Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Saturday 14 March 2015

Kawalan Kelas

Assalamualaikum wrt...lama tak jenguk kat blog ni..agak sibuk sedikit...
Apa khabar anda semua...hari ni saya nak bincangkan sedikit lagi tips semasa anda sedang praktikum...Apa dia..isunya seperti ini...

Soalan 8 : Sikap pelajar yang tidak memberikan perhatian dan lebih suka bermain.


Jawapan : Memang lumrah pelajar suka bermain. Kadang-kadang kita sendiri pun lebih suka bermain. Dalam keadaan yang normal pun kita hanya dapat memberikan perhatian kepada sesuatu perkara dalam masa 5 minit sahaja. Itu pun dah resah gelisah. Oleh yang demikian, saya nasihatkan andalah yang harus menyesuaikan topik yang diajar dengan kemahuan pelajar. Jika mereka lebih suka bemain, maka carilah mana-mana permainan yang bersesuaian, suaikan dengan tajuk atau topik. Jadikan pengajaran anda satu permainan. Yang penting pelajar belajar, mereka juga masih dapat bermain dan seronok menunggu kehadiran anda untuk masuk ke dalam kelas.   

Ok...selamat meneroka warna warni dalam pendidikan ya...

No comments:

Post a Comment