips berkaitan dengan praktikum. Bagi mereka yang sedang praktikum khususnya...cuba teliti isu ni ya...

Soalan 7 : Tidak boleh melaksanakan tugas tertentu

Jawapan : Kadang-kadang anda berasa tidak dapat melaksanakan tugas tertentu yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah. Ini berlaku mungkin anda terlalu berasa rendah diri dan tidak pernah mencuba melaksanakan tugas tersebut. Tidak yakin dan seribu satu persoalan lagi. Saya nasihatkan anda supaya tidak terus menolak tugasan yang diberikan. Beri penerangan dengan cara yang berhemah kepada pihak pengurusan sekolah bahawa anda memang tidak tahu atau tidak boleh melaksanakannya. Namun begitu jelaskan bahawa anda akan cuba dahulu dan jika ada sebarang masalah, anda akan merujuk kepada mereka. Yang penting di sini adalah sikap berani untuk mencuba, bukan terus mengaku tidak boleh dan menolak mentah-mentah apa yang diberikan.

Ehm...macam mana??? Masih ada lagi ke masalah anda yang belum selesai??? Takpa...pelan-pelan kayuh ya...Jumpa lagi ya...

No comments:

Post a Comment