Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Tuesday 31 July 2012

Pernyataan Profesional Dalam Praktikum /PBS/ Internship

Selalu ramai pelajar bertanya hal ni...
Apa dia pernyataan profesional ya encik...
Macam mana nak tulisnya ya...
Ntahlah encik,saya sendiri tak faham apa ke bendanya tu...


Ok lah...mari saya jelaskan...
pernyataan perofesional adalah apa yang anda harap melalui program praktikum/intrnship ni...
ni sedikit panduan cara nak tulisnya....


Bahagian  Pengenalan
Anda tulislah apa harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh anda. 
Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.



Tujuannya adalah: 
Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas.
Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik.
Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti  yang difokuskan.
Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan.

Contohnya:

i.       Sebelum PBS 
·         Kenal pasti fokus utama aktiviti
·         Tujuan aktiviti
·         Merancang strategi pelaksanaan
·         Instrumen penilaian kendiri

ii.      Semasa PBS 
·         Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang
·         Mengumpul data
·         Merekod
   
iii.    Selepas PBS 
·         Menganalisis data
·         Menilai
·         Melapor
       
Akhirkan pernyataan profeisonal anda dengan Penilaian Kendiri.  
·         Pencapaian objektif
·         Cadangan tindakan susulan/penambahbaikan

Ok...nanti kita sambung dengan tajuk lain pulak ya....

No comments:

Post a Comment