Hari ni saya kemukakan satu lagi tips untuk anda ketika menjalani praktikum...isunya seperti ini...
Soalan 2 : Sukar membuat rancangan pengajaran harian.
Jawapan : Anda menghadapi kesukaran kerana mungkin tidak memahami
kandungan sukatan pelajaran dan tidak mengatahui sejauh mana ianya sesuai untuk
keumpulan pelajar yang akan diajar. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan agar
sering berbincang dengan guru pembimbing dan pensyarah penyelia untuk
mendapatkan maklumat berkaitan sukatan pelajaran. Anda akan berhadapan dengan
pelajar anda sepanjang praktikum berjalan. Oleh itu kenal pasti kekuatan dan
kelemahan pelajar anda supaya anda mengetahui apa yang diperlukan oleh mereka.
Dapatkan maklumat tersebut daripada guru pembimbing. Lakukan pemerhatian dengan
teliti terhadap sikap dan tingkahlaku pelajar pada waktu kali pertama masuk ke
kelas.
Ok..selamat meneruskan praktikum...jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment