Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday 12 February 2014

Tips Semasa Praktikum : Kawalan Kelas

Seterusnya hari ni saya kemukakan satu lagi tips kepada anda yang sedang menjalani praktikum..


Soalan 3 : Sukar mengawal kelas dan disiplin pelajar

Jawapan : Ini perkara biasa bagi anda yang baru berkecimpung dengan dunia pendidikan. Kadang-kadang pelajar seperti sengaja mahu menguji tahap kesabaran dan kebolehan anda. Oleh yang demikian, anda dinasihati supaya banyakkan bersabar dalam menghadapi kerenah para pelajar. Inilah cabaran kepada kebanyakan guru. Saya nasihatkan anda supaya kenalpasti terlebih dahulu setiap perwatakan pelajar anda. Cari siapa yang boleh anda harapkan, siapa pula yang perlukan perhatian yang lebih. Cuba kawal pelajar yang cuba menunjukkan ’kehebatan’ mereka. Lantik pelajar yang begini untuk menjadi ketua dalam kumpulan. Cubalah aplikasikan segala teori pengajaran yang dipelajari. Gunakan segala ilmu psikologi yang mungkin sesuai pada situasi yang dihadapi. Cuba beberapa kali, jangan mudah berputus asas.

             Apa yang saya bagi hanyalah tips sahaja. Jadi sejauh mana keberkesanannya juga tergantung kepada anda..bagaimana anda menguruskannya...bagaimana anda bijak dalam komunikasi dan interaksi dengan murid...so...selamat mencuba ya...tq.

No comments:

Post a Comment