Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday 7 August 2012

Kecerdasan Pelbagai


Potensi Manusia

Ok...kali ni saya kemukakan pula potensi manusia,maknanya potensi murid-murid anda nantilah tu ya.. Cuba lihat potensi mereka dan bantu yang mana terdaya...


-Manusia mempunyai potensi/kemampuan/kebolehan/yang terpendam dalam diri mereka.
-Potensi ditunjukkan melalui aspek jasmani, mental, rohani dan emosi.
-Potensi individu dilihat melalui KECERDASAN yang ditunjukkan.

    Anda tahu murid anda ada kercerdasan?Apa kecerdasannya? Ni,sedikit maklumat utk kita kongsikan bersama...


A) Pelbagai Kecerdasan (Howard Gardner,1930)

1.Kecerdasan linguistik
—  -Penguasaan kemahiran bahasa dan simbolik.
—  -Mempunyai ingatan yang baik berkaitan puisi, lirik
2.Kecerdasan logikal/matematik
—  -Kecerdasan mengira, menyelesaikan masalah matematik dan membuat keputusan.
—  -Kanak-kanak yang minat komputer, teka-teki
3.Kecerdasan visual-spatial
—  -Kemampuan mengesan imej/objek yang hilang.
— -Kanak-kanak minat jigsaw puzzle, menyusun blok,suka berkhayal.
4.Kecerdasan muzik
— -Kebolehan mengenal pasti bunyi, vokal, suka menyanyi
      serta mencipta lagu.
5.Kecerdasan kinestatik
— -Kecerdasan gerakan badan, gimnastik, permainan (otot kasar/otot halus)
— -Kanak-kanak suka melakukan pergerakan (menari)
6.Kecerdasan interpersonal
—  -Kecerdasan interaksi sosial
—  -Kanak-kanak seronok pembelajaran koperatif.
—  -Kanak-kanak boleh bekerjasama,kepimpinan, empatik,
       dan berkomunikasi dengan berkesan.
7.Kecerdasan intrapersonal
—  -Mempunyai kebolehan kendiri yang kuat, keimunan terhadap tekanan rakan sebaya.
—  -Mempunyai kesedaran tentang perasaan orang lain.
8.Kecerdasan naturalis
—  -Kebolehan memerhatikan corak dalam alam semulajadi dan sistem buatan manusia.
— -Kanak-kanak mempunyai kebolehan mengenal jenis flora dan fauna.    
9.Kecerdasan Eksistensial
—  -Minat mengkaji persoalan berkaitan kewujudan manusia dan kematian
  —-Berminat mengkaji hal-hal keagamaan
—  -Gemar menghafal kitab-kitab agama
  -Berminat mendidik kanak-kanak tentang keagamaan
—  -Kerap berfikir tentang kerohanian dan falsafah hidup 
 — -Sensitif pada kepercayaan ahli masyarakat

Cara guru menggaplikasi pelbagai kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran

1.Verbal/Linguistik: Guru boleh
—  -Mengunjungi perpustakaan/kedai buku.
— -Menggalakkan kanak-kanak menyimpan jurnal peristiwa-peristiwa penting.
— -Menggalakkan kanak-kanak bercerita dan merumus semula cerita tersebut.
2.Logika/matematik
—  -Mewujudkan situasi merangsang kanak-kanak untuk berfikir tentang nombor.
— -Lawatan ke makmal komputer, muzium sains dan pameran.
3.Ruang/spatial: Guru boleh
—  -Membuatkan kanak-kanak menyelesaikan silang kata dan mencipta carta.
— -Lawatan ke muzium seni, minta kanak-kanak gambarkan/melukis  tempat mereka kunjungi.
4.Muzik: Guru boleh
—  -Membekalkan kanak-kanak dengan perakam kaset.
—  -Memberi kanak-kanak peluang bermain alat-alat muzik.
—  -Membawa anak-anak ke konsert.
— -Menggalakkan kanak-kanak mencipta lagu.
5.Kinestatik: Guru boleh
—  -Memberi peluang kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal.
—  -Menyediakan tempat bermain di dalam atau di luar kelas.
—  -Menggalakkan kanak-kanak menyertai acara sukan / tarian.
6.Interpersonal: Guru boleh
—  -Menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan.
—  -Membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran komunikasi.
—  -Menyediakan permainan untuk kanak-kanak
—  -Menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuan
7.Intrapersonel: Guru boleh
—  -Menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran.
—  -Sedia mendengar perasaan kanak-kanak dan memberi maklum balas yang sesuai.
—  -Menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka.
—  -Menggalakkan kanak-kanak menyimpan jurnal/diari/buku skrap tentang idea/pengalaman.
8.Naturalis: Guru boleh
—  -Membawa kanak-kanak ke taman rekreasi
—  -Mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di luar bilik darjah (nature walk)
9.Eksistensial: Guru boleh
—  -Menggalakkan kanak-kanak membaca buku-buku agama.
—  -Menjelaskan konsep ketuhanan kepada kanak-kanak
—  -Mengadakan aktiviti bercorak keagamaan semasa hari kebesaran agama.

B) Kecerdasan Emosi

1)Pengenalan
-EQ sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat ini sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang lain. (Young, 1996).

-EQ adalah prasyarat untuk keberkesanan IQ (IQ tidak berfungsi jika otak rosak akibat kecacatan emosi).

— -IQ bersifat relatif tetap, EQ boleh berubah sehingga dapat dibentuk dan dipelajari.

— - Goleman: EQ penting dalam dunia pekerjaan (“…Lack of EQ can sabotage the intellect and ruin careers”)

— -Realiti: tahap IQ meningkat sedangkan EQ semakin menurun.
—      >IQ meningkat kerana peluang pendidikan, nutrisi lebih      baik, saiz keluarga kecil.

—      >EQ merosot kerana banyak berlaku keganasan, jenayah, salah guna dadah, pembuangan bayi.

— -EQ dianggap penting dalam masyarakat dan telah diterapkan dalam kurikulum latihan perguruan dan pembangunan sumber manusia pihak swasta dan kerajaan.
—      >wujudnya perkhidmatan kaunseling untuk menangani stress, pengurusan konflik dalam kalangan staf/pegawai.

2) EQ melibatkan;
—  -Kesedaran diri (memisahkan perasaan daripada tindakan)
— -Menguruskan emosi (mengawal perasaan marah)
—  -Memahami emosi (mengambil kira perspektif orang lain, menyelesaikan masalah hubungan)
—  -Membolehkan murid-murid mengawal diri.
—  -Menggalakkan murid supaya tidak menyekat perasaan sebaliknya menyedarinya agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih berkesan. (Santrock, 2001).

Teori Daniel Goleman
-Kemahiran peribadi (kesedaran diri,empati) mempengaruhi tahap kejayaan dalam hidup seperti atau lebih daripada IQ.
-EQ boleh diajar dengan manfaat yang lebih besar kepada hidup kita.
-EQ memberi suatu kerangka luas untuk melihat dan menilai pengalaman personal dan interpersonal.
-   -Memberi kesan kepada tingkah laku, kejayaan profesional, sosial dan kesejahteraan fizikal.
     -Ada dua jenis minda  iaitu emosi dan rasional. Gabungan kedua-dua minda menjadikan minda kita rasional, EQ dan kebolehan intelek meningkat

Cara Guru Bantu Murid Urus EQ
1.Kepimpinan demokratik
—  -Wujudkan hubungan dua hala, mesra dan harmonis.
—  -Mengurangkan suasana yang tegang
—  -Mendorong murid-murid berinteraksi dan aktif.
2.Membanyakkan aktiviti kumpulan
—  -Guru merancang aktiviti pemulihan, pengayaan dan lakonan, buzz, permainan atau kerja projek.
3.Menggunakan teknik menyoal
—  -Mencungkil pendapat murid-murid
—  -Guru membimbing murid-murid
4.Menggunakan percakapan yang sesuai
—  -Guru menggalakkan murid-murid memberi pendapat/tindak balas dengan cara memuji/menerima pendapat mereka.
5.Strategi pemusatan murid
—  -Melibatkan murid-murid semasa p&p.
6.Penggunaan BBM
—  -Dapat menarik minat murid-murid
7.Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif
—  -Susunan fizikal bilik darjah
—  -Kedudukan murid-murid mengikut kumpulan
8.Membantu murid bermasalah
—  -Murid-murid yang mempunyai masalah peribadi/sosial diberi bantuan emosi.
—  -Murid-murid normal didorong supaya dapat menerima murid yang bermasalah.
9.Mengajar dengan sikap penyayang
—  -Guru mewujudkan hubungan yang mesra dengan murid-murid supaya disayangi oleh mereka.
10.Ganjaran sebagai motivasi
—  -Elakkan hukuman, gunakan bimbingan untuk mengurangkan konflik antara guru dengan murid.

 Lain-lain yang boleh anda cuba adalah...
1.Kesedaran diri
—-Sedar wujud hubungan antara pemikiran, perasaan dan tindakan.
2.Menguruskan emosi
-Belajar cara menguruskan kemarahan, ketakutan, kebimbangan dan kesedihan.
— -Berkebolehan menyalurkan emosi ke arah positif.
3.Empati
— -Berkebolehan memahami perasaan orang lain dan mengambil kira perspektif mereka.
— -Berkebolehan mendengar tanpa dipengaruhi oleh emosi.
4. Berkomunikasi
—-Berkebolehan menyampaikan perasaan tanpa emosi.
5.Bekerjasama
— -Sedia bekerjasama demi berdasarkan matlamat umum.
6.Menyelesaikan konflik
— -Bersedia membantu murid tanpa ‘bias’

Ok...cukuplah ya...cuba dulu...nanti kita sambung lagi....

No comments:

Post a Comment