Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Wednesday 15 August 2012

Pembelajaran Akses Kendiri


PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI (PAK)

Pagi ni saya nak kongsi satu lagi cara untuk anda menguruskan pembelajaran murid-murid anda di sekolah. ya, mungkin perkara ni dah biasa cikgu-cikgu di sekolah wat,takpalah,bagi anda di IPG, cuba ambil kesempatan masa PBS minggu depan untuk perhatikan...ada tak PAK ni dilaksanakan...ok ke tidak...sejauh mana kejayaannya...

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
  • Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. 
  • Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran kendiri.
  • satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar. 
  • Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. 
  • murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.
  • satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan murid dan pembelajaran berlaku atas daya usaha murid sendiri. 
  • Murid mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan mereka mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pemerolehan pengetahuan dan kemahiran sendiri.

 Pelaksanaan PAK di Malaysia:
•   1990: Projek rintis di 10 buah sekolah rendah.  (Bahasa Inggeris)
•  1995: Projek rintis di 10 buah sekolah menengah. (Bahasa Inggeris)

 TUJUAN PAK:

  • memotivasikan murid ke arah berautonomi
  • menghasilkan murid;
    • self-directed
    • self-paced
    • self-access
    • self assessed

KONSEP PAK:

  • PAK ialah satu program yang memberi murid akses kepada tempat, bahan, bimbingan, stail dan tempoh masa belajar.
  • Murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran dan memilih aktiviti pembelajaran sendiri serta menilai dan memantau kemajuan mereka sendiri. 
  • Dengan ini murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab dan berdikari ke atas pembelajaran mereka.

 Sebuah bilik khas untuk:
•   Menyimpan bahan-bahan pembelajaran secara sistematik;
•   Murid belajar pelbagai mata pelajaran tanpa diselia; dan
•   Murid belajar secara individu, berpasangan atau berkumpulan.

 Pusat PAK sebagai sebuah tempat yang dapat:
•   Menyediakan persekitaran yang selesa danmenarik
•   Menyimpan bahan dan peralatan pembelajaran
•   Memberi peluang kepada murid untuk menjalankan
         pembelajaran yang berkesan
    •   Mempamerkan carta maklumat dan hasil kerja murid

Asas PAK:

1. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran(Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald,Morral and Morrison)

2. Murid tidak seharusnya pasif (hanya memberi respon kepada rangsangan guru). (Boud, 1998; Kohonen, 1992; Knowles, 1975)

3. Murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. (Gardner dan Miller, 1996)

Ciri-CIRI PAK;
•   Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa, tanpa tekanan
•   Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
•   Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
•   Belajar secara bersendirian / kumpulan
•   Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
•   Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri


BAHAN-BAHAN DLM PAK;

           a.       Bahan Bercetak
i.   Lembaran Kerja
•   Disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
•   Disusun di dalam kotak (browser boxes)
•   kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
•   Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

ii. Buku / majalah / surat khabar
•    Disusun di sudut bacaan
•    Disusun di atas rak

b.       Bahan Bukan Bercetak
         i.  Pita Kaset / Video / Cakera Padat
•   Disusun di atas rak
•   Disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk

        c.     Cara-cara menyimpan: pita kaset / video / cakera padat

 Antara contoh menyimpan pita kaset / video / dan cakera padat ialah:
•   Pita kaset / video dan lembaran kerja disimpan di rak atau kotak berasingan
•   Pita kaset / video / cakera padat dan lembaran kerja disimpan di dalam sampul plastik di rak
•   murid mengenal pasti lembaran kerja yang dikehendaki dan berjumpa dengan guru mereka untuk mendapatkan pita kaset / video yang berkaitan. Ini adalah untuk mengelakkan daripada kehilangan pita kaset / video / cakera padat. 

TANGGUNGJAWAB GURU:

Menggalakkan murid berinteraksi sesama sendiri
Mewujudkan persekitaran yang memberi peluang murid menguji kemampuan sendiri
Membantu murid menyedari pelbagai strategi pembelajaran
Melatih murid belajar sendiri
Membimbing murid di mana  perlu

TANGGUNGJAWAB MURID:

•      Mengenal pasti keperluan sendiri
•      Mengenal pasti kebolehan sendiri
•      Menetapkan matlamat sendiri
•      Mengenal pasti masa pembelajaran sendiri
•      Menyediakan pelan pembelajaran sendiri

Ok...cukuplah tu ya...nanti masa PBS nanti cuba perhatikan betul-betul ....

3 comments: