Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Thursday 9 August 2012

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Bagi cikgu kat sekolah, tajuk ni mungkin biasa aja. tapi bagi guru pelatih di IPG ianya macam benda baru. Baru-baru ni ramai pensyarah yang jumpa saya menyatakan bahawa guru pelatih yang pergi praktikum macam tak tau apa-apa pasal KSSR. Mereka kata takda pendedahan ke? 
Ok...lah...sebagai info kepada anda semua, saya sertakan serba sedikit maklumat tentang KSSr untuk bacaan anda...
Baca tau,nanti bila orang tanya jangan jawab macam tak bersalah pulak,entah,saya tak tau....

Definisi Kurikulum

¢  Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati.
¢   Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
¢    Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah

Definisi Standard
¢  Standard pula ditakrifkan oleh Kamus Dewan edisi keempat sebagai sesuatu yang dapat diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain

Keperluan Perubahan:
¢  Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan.
¢  Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah.
¢  Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan.
¢  KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
¢  KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
¢  Dasar teras kedua PIPP adalah membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
¢  Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni.
¢  KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
¢  KSSR  mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR.
¢  Bermula pada 31 Mac 2009 hingga akhir Jun 2009, sebanyak 500 buah sekolah telah dijadikan sekolah rintis untuk menguji keberkesanan KSSR. Daripada 500 buah sekolah itu, 50 buah sekolah telah diuji rintis dengan semua mata pelajaran, manakala bakinya hanya diuji dengan mata pelajaran terpilih sahaja.

               Organisasai KSSR:
¢  KSSR digubal dalam 2 bentuk:
 -Standard Kandungan
  -Standard Pembelajaran
¢   Perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan.

Standard Kandungan:
—   pernyataan yang lebh terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan

Standard Pembelajaran:
—   Suatu pebnepatan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur.

Tujuan Standard diwujudkan:
¢  Antaranya ialah memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan.
¢  Melalui adanya standard kandungan dan standard pembelajaran , guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan.
¢  Hal ini, secara tidak langsung dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah.
¢  Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Perkara ini dapat dilakukan melalui pentaksiran yang akan dibuat kepada murid.
¢  Perlaksanaan yang dibuat adalah berasaskan sekolah.
¢  Strategi penambahbaikan ( assessment for learning ) dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.

Bahan Kurikulum:
¢  Bahan kurikulum yang digunakan dalam melaksanakan KSSR terbahagi kepada tiga iaitu dokumen standard, modul pengajaran dan modul pembelajaran.

Dokumen Standard
¢   bahan kurikulum utama yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
¢   Guru menggunakan dokumen standard ini untuk merancang rancangan pengajaran mereka.
¢  Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah elemen utama yang terdapat dalam dokumen standard.
¢  Sebagai contoh dalam mata pelajaran Matematik , guru membimbing pelajar dalam menamakan dan menentukan nilai dalam topik Nombor Bulat 0 hingga 100 yang merupakan standard kandungan bagi topic ini. Manakala standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar ialah dapat menamakan nombor hingga 100.

Modul Pengajaran
—  -dokumen yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi pembelajaran.

Komposisi Kurikulum:
¢  KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
¢  Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.
¢  Pelaksanaan KSSR adalah usaha untuk mentranformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.
¢  Selain itu, murid Tahun Satu juga akan diajar pendidikan seks.
¢  Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Ia membabitkan murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3.
¢  Pendidikan seks akan mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.
¢   Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan telah diberi kursus manakala bahan pengajaran turut disediakan.
¢  Mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi  akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’. 2.
¢  Murid Tahun Satu akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.
¢   Murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

Sains Hayat
¢  mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan

Sains Fizikal
¢   berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. 

¢  Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik

Komposisi Kurikulum Standard Sekolah Rendah terdiri:

-Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. 
-Pembahagian masa juga bertambah daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR.

Modul pengajaran dalam KSSR mengandungi :
cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan kepada murid.
-Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu   kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul
-Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan untuk membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Modul Dalam KSSR:
¢  KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Modul Asas Teras:
  • merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

 Modul Asas Tema:
  • daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik.

 Modul Asas Elektif:         
  • pilihan bahasa seperti Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab.

 Modul Teras Asas:
  • terdiri daripada subjek asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan dan Matematik.

Modul Teras Tema:
  • terdiri daripada subjek Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik.

 Modul Elektif:
  • terdiri daripada bahasa pilihan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Rendah, Bahasa Tamil Sekolah Rendah, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.
  • Peruntukan masa pengajaran bagi modul elektif adalah sebanyak 90 minit (3 waktu) yang dimasukkan dalam jadual persekolahan.
  • Sekolah perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.
  • Sekiranya sekolah tidak dapat menjalankan Modul Elektif kerana kekurangan prasarana, mereka boleh membuat pilihan untuk melaksanakan satu atau kombinasi mata pelajaran daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik serta Dunia Sains dan Teknologi.
  • Contoh kombinasi mata pelajaran ialah dengan menjalankan pengajaran Bahasa Melayu selama 60 minit dan Bahasa Inggeris selama 30 minit. Pemilihan subjek atau kombinasi subjek bergantung kepada kesediaan dan keupayaan sekolah.

 Bagi Tahap Dua :
  • akan dilaksanakan pada tahun 2014.
  • Antara subjek yang bakal diperkenalkan ialah:
    •  Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat dan Sejarah.
    •  Manakala subjek sedia ada termasuklah :
    • Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil (SJKC dan SJKT), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

 Pentaksiran Dalam KSSR:
  • Pentaksiran Sekolah
    • proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.
    • Pentaksiran secara formatif
      • adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning)
    • pentaksiran secara sumatif
      • adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning).

      • Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik

 Proses Pentaksiran Sekolah:
  • melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks.
  • Guru membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.

 Pentaksiran formatif untuk pembelajaran
  • merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid.
  • Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran.
  • Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam  mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.


Dalam aktiviti pemulihan:
  • guru boleh menjalankan program bacaan tambahan dengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripada buku dan internet.
  • Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam kelas.
  • Guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankan secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuat sesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah.
  • Ia bertujuan untuk menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah.

 Pengayaan:
  • proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
  • Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang.
  • Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkan potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah.
  • Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri.
  wooo...banyaknya ya...faham ke tidak...Takpalah pelan-pelan kayuh..Kalau tak tau jugak,nanti cuba-cubalah tanya dengan cikgu-cikgu yang ada kat sekolah tu...


5 comments:

  1. assalamualaikum. saya iffah. boleh saya tanya, ada tak untuk KBSM or KSSM?

    ReplyDelete
  2. Kita hendaklah menggunakan bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bagus untuk anak-anak... Contoh yang terbaik saya jumpa untuk selesaikan masalah ini, majalah Fun English! Kini semakin popular di kalangan golongan kanak-kanak... Guru-guru juga disyorkan untuk menggunakannya... ini laman website http://www.funenglishmagazine.com/. Facebook: www.facebook.com/fun.english.magazine‎

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..bnyak maklumat saya dapat..tp harap lepas ni warna tulisan ubah ya..sakit mata..:)

      Delete
  3. Assalamualaikum, nak tanya, ada tak metadologi?

    ReplyDelete
  4. terima kasih ....banyak maklumat yang saya peroleh.

    ReplyDelete