Selamat Melayari Blog Ini...dan ...Sampaikanlah Ilmu Walaupun Sebaris Ayat

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Monday, 3 September 2012

i-think


PETA BULATAN

i-think atau Peta Pemikiran ini adalah idea KPM yang baru untuk merangsang pemikiran para pelajar.
Jadi,saya harap guru-guru pelatih di IPG khususnya, apabila pergi ke sekolah nanti, janganlah buat-buat terkejut apabila mendengarnya ya...
Baiklah..sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, saya kemukakan peta Pemikiran dalam i-think yang pertama, iaitu Peta Bulatan.

Definisi:
  • Peta Bulatan digunakan untuk mendefinisikan sesuatu mengikut konteks(defining in context).
  • Tajuk utama diletakkan di tengah-tengah bulatan.
  • Kemudian definisi lanjut berkenaan tajuk tersebut diletakkan di luar bulatan utama yang dilakarkan itu.
  • Di bahagian luar bulatan, dinyatakan sumber yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang dinyatakan.
  • Sekali pandang, kita akan dapat gambaran keseluruhan terhadap tajuk yang dikemukakan.
  • Ini akan lebih memudahkan kita memahami sesuatu tajuk atau perkara yang hendak dibincangkan.


 PANDUAN MEMBINA PETA BULATAN

Untuk memudahkan anda membina Peta Bulatan, saya kemukakan beberapa soalan yang boleh anda gunakan untuk mengisi maklumat-maklumat yang berkaitan. Antaranya:

  • Apakah kata pembayang yang dapat membantu mentakrifkan tajuk?
  • Bagaimana anda tahu tentang ................... ?
  • Adakah anda tahu bahawa ...........................?
  • Bagaimana mendefinisikan atau memperkenalkan sesuatu idea / topik ini?
  • Apakah yang anda terfikir tentang .......................?



LANGKAH MEMBINA PETA BULATAN

Antaranya anda hendaklah:

  • Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
  • Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalamnya.
  • Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
  • Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
  • Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
          Macam mana?dapat gambaran tak rupa bentuk petanya?

Baiklah,untuk makluman anda, berikut adalah contoh Peta     Bulatan yang boleh anda hasilkan:


Ok....puas hati....selamat menggunakannya...jumpa lagi nanti dengan peta yang ke dua dalam i-think ni ya..ok selamat...


No comments:

Post a Comment