Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday 8 August 2012

Gaya Pembelajaran



Gaya Pembelajaran

Cikgu tentu nak tahu gaya belajar murid cikgu kan? Ok, hari ni saya kemukakan pula sedikit cara untuk cikgu memahami gaya murid cikgu akan belajar. Dah habis baca nanti, cuba tengok muka murid jap, kemudian renung-renungkanlah gaya mereka belajar...Selamat berjuang cikgu...

Definisi
•   Stail atau cara pembelajaran seseorang
•   Cara membuat persepsi dan memproses maklumat
•   Peterson(1971):cara seseorang tumpukan perhatian dan     memahami dan mengingati sesuatu maklumat/kemahiran baru 
   Dunn dan Dunn(1982):cara bagaimana unsur-unsur drpd 5 rangsangan(persekitaran,emosi,sosial,fisiologi dan psikologi) mempengaruhi keupayaan individu utk memahami,berinteraksi dan bertindakbalas 
•  Gregore(1979):tingkahlaku yg dimanifestasikan oleh seseorang apabila menggunakan mindanya
•   Garger(1985):setiap org dilahirkan dgn gaya pembelajaran yg tersendiri,baka dan persekitaran adalah penting
•  Slavin(1994):personaliti dan gaya pembelajaran adalah berkaitan

 Faktor Gaya Pembelajaran
     1) Rangsangan Persekitaran:
•   4 unsur utama(cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk susunan tempat belajar
2)Rangsangan Emosi:
•    Motivasi,keazaman,sikap t/jawab dan struktur
3)Rangsangan Sosial:
•   Perseorangan,berpasukan,berpasangan,rakan sebaya,orang dewasa
4)Rangsangan Fisiologi:
•    Persepsi,pemakanan,masa belajar dan mobiliti atau pergerakan
5)Rangsangan Psokologi:
•    Analitik atau global, gerak hati dan pemprosesan otak kiri atau otak kanan    

Jenis-Jenis Gaya Pembelajaran

      1) Aktivis:
•   Sikap tdk sabar,tergesa-gesa dlm tindakan
•   naluri ingin tahu yang tinggi
•   Bergerak pantas dan cepat membalas
•   Gemar mencari pengalaman baru
•   penuh bersemangat,fleksibel dan berfikiran     terbukapunyai motivasi intrinsik yang kuat
•   Punyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif
  
2) Reflektif:
•    Suka berfikir perkara dlm alam sekitarnya
•    Punyai kemahiran berfikir kreatif/kritis
•    Suka tafsir dan nilai sesuatu perkara
•    Suka mencari hakikat sebenar
•    Sikap berhati-hati,waspada dan fikirkan  pelbagai pilihan dgn teliti
•    Seorang pendengar yang baik
•    Belajar dan buat kerja secara sistematik
•    Tdk terburu-buru membuat keputusan

        3) Teoris:
•  memiliki fikiran rasional dan logikal
•  Punyai sikap berdisiplin serta bervisi
•  Kurang kreatif,menitikberatkan penggunaan pemprosesan otak kiri
•  Suka membentuk hipotesis,menguji hipotesis dan buat kesimpulan berdasarkan bukti
•  Suka mengesan sebab dan akibat
•  Berminat mengkaji fenomena yg berlaku

         4) Pragmatis:
•   Bersifat praktikal dan berpijak di alam nyata
•   Pentingkan bukti dan hakikat
•   Percaya kpd perkara yang dilihat
•   Mengutamakan kegunaan dan penggunaan pengalaman dan hakikat sebenar
•  Lebih bersifat ekspresif drpd kreatif
•   Suka membuat perbandingan

Jenis-jenis Gaya Pembelajaran Slavin 1994

1)Gaya Pembelajaran Bergantung:  Dependent Learning Style
•   Mengutamakan bidang kognitif dlm semua pola dan menerimanya secara keseluruhan
•   Mempersepsi sesuatu situasi /pola secara menyeluruh
•   Menerima pendapat yang bersifat umum
•  Aktiviti pembelajaran berdasarkan motivasi ekstrinsik
•  Sensitif terhadap pandangan dan teguran orang lain
•  Suka dibimbing oleh orang yang disanjungi
•  Tidak mempunyai inisiatif untuk belajar
•  Terlalu bergantung kepada motivasi dan pengajaran guru
•   Tidak boleh menentukan objektif pembelajaran diri sendiri
•   Sikap menurut perintah dan terima tanpa menyoal

2)Gaya Pembelajaran Tidak Bergantung: Independent Learning Style
•   Pentingkan analisis bahagian-bahagian pola secara terperinci
•  Mengamati perkara secara analitik
•  Berminat tentukan objektif pembelajaran sendiri
•  Kurang sensitif terhadap pandangan dan teguran orang
•  Mempunyai motivasi intrinsik yang kuat
•  Mampu menguruskan pembelajaran diri sendiri
•  Mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
•   belajar dengan inisiatif sendiri
•   Strategi yang sesuai
               •   Kaedah uji kaji
               •   Kaedah inkuiri penemuan
               •    Kaedah penyelesaian masalah 

    Dah lah dulu ya,banyak-banyak sangat nanti pening pulak,tak faham lagi susah, biar sedikit asal berkualiti....ok jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment