Kita sambung lagi pasal tips semasa praktikum...Isu hari ni, begini pula...
Soalan 4 : Sukar memilih
pendekatan dan strategi pengajaran
Jawapan : Saya tidak mahu mengulang semula setiap aspek
tersebut. Mungkin ada sendiri jemu kelak. Apa yang boleh saya sarankan adalah
sekali lagi anda perlu kenalpasti kecerdasan pelbagai pelajar. Berikanlah yang
terbaik untuk mereka. Pilih pendekatan dan strategi yang bersesuaian dengan
tahap pencapaian atau kecerdasan mereka. Kalau anda tanya saya, apakah
pendekatan yang paling baik, maka persoalan tersebut saya serahkan kembali
kepada anda. Tidak ada mana-mana pendekatan dan strategi yang paling baik, yang
terbaiknya adalah anda tahu menyesuaikan pendekatan dan strategi tersebut
dengan tahap dan pencapaian pelajar anda. Jadi, hanya anda yang berhak
menentukan mana satu pendekatan dan strategi yang sesuai dengan pelajar anda.
Ok...dapat idea tak? Masih buntu?...Takpa..jangan risau...cuba dulu ya..ok...jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment