Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday 15 March 2015

Permasalahan Dalam Praktikum

Berdasarkan kepada Laporan Jemaah Nazir KPM (2009) melalui Tinjauan Kebangsaan yang telah dilaksanakannya, didapati bahawa 69% responden mencadangkan supaya peningkatan kualiti guru dijadikan keutamaan oleh kerajaan, manakala 30% responden mencadangkan peningkatan outcome pelajar pada peringkat pendidikan rendah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa isu yang perlu diberikan perhatian oleh kebanyakan mereka yang terlibat ketika dalam program praktikum, baik pensyarah penyelia, guru pembimbing mahupun guru pelatih itu sendiri.

Penyelesaian kepada masalah ini menuntut perubahan minda dalam kalangan jurulatih iaitu pensyarah penyelia dan guru pembimbing agar mereka dapat membentuk guru pelatih yang kompeten dan berkualiti dengan menguasai aspek pedagogi pengajaran ketika mereka menjalani praktikum di sekolah. Sehingga kini terdapat beberapa masalah utama yang melibatkan guru pelatih dalam program praktikum, antaranya adalah seperti berikut;
·tidak tahu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar
· sukar mengaplikasikan teori kepada konteks sebenar di bilik darjah
· gagal memenuhi keperluan kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang
· teragak-agak dalam mempraktikkan kemampuan dan prestasi sebenar mereka dalam pengajaran· bermasalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar
· beranggapan tugas utama pensyarah penyelia dan guru pembimbing adalah untuk menilai dan memberi gred
· merasa kurang selesa apabila kerap diselia oleh penyelia
·  kurang menguasai aspek pedagogi
·  kurang berkeyakinan untuk mengajar
· tidak dapat mengembangkan isi pelajaran dengan baik
· takut untuk berhadapan dengan pelajar
· bermasalah untuk menyediakan alatan mengajar dan terikat dengan penggunaan buku teks sahaja.
· tekanan emosi dan perasaan

Selain itu beberapa masalah utama yang melibatkan guru pembimbing dalam program praktikum pula adalah seperti berikut;

·kebanyakan guru terlatih yang berada di sekolah kurang memberi sokongan dan tunjuk ajar
·ada antara mereka yang berasa kurang senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih tersebut menjalankan tugas pengajaran
·faktor kekangan masa, bebanan kerja dan kemahiran menyelia

Seterusnya beberapa masalah utama yang melibatkan pensyarah penyelia dalam program praktikum adalah seperti berikut;

·aspek bimbingan dan penyeliaan guru pelatih adalah satu bidang yang sering terbiar dan dipinggirkan
·penekanan yang berlebihan kepada gred yang diperolehi guru pelatih
·penilaian ada kalanya berfokus kepada kehendak dan kepuasan mereka sahaja.
·tidak memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif
·menjadikan guru pelatih sebagai klon kepada diri mereka sendiri

Sepatutnya setelah program praktikum haruslah dijalankan dengan berkesan agar dapat memberikan impak yang besar kepada kualiti guru pelatih, antaranya adalah untuk;

· mempengaruhi guru pelatih untuk menjayakan pengajaran dengan menguasai sepenuhnya aspek pedagogi pengajaran
· mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif, menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi serta berupaya mengangkat moral guru pelatih untuk melaksanakan amalan pengajaran dengan lebih berkesan
·melahirkan guru pelapis yang benar-benar berkualiti dan berkompeten pada masa akan datang

Antara punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru pelatih ketika praktikum itu mungkin berlaku kerana;

· pensyarah penyelia yang menyampaikan bahan berbentuk teori di dalam bilik kuliah menghadapi kesempitan waktu untuk memberikan pendedahan dalam aspek pedagogi pengajaran secara terperinci dan kaitannya dengan amalan pengajaran sebenar di bilik darjah

·  guru-guru pembimbing pula dalam masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugas rutin di sekolah

Semoga perkongsian hari ini memberi manfaat kepada anda semua...tq

No comments:

Post a Comment