AMALAN DAN PENDEKATAN BIMBINGAN PENGAJARAN PENSYARAH DAN
GURU PEMBIMBING DALAM PROGRAM MENTORING PRAKTIKUM SERTA IMPAKNYA TERHADAP
KUALITI GURU PELATIH
SYED ISMAIL
SYED MUSTAPA
Ketua Unit
Praktikum IPG Kampus Ilmu Khas
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti amalan dan pendekatan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru
pembimbing dalam program mentoring praktikum serta melihat impaknya terhadap
kualiti guru pelatih. Kajian ini
menggunakan pendekatan gabungan (explanatory mixed method), yang menjadikan reka bentuk kajian
kuantitatif sebagai data utama dan data kualitatif dari kajian kes sebagai data
sokongan.Bagi
kajian kuantitatif, seramai 303 orang guru pelatih,
144 orang pensyarah dan 159 orang guru pembimbing telah dipilh
secara rawak dari setiap IPG Zon Tengah. Bagi kajian kualitatif, data diperoleh melalui temu bual dan
pemerhatian terhadap dua orang pensyarah, dua orang guru pembimbing dan dua
orang guru pelatih dipilih melalui persampelan secara purposif. Analisis data secara deskriptif menunjukkan
bahawa pensyarah dan guru pembimbing telah melaksanakan bimbingan pengajaran
berdasarkan model penyeliaan klinikal. Dapatan kajian menunjukkan amalan
bimbingan pengajaran yang paling dominan adalah dalam aspek pelaksanaan
pengajaran. Pendekatan bimbingan pengajaran yang paling dominan pula adalah
pendekatan tingkah laku kolaboratif. Kajian menunjukkan bahawa kualiti guru
pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah.
Kata Kunci : Bimbingan
Praktikum, pendekatan bimbingan praktikum, penyeliaan dalam praktikum,
mentoring praktikum.
Artikel penuh boleh anda peroleh dari Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Penyelidikan Pendidikan, KPM, terbitan 2013
No comments:
Post a Comment