Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday, 13 August 2012

Pembelajaran Konstrutivisme


Pembelajaran Konstruktivisme

Saya sambung nota berikutnya dengan pembelajaran konstruktivisme....Biasa dah kan dengar tajuk ni...takpalah sekadar ulangkaji lah kot...

    Konsep:
•   Pelajar belajar dan bina sendiri pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka
•   Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling.

Peranan Murid: 
  • Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.  Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
  • Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka.  Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka.  Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham
  • Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan.  Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
  • Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

     Peranan Guru:
  • Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
  • Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
  • Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka.
  • Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis.
  • Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis
  • Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka.
  • Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain.
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
  • Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan.
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu.


Cabaran Kepada Guru:
  • Guru merasa mereka tidak mengajar.
  • Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap tidak realistik.
  • Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.Kawalan kelas agak merosot.
  • Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah
         Ok..selamat meneruskan penerokaan ilmu...semoga ada manfaat utk kita bersama..

No comments:

Post a Comment