Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday 25 February 2014

Tips Praktikum: Bukan Sekolah Pilihan


Assalamualaikum wrt...
Hai..jumpa lagi..Hari ni saya nak tambahkan lagi tips kepada anda yang berada di sekolah semasa praktikum.
Apa isunya...Mari kita lihat...

Soalan 6 : Tidak ditempatkan di sekolah yang anda         pilih
Jawapan : Dunia pendidikan terlalu luas dan tanpa sempadan. Anda dinasihatkan tidak terlalu memilih sekolah kerana setelah tamat latihan nanti, anda juga tidak tahu di mana anda akan ditugaskan. Apa yang perlu adalah anda harus bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ada. Tidak ada mana-mana sekolah yang mungkin baik atau selesa untuk anda jika anda sendiri tidak boleh menyesuaikan diri. Oleh itu, saya nasihatkan anda supaya menerima seadanya apa yang diberi, yang penting ubah sikap dan tanggapan negatif terhadap sekolah berkenaan, sebaliknya anda yang perlu bijak menguruskan diri dan menyesuaikan diri dengan tempat baru tersebut.

Ok..pendek...mudah dan mungkin dapat membantu...selamat bertugas...jumpa lagi...

Tuesday 18 February 2014

Bab 2 Peranan Guru DalamPengurusan Peperiksaan dan Penilaian di Bilik Darjah


Assalam...ok...hari ni saya teruskan lagi dengan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah...Apa dia? Cara untuk menguruskan peperiksaan dan penilaian...macam mana ya...cuba teliti yang berikut;

Proses Penyediaan Ujian dan Data Peperiksaan:

·         Fasa 1 : Sebelum ujian/peperiksaan
·         Fasa 2: Semasa Ujian/Peperiksaan
·         Fasa 3: Selepas Ujian/Peperiksaan

Fasa 1 : Sebelum ujian/peperiksaan

         Kumpulkan bahan-bahan berkaitan
     Huraian sukatan pelajaran (HSP)
     Buku-buku rujukan
     Soalan-soalan lepas
     Dapatkan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
     Rujukan asas menggubal item ujian
     Berdasarkan HSP
     Berdasarkan taksonomi Bloom
     Aras soalan harus selaras dengan aras kognitif murid

Fasa 2: Semasa Ujian/Peperiksaan:

         Pertimbangkan perkara-perkara berikut;
     Bilangan item yang akan digubal
     Soalan-soalan lepas sebagai rujukan
     Penggubalan item hendaklah berdasarkan JSU mata pelajaran sepenuhnya
     Penyediaan draf item,secara individu @kumpulan kecil
     Ketua panitia,guru kanan m/pelajaran dan guru cemerlang menjadi moderator
     Jika perlu,boleh adakan moderasi untuk pastikan item mematuhi JSU
     Buat pindaan selepas moderasi
     Draf akhir perlu disemak semula oleh panel moderasi untuk dapatkan kelulusan
     Draf dan sebarang kertas conteng hendaklah dihapuskan untuk elak kebocoran

           Fasa 3: Selepas Ujian/Peperiksaan:

         Pertimbangkan perkara-perkara berikut;
     Kertas difotostat mengikut bilangan murid yang sedia ada
     Kertas dimasukkan dalam sampul surat mengikut gandaan 30
     Disimpan dalam almari berkunci @ bilik kebal
     Dikeluarkan setengah jam sebelum pentadbiran ujian

Pentadbiran Ujian dan Peperiksaan

·         Keselamatan
     Perbanyakkan kertas soalan mengikut biliangan murid
   Simpan dalam almari @ bilik kebal dengan pengetahuan Setiausaha peperiksaan

·         Syarat-syarat pengujian
     Prosedur pengujian
     Persekitaran pengujian
     Bahan pengujian
     Pentadbiran ujian/peperiksaan

     Prosedur pasca ujian/peperiksaan

Ok..itu saja dulu ya...jumpa lagi...assalam

Monday 17 February 2014

Bab 2: Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik darjah

Assalamualaikum...jumpa lagi...pagi ni saya kongsikan sedikit lagi maklumat ya...Peranan Guru...Apakah peranan guru dalam menguruskan bilik darjah...Mari kita lihat...antaranya adalah seperti berikut....

1) Peranan guru dalam bilik darjah:
         Pengukuhan
         Aplikasi modifikasi tingkah laku dalam bilik darjah
         Penilaian terhadap modifikasi tingkah laku

2) Perlu buat persediaan awal dengan mempunyai tiga jenis kesediaan untuk menampung keperluan  bilik darjah iaitu;
  • Guru harus mempunyai ilmu agar dapat mengajar dengan baik subjek yang telah ditentukan ke atas guru.
  • Guru harus mempunyai kemahiran pedagogi agar dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dengan baik.
  • Pengetahuan guru dalam perkembangan dan pertumbuhan murid-muridya

3) Guru perlu menguruskan bilik darjah dengan cara yang berikut;
       - Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin
      -  Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem
     -  Penguusan bilik darjah sebagai satu pengajaran

4) Pengurusan bilik darjah sebagai satu disiplin memerlukan guru;
        Disiplin yang dibentuk untuk mengawal bilik darjah
        Usaha guru-guru untuk membantu murid supaya berkelakuan baik
        Pencegahan tingkah laku merupakan aspek terpenting
        Perlu merujuk kepada teori psokologi dalam bidang kaunseling

        Terdapat empat model didiplin sebagai fokus utama;
         Model Pengurusan Behavioral/Modifikasi Tingkah laku skinner
         Model Disiplin Asertif Canter
         Model Akibat Logikal Dreikurs
         Model Disiplin Bilik Darjah Positif Jones

       Terdapat perbezaan dari segi pendekatan tetapi ada persamaan dari segi prinsip;
         Guru bertanggungjawab untuk mengekalkan kawalan bilik darjah
         Disiplin mendahului pengajaran
         Perlu wujud konsekuen bagi tingkah laku yang kurang sesuai

5) Pengurusan bilik darjah sebagai satu sistem pula memerlukan guru;
         1970an,Pengurusan bilik darjah sebagai disiplin mulai kurang sesuai
         Berfokus pula kepada pengurusan bilik darjah sebgai satu sistem
         Cuba mewujudkan suasana persekitaran bilik darjah yang kondusif
   Pengurusan berkesan bergantung kepada kemahiran merangka pelan pencegahan berbanding menyediakan tindakbalas tingkah laku yang timbul

         Pengurusan bilik darjah perlu lebih sistematik;
         Merancang dan melaksanakan p & p secara teratur
         Libatkan murid secara aktif
         Minimumkan gangguan serta masalah disiplin
         Hubngan interpersonal yang baik antara guru-murid
         Wujudkan iklim sosial dan emosi yang positif

         Terdapat 4 model yang tekankan pendekatan sistematik iaitu;
         Terapi Realiti dan teori Pilihan Glasser
         Disiplin dengan Digniti Curwin dan Mandler
         Melangkah Disiplin Kohn
         Program Organisasi Bilik Darjah dan Pengurusan Evertson

         Semua ini berpegang kepada prinsip-prinsip berikut;
         Pengurusan bilik darjah dan pengajaran adalah saling berkait
         Penekanan diberi kepada pencegahan
         Penuhi keperluan murid untuk elak tingkahlaku bermasalah

6) Pengurusan bilik darjah sebagai satu pengajaran pula memerlukan guru;
    Tertumpu kepada pengajaran kemahiran prososial termasuk mediasi konflik,prosedur rundingan dan kemahiran penyelesaian masalah

         Antara model yang terlibat adalah;
         Model Disiplin Dalaman Coloroso
         Model Aliran Kemahiran Goldstein dan McGinnis
   Model Penyelesaian Konflik dan Mediasi Rakan Sebaya Bodine dan Crawford

         Berpegang kepada prinsip-prinsip berikut;
   Pencegahan keganasan dalam kalangan murid melalui pembentukan kepercayaan,sikap dan tingkah laku
         Jikalau keganasan boleh dipelajari,ia pasti boleh dihapuskan
   Pembentukan tingkah laku dan sosial yang wajar dapat bantu bentuk interaksi positif sepanjang hayat


Ok..dah lah yaaa..nanti kita sambung lagi...Jumpa lagi...

Sunday 16 February 2014

Bab 1 Ciri-ciri Guru Yang Efektif

Saya teruskan perbincangan kita dengan sub tajuk berikutnya...Apa dia? Tajuk ni sangat sesuai untuk dihayati oleh semua golongan pendidik..
Ayuh kita teruskan...

  • Peribadi:
- Dedikasi terhadap pengajaran
- Memudahcarakan pembelajaran dan pertumbuhan murid-murid
- Prihatin terhadap kebajikan murid,ibu bapa dan rakan sejawat

  • Berunsurkan pengajaran:
-  Keupayaan menguruskan bilik darjah,tingkah laku dan masa
-  Bersemangat untuk mengajar
-  Kebolehan memotivasikan murid
-  Cekap mengajar

  • Ketinggian Daya Intelektual:
Gemar membaca,mentelaah,meneroka sesuatu
-  Serasi dengan norma masyarakat,budaya dan sub budaya
-  Kesihatan mental yang tinggi

  • Bersikap Positif:
-  Percaya murid akan belajar
-  Berusaha bantu murid
-  Semai keyakinan dalam diri murid
-  Tunjukkan minat dalam segala aktiviti murid

  • Proaktif:
-  Pertimbangkan segala isu yang berkaitan
-  Jantina
Tempat duduk murid
-  Kecerdasan murid
-  Sediakan pelan tindakan secara mental

  • Bijak Dalam Pencegahan:
-  Pertimbangkan segala isu yang berkaitan
-  Jantina
-  Tempat duduk murid
-  Kecerdasan murid
-  Sediakan pelan tindakan secara mental

  • Kualiti peribadi
-  Komitmen
-  Tanggungjawab
-  integriti

  • Penghayatan dan amalan nilai
-  Kemahiran teknologi
-  Nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam
-  Tonggak dua belas

  • Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran
-  Kandungan mata pelajaran
-  Strategi pengajaran
-  Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran
-  Kemahiran pengurusan bilik darjah
-  Kemahiran motivasi

-  Kemahiran komunikasi

Ok.tu saja dulu ya...jumpa lagi nanti

Tips Praktikum : Atasi Rasa Takut Anda

Assalamualaikum wrt...


Pagi tadi saya pergi membimbing praktikum di Bentong...Pelajar DPLI j-Qaf...seronok tengok cikgu-cikgu kita ni..Ada kesungguhan untuk menjayakan p & p...Minggu lepas di Temerloh...Macam tu..banyak idea yang mereka ketengahkan...TAHNIAH...


Bailklah...hari ni saya berikan sedikit lagi tips kepada anda...

Soalan 5 : Risau dan takut apabila hendak diselia

Jawapan : Jika anda risau dan takut apabila penyelia mahu datang menyelia anda, maka sebenarnya anda manusia yang normal. Guru yang telah lama berkhidmat sekalipun akan berasa risau dan takut jika mahu diselia oleh guru besar, pengetua mahupun pihak nazir. Apa yang perlu anda ketahui adalah kedatangan mereka bukan sekadar untuk menyelia, sebaliknya lebih untuk membantu. Mereka mahu membantu anda untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada. Gunakan kesempatan ini untuk berkongsi masalah dengan mereka. Dapatkan pandangan daripada mereka untuk mengatasi setiap permasalahan yang dihadapi. Anggaplah mereka sekadar datang untuk memberikan bimbingan, bukannya lebih kepada penyeliaan.

Ok...tu saja...Selamat mencuba ya...

Friday 14 February 2014

Bab 1: Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Hari ni saya nak bincangkan sedikit tentang pengurusan bilik darjah. Apa dia BILIK DARJAH ya... Mari kita lihat takrifan berikut:

            Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.
            Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam  latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.
            pembelajaran serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan
   •         Menurut Lemlech (1988): 
- Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran.

- Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

         Menurut Hall (2000):
- Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.

- Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.

- Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

         Menurut Levin & Nolan (2004);
-       Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri

·         Oleh yang demikan, peranan anda sebagai guru adalah:
-       Fokus kepada pencegahan adalah lebih utama dari hukuman ke atas salah laku.
-       Guru harus tegas tetapi ramah, adil dan saksama serta bersikap profesional
-       Disiplin kendiri dan sikap yang baik harus disemai dan dipelajari


ok..macam mana pula dengan anda?Apa pendapat anda?Renung-renungkanlah ya...jumpa lagi...