Assalamualaikum...jumpa lagi...
Bagaimana dengan percutian yang baru lalu....seronokkan...lupa segala stres dan terasa nikmatnya bercuti...
Ok..dah beres cuti..kita sambung sikit lagi tentang praktikum....
Kompetensi dan kualiti guru pelatih ini ditentukan dengan
keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di dalam
bilik darjah. Sehingga kini terdapat
pelbagai masalah telah dikenal pasti dihadapi oleh guru pelatih ketika mereka
menjalani praktikum. Antaranya adalah seperti;
· tahap kesediaan dan
pengetahuan pedagogi guru pelatih dikatakan kurang memuaskan
· minat, sikap, pengetahuan dan kemahiran mengajar
yang sederhana
· keyakinan diri mereka dalam
menyampaikan isi pelajaran juga dikatakan masih rendah
· prestasi guru pelatih
ketika praktikum kurang memuaskan
· kurangnya usaha guru
pelatih belajar untuk mengajar dan memperbaiki pengajaran
Ketika menjalani
praktikum, guru pelatih akan dibimbing dan diselia oleh pensyarah penyelia dan
guru pembimbing dalam usaha untuk membantu mereka mempertingkatkan kualiti
sebagai seorang guru. Sebagai guru pelatih, anda sepatutnya mengetahui apakah
aspek yang perlu difokuskan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing. Untuk
makluman anda, antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti
berikut:
· perancangan
jadual bimbingan dan penyeliaan praktikum
· perbincangan
dengan pihak pengurusan sekolah dan guru pembimbing secara berterusan untuk menjalinkan hubungan secara profesional
· menyemak
dan membimbing penulisan refleksi guru pelatih, jurnal pengajaran dan pembinaan
portfolio praktikum
Program praktikum
merupakan program yang terpenting dalam latihan keguruan. Bimbingan yang
diberikan kepada guru pelatih ketika menjalani praktikum di sekolah sangat
penting kerana melalui program ini akan dapat membantu guru pelatih;
· menghadapi cabaran
yang benar-benar menguji semangat, kesabaran, daya usaha serta ketahanan
fizikal dan mental dalam usaha untuk menjadi guru yang berkualiti
· mengurangkan
kebimbangan dan tekanan
· meningkatkan
semangat dan mengurangkan rasa rendah diri
· mengelakkan
sikap mudah berputus asa dan negatif
· mengekalkan kestabilan
emosi
· mendedahkan
guru pelatih kepada pengalaman sebenar profesion perguruan
· membimbing
guru-guru pelatih ke arah menjadi guru yang berkompetensi dan berkualiti
Sehingga kini terdapat
beberapa masalah utama yang melibatkan guru pelatih dalam program praktikum,
antaranya adalah seperti berikut;
· tidak tahu untuk
menyesuaikan diri dalam persekitaran bilik darjah sebenar
· sukar mengaplikasikan teori kepada konteks sebenar
di bilik darjah
· gagal memenuhi
keperluan kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar
belakang
· teragak-agak dalam mempraktikkan
kemampuan dan prestasi sebenar mereka dalam pengajaran
· bermasalah untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar
· beranggapan tugas utama pensyarah
penyelia dan guru pembimbing adalah untuk menilai dan memberi gred
· merasa kurang selesa apabila kerap
diselia oleh penyelia
· kurang
menguasai aspek pedagogi
· kurang
berkeyakinan untuk mengajar
· tidak dapat
mengembangkan isi pelajaran dengan baik
· takut untuk
berhadapan dengan pelajar
· bermasalah
untuk menyediakan alatan mengajar dan terikat dengan penggunaan buku teks
sahaja.
· tekanan emosi dan
perasaan
Selain itu beberapa masalah utama yang melibatkan
guru pembimbing dalam program praktikum pula adalah seperti berikut;
· kebanyakan guru terlatih yang berada di
sekolah kurang memberi sokongan dan tunjuk ajar
· ada antara mereka yang berasa kurang
senang melihat kesungguhan dan dedikasi guru-guru pelatih tersebut menjalankan
tugas pengajaran
faktor kekangan masa, bebanan kerja dan kemahiran menyelia
faktor kekangan masa, bebanan kerja dan kemahiran menyelia
Seterusnya beberapa masalah utama yang melibatkan pensyarah
penyelia dalam program praktikum adalah seperti berikut;
· aspek bimbingan dan penyeliaan guru
pelatih adalah satu bidang yang sering terbiar dan dipinggirkan
· penekanan yang berlebihan kepada gred
yang diperolehi guru pelatih
· penilaian ada kalanya berfokus kepada
kehendak dan kepuasan mereka sahaja.
· tidak
memberikan bimbingan yang sepenuhnya mengenai penulisan reflektif
· menjadikan
guru pelatih sebagai klon kepada diri
mereka sendiri
Sepatutnya setelah program praktikum haruslah dijalankan
dengan berkesan agar dapat memberikan impak yang besar kepada kualiti guru
pelatih, antaranya adalah untuk;
· mempengaruhi
guru pelatih untuk menjayakan pengajaran dengan menguasai sepenuhnya aspek pedagogi
pengajaran
· Mewujudkan
iklim pembelajaran yang kondusif, menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi
serta berupaya mengangkat moral guru pelatih untuk melaksanakan amalan pengajaran
dengan lebih berkesan
· melahirkan guru pelapis yang benar-benar
berkualiti dan berkompeten pada masa akan datang
Antara punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh guru
pelatih ketika praktikum itu mungkin berlaku kerana;
·
pensyarah
penyelia yang menyampaikan bahan berbentuk teori di dalam bilik kuliah
menghadapi kesempitan waktu untuk memberikan pendedahan dalam aspek pedagogi
pengajaran secara terperinci dan kaitannya dengan amalan pengajaran sebenar di
bilik darjah
·
guru-guru
pembimbing pula dalam masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya
terhadap tugas rutin di sekolah
Sebagai guru pelatih, anda patut menyedari bahawa fokus
utama yang perlu diberikan perhatian adalah melibatkan aspek pedagogi
pengajaran yang meliputi:
·
perancangan pengajaran
·
pelaksanaan pengajaran
·
amalan refleksi
·
sikap dan sahsiah
·
nilai profesionalisme keguruan
·
pengetahuan dan kefahaman
·
kemahiran pengajaran dan pembelajaran
Ok...itu saja dahulu untuk kali ini...selamat berjuang ya...