Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday, 17 February 2014

Bab 2: Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik darjah

Assalamualaikum...jumpa lagi...pagi ni saya kongsikan sedikit lagi maklumat ya...Peranan Guru...Apakah peranan guru dalam menguruskan bilik darjah...Mari kita lihat...antaranya adalah seperti berikut....

1) Peranan guru dalam bilik darjah:
         Pengukuhan
         Aplikasi modifikasi tingkah laku dalam bilik darjah
         Penilaian terhadap modifikasi tingkah laku

2) Perlu buat persediaan awal dengan mempunyai tiga jenis kesediaan untuk menampung keperluan  bilik darjah iaitu;
  • Guru harus mempunyai ilmu agar dapat mengajar dengan baik subjek yang telah ditentukan ke atas guru.
  • Guru harus mempunyai kemahiran pedagogi agar dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dengan baik.
  • Pengetahuan guru dalam perkembangan dan pertumbuhan murid-muridya

3) Guru perlu menguruskan bilik darjah dengan cara yang berikut;
       - Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin
      -  Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
     -  Penguusan bilik darjah sebagai satu pengajaran

4) Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin memerlukan guru;
        Disiplin yang dibentuk untuk mengawal bilik darjah
        Usaha guru-guru untuk membantu murid supaya berkelakuan baik
        Pencegahan tingkah laku merupakan aspek terpenting
        Perlu merujuk kepada teori psokologi dalam bidang kaunseling

        Terdapat empat model didiplin sebagai fokus utama;
         Model Pengurusan Behavioral/Modifikasi Tingkah laku skinner
         Model Disiplin Asertif Canter
         Model Akibat Logikal Dreikurs
         Model Disiplin Bilik Darjah Positif Jones

       Terdapat perbezaan dari segi pendekatan tetapi ada persamaan dari segi prinsip;
         Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah
         Disiplin mendahului pengajaran
         Perlu wujud konsekuen bagi tingkah laku yang kurang sesuai

5) Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem pula memerlukan guru;
         1970an,Pengurusan bilik darjah sebagai disiplin mulai kurang sesuai
         Berfokus pula kepada pengurusan bilik darjah sebgai satu sistem
         Cuba mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif
   Pengurusan berkesan bergantung kepada kemahiran merangka pelan pencegahan berbanding menyediakan tindakbalas tingkah laku yang timbul

         Pengurusan bilik darjah perlu lebih sistematik;
         Merancang dan melaksanakan p & p secara teratur
         Libatkan murid secara aktif
         Minimumkan gangguan serta masalah disiplin
         Hubngan interpersonal yang baik antara guru-murid
         Wujudkan iklim sosial dan emosi yang positif

         Terdapat 4 model yang tekankan pendekatan sistematik iaitu;
         Terapi Realiti dan teori Pilihan Glasser
         Disiplin dengan Digniti Curwin dan Mandler
         Melangkah Disiplin Kohn
         Program Organisasi Bilik Darjah dan Pengurusan Evertson

         Semua ini berpegang kepada prinsip-prinsip berikut;
         Pengurusan bilik darjah dan pengajaran adalah saling berkait
         Penekanan diberi kepada pencegahan
         Penuhi keperluan murid untuk elak tingkahlaku bermasalah

6) Pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran pula memerlukan guru;
    Tertumpu kepada pengajaran kemahiran prososial termasuk mediasi konflik,prosedur rundingan dan kemahiran penyelesaian masalah

         Antara model yang terlibat adalah;
         Model Disiplin Dalaman Coloroso
         Model Aliran Kemahiran Goldstein dan McGinnis
   Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan Crawford

         Berpegang kepada prinsip-prinsip berikut;
   Pencegahan keganasan dalam kalangan murid melalui pembentukan kepercayaan,sikap dan tingkah laku
         Jikalau keganasan boleh dipelajari,ia pasti boleh dihapuskan
   Pembentukan tingkah laku dan sosial yang wajar dapat bantu bentuk interaksi positif sepanjang hayat


Ok..dah lah yaaa..nanti kita sambung lagi...Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment