Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Thursday 6 February 2014

Tips Semasa Praktikum : Cemas & Gangguan Emosi

Oleh kerana musim praktikum, maka mari kita bincangkan sedikit tips berkaitan semasa praktikum...

Soalan 1 : Cemas ketika menjalani praktikum dan takut buat kesalahan.

Jawapan : Apabila anda berasa cemas ketika hendak menjalani praktikum, maka ini adalah perkara yang biasa dialami oleh manusia yang normal. Jangan risau yang keterlaluan. Jadilah diri anda yang sebenar. Tidak perlu berlakon berlebih-lebihan. Buat seperti biasa sahaja. Kalau anda berasa takut kerana telah membuat kesilapan semasa merancang dan mengajar, buang sifat itu jauh-jauh. Memang lumrah, selagi dikatakan pelajar, maka akan berlaku kesilapan. Yang penting anda sedar kesilapan tersebut dan cuba perbaiki dalam pengajaran yang berikutnya pula. Lebih baik buat silap setelah mencuba, daripada terus dibelenggu rasa takut tanpa kesudahan. Macam mula-mula kita belajar berjalan dulu....jatuh....bangun....jatuh dan bangun lagi...akhirnya kita boleh berlari kan.....Jadi,teruskan mencuba ya...

No comments:

Post a Comment