Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday, 18 February 2014

Bab 2 Peranan Guru DalamPengurusan Peperiksaan dan Penilaian di Bilik Darjah


Assalam...ok...hari ni saya teruskan lagi dengan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah...Apa dia? Cara untuk menguruskan peperiksaan dan penilaian...macam mana ya...cuba teliti yang berikut;

Proses Penyediaan Ujian dan Data Peperiksaan:

·         Fasa 1 : Sebelum ujian/peperiksaan
·         Fasa 2: Semasa Ujian/Peperiksaan
·         Fasa 3: Selepas Ujian/Peperiksaan

Fasa 1 : Sebelum ujian/peperiksaan

•         Kumpulkan bahan-bahan berkaitan
–     Huraian sukatan pelajaran (HSP)
–     Buku-buku rujukan
–     Soalan-soalan lepas
–     Dapatkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
–     Rujukan asas menggubal item ujian
–     Berdasarkan HSP
–     Berdasarkan taksonomi Bloom
–     Aras soalan harus selaras dengan aras kognitif murid

Fasa 2: Semasa Ujian/Peperiksaan:

•         Pertimbangkan perkara-perkara berikut;
–     Bilangan item yang akan digubal
–     Soalan-soalan lepas sebagai rujukan
–     Penggubalan item hendaklah berdasarkan JSU mata pelajaran sepenuhnya
–     Penyediaan draf item,secara individu @kumpulan kecil
–     Ketua panitia,guru kanan m/pelajaran dan guru cemerlang menjadi moderator
–     Jika perlu,boleh adakan moderasi untuk pastikan item mematuhi JSU
–     Buat pindaan selepas moderasi
–     Draf akhir perlu disemak semula oleh panel moderasi untuk dapatkan kelulusan
–     Draf dan sebarang kertas conteng hendaklah dihapuskan untuk elak kebocoran

           Fasa 3: Selepas Ujian/Peperiksaan:

•         Pertimbangkan perkara-perkara berikut;
–     Kertas difotostat mengikut bilangan murid yang sedia ada
–     Kertas dimasukkan dalam sampul surat mengikut gandaan 30
–     Disimpan dalam almari berkunci @ bilik kebal
–     Dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian

Pentadbiran Ujian dan Peperiksaan

·         Keselamatan
–     Perbanyakkan kertas soalan mengikut biliangan murid
–   Simpan dalam almari @ bilik kebal dengan pengetahuan Setiausaha peperiksaan

·         Syarat-syarat pengujian
–     Prosedur pengujian
–     Persekitaran pengujian
–     Bahan pengujian
–     Pentadbiran ujian/peperiksaan

–     Prosedur pasca ujian/peperiksaan

Ok..itu saja dulu ya...jumpa lagi...assalam

No comments:

Post a Comment